“Alhamdullilah detailed scan normal.” Begitu kongsi doktor selebriti, Dr Say Shazril yang berkongsi perkembangan terkini kandungan isterinya.
Dr Say yang menanti kelahiran anak ketiganya itu memberitahu kandungan isterinya, Dr Azura Abas dalam kandungan sihat dan membesar dengan baik.
“Alhamdullilah dan 20 mniggu. Masa untuk detailed scan & masa untuk minum air gula.
“Alhamdullilah detailed scan normal. Baby sekarang 362 gram & sebesar tapak tangan akan tetapi boleh nampak dah featuresnya,” kongsinya.
Ads
Paling bahagia kata Dr Say, dia cukup teruja kerana bayi dalam kandungan dilihat lebih banyak menyerupai rupa bentuk fizikal dirinya berbanding isteri.
Enggan berkongsi jantina anaknya kali ini, Dr Say terus membuatkan pengikutnya ternanti-nanti sehingga kelahiran anak ketiga itu pada Januari nanti.
Ads
“Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi maka boleh nampak ke-sharp-an dagu & hidungnya.
“Yes peeps, sekali lagi ini anak daddy! Jantina? Tunggu Januari nanti ye kawan-kawan ahaha,” kongsinya lagi.
MUA yang cukup dikenali, MUA Bellaz yang kini sedang sarat hamil anak keempatnya menanti hari bersalin yang dijangka pada penghujung Julai ini.
Menanti kelahiran bayi keempatnya yang merupakan seorang anak perempuan, MUA Bellaz nyata teruja untuk menyambut kelahiran bayinya itu.
Berkongsi kisah kehamilan keempatnya, kata Bellaz, bukan dia sahaja yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata bahkan dua rakan karibnya turut sama hamil dan kini keduanya sudah pun bersalin.
Menerusi media sosialnya, Bellaz berkongsi cerita. Benarlah kata-kata orang, hamil ini berjangkit!
“Doakan dipermudahkan urusan kami, Haya (kanan) dah lepas bersalin dah, dapat baby boy Alhamdulilah, esok insyallah Zila pulak. Lepas Zila Bellaz pulak 😨 haha.
“Allah moga dipermudahkan urusan kita semua ya ibu-ibu semua,” tulisnya berkongsi.
Menurut kata Bellaz lagi, dia dan dua sahabatnya, Haya dan Zila sememangnya sudah berkawan lama namun tidak menyangka kali ini dapat hamil bersama-sama.
“Berkawan dari kecik, ni kali kedua berjangkit pregnant sekali.
“Tiga-tiga laki kami dah rancang lama, kami yang lalai kahkahakahkah. Betoi orang tua-tua kata nanti berjangkit bila kawan ni. Jangkit sungguh.
“Dan doa-doa kami buat semua para-para wanita dikurniakan zuriat secepatnyaa Amennnn Amenn,” katanya lagi.
Dalam pada itu, MUA Bellaz yang bakal melahirkan anak keempatnya itu sekitar dua minggu lagi turut memohon doa dari semua agar kelahiran bayinya itu dipermudahkan Allah SWT.
“Sending love dari kami sekeluarga Alhamdulilahh. Tumpang lalu sat. Lagi 2 minggu lagi Bellaz nak due date, doakan dipermudahkan urusan saya,” katanya lagi.
Tapi pernah tak anda terfikir kenapa lain ibu hamil, lain stikernya? Ada warna merah, kuning, hijau dan putih. Anda tahu tak apa maksud warna stiker di buku pemeriksaan ibu hamil tersebut?
Penjelasan lengkap oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia ini dapat membantu anda lebih memahami apa maksud warna stiker tersebut.
Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.
TAG MERAH – Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga
TAG KUNING – Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan
TAG HIJAU – Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan
TAG PUTIH – Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)
Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.
Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak?
kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ?
Mungkin ramai yang mengalami haid tidak datang selepas bersalin dan berlanjutan beberapa bulan semasa menyusukan si kecil. Tapi tidak bermakna ibu tidak subur. Tetap boleh termengandung jika tidak menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga.
Walaupun haid tidak kunjung tiba, tidak bermakna mama tidak boleh hamil, hati-hati ye mama! Ada kes yang menyusu dan tidak datang haid tiba-tiba beberapa bulan kemudian rasa ada tendangan janin dalam rahim.
Keadaan ini normal dan banyak berlaku di kalangan ibu yang menyusukan bayi. Ini kerana hormon prolaktin yang dirembeskan menambah lagi pengeluaran susu ibu.
Namun, hormon prolaktin ini juga akan membuat haid tidak teratur atau “tidak datang” sama sekali. Proses di mana penyusuan ibu menyebabkan haid tidak datang dinamakan sebagai lactational amenorrhoea.
TIADA HAID DALAM TEMPOH MENYUSU TIDAK BERMAKNA MAMA TIDAK SUBUR
Ramai ibu menyangka lactational amenorhoea bererti “tidak subur” dan ibu tidak akan hamil ketika menyusukan bayi.
Ini sama sekali kurang tepat. Perlu difahami apabila bayi yang disusukan berusia kosong hingga enam bulan, 90% daripada wanita yang menyusukan anak secara eksklusif tidak hamil.
Tetapi apabila bayi berusia lebih dari enam bulan, peratus ini akan menurun. Dianggarkan hanya 10% sahaja ibu yang menyusukan bayi yang berusia lebih dari 12 bulan tidak akan hamil (melainkan mereka menggunakan cara-cara merancang yang lain).
TIDAK MENYUSUKAN BAYI TAPI HAID TIDAK KUNJUNG TIBA, INI MUNGKIN SEBABNYA
Jika anda tidak menyusukan anak secara eksklusif dan masih juga tidak didatangi haid, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan untuk mengetahui puncanya.
Berikut adalah 6 sebab-sebab mengapa seseorang wanita itu tidak didatangi haid.
#1: KEMUNGKINAN HAMIL
Sebab utama tidak datang haid ialah mengandung. Mungkin anda terkejut tetapi ramai wanita yang menyusukan anak sering bertanya bilakah haid akan datang, tiba-tiba mereka merasa tendangan janin di dalam rahim.
Oleh itu, bagi ibu yang tidak didatangi haid disarankan melakukan ujian “urine pregnancy test” bagi menentukan sama ada hamil atau tidak.
#2: PCOS
Kemungkinan yang kedua ialah masalah hormon. Terdapat pelbagai jenis hormon di dalam tubuh wanita yang mengganggu kitaran haid.
Antaranya masalah hormon tiroid, Polycystic Ovarian Syndrome dan hyperprolaktinemia. Doktor yang merawat akan melakukan ujian bagi mengenal pasti masalah ini.
#3: TIDAK BERLAKU OVULASI
Haid tidak datang juga boleh disebabkan oleh kilang ovari yang belum mengalami ovulasi. Selepas melahirkan bayi, haid hanya akan datang semula jika berlakunya ovulasi. Adalah sukar untuk menentukan bila ovulasi akan berlaku. Tetapi bagi mereka yang menyusukan bayi, proses ovulasi ini mungkin akan berlaku lebih lambat.
#4: STRES
Masalah stres dari segi mental dan fizikal boleh menyebabkan darah haid tidak muncul tiba. Kurang tidur juga merupakan sejenis “stres” dan ini juga mempengaruhi kitaran haid kita.
#5: BERAT BADAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Selain itu, masalah berat badan juga boleh mempengaruhi kehadiran haid dalam hidup seseorang wanita. Kadang kala masalah berat badan dan ketidakseimbangan hormon juga sering berkait dan menyebabkan haid tidak datang.
Misalnya, pesakit hypothyroid akan mengalami pertambahan berat badan dan mengalami masalah haid. Oleh itu dapatkan rawatan doktor jika anda mengalami mana-mana gejala-gejala yang tertera seperti di atas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!