Lebih enam bulan bergelar bapa kepada Muhammad Bilal, suami kepada usahawan Neelofa, PU Riz mengakui ia sebagai detik terindah dalam hidupnya.
Malah kata PU Riz lagi, dialah orang yang paling bahagia sejak kehadiran Bilal dalam hidupnya dan isteri.
Sebagai penerima Anugerah BEST PAPA MILLENIAL 2022, PU Riz berkongsi cerita indahnya saat bergelar bapa kepada Bilal.
“Dulu-dulu saya tak faham bila orang kata balik saja kerja tengok muka anak terus hilang rasa penat.
“Sebenarnya ungkapan ini saya setuju hampir seratus peratus. Bila ada anak rasa tenang bila tengok muka anak. Jadi lelaki kat luar sana, kahwinlah cepat-cepat untuk beri ketenangan,” katanya memulakan bicara awalnya.
Malah kata PU Riz lagi, sejak mengetahui kehamilan isterinya, dialah insan yang paling gembira malah amat bersyukur dengan kurniaan rezeki dari Allah.
“Bila saya diberitahu kedatangan anak ini dalam keluarga, saya rasa cukup gembira, syukur alhamdulillah. Kalau tanya bersedia atau tidak saya mulanya rasa takut akan tanggungjawab baru yang akan datang.
Ads
“Tapi selepas enam bulan saya boleh kata sayalah orang yang paling bahagia sekarang bila ada anak. Sebab apa, bila dia senyum, kita tukar pampers dia pun walau bukan senang nak buat tapi menyeronokkan.
“Seronoklah tidur dengan dia, dia bangun dengan senyuman setiap pagi. Bila ada anak ni, dia bangun dekat waktu subuh, kita pun terus bangun. Syukur alhamdulillah,” kongsinya.
Pengalaman paling mencabar
Ketika ditanya mengenai rutin harian barunya dalam membantu menguruskan Bilal, PU Riz mengakui agak mencabar namun ianya momen yang cukup indah bagi dirinya.
“Bagi saya semua rutin, tukar pampers, tidurnya anak semua itu agak mencabar tapi diubati dengan senyuman yang semuanya jadi mudah.
Ads
“Memang nak bangun pukul 3, 4 pagi nak buat susu bukan mudah tapi dengan senyuman, bau anak tu buat rasa bahagia. Bau harum syurga.
“Buat susu, cuba tidurkan, buat susu memang susah tapi dibalas dengan senyuman sampai kadang saya terlupa kesusahan menguruskan semua itu,” kongsi PU Riz lagi.
Suami kesayangan Neelofa ini turut sama berkongsi mengenai masa depan anak mereka. Pun begitu, akui PU Riz lagi, dia dan isterinya Neelofa tidak meletakkan apa-apa syarat. Terpulanglah kepada kehidupan Bilal sendiri dan asalkan sentiasa di jalan Allah.
“Saya tidak meletakkan apa-apa dia nak jadi tapi dia bolehlah pilih. Apa pun sekali dia nak pilih asalkan kena dengan dia dan tidak melanggar agama.
Ads
“Saya mengharapkan Allah memberi dia satu jalan tentang hidup, kerjaya yang boleh membantu dari segi keagamaan. Insyaallah mudah,” kongsi lagi.
Namun apa yang diharapkan dari anak lelakinya ini hanya satu, doa dan uruskan jenazahnya dan isteri sebaiknya bila tiba saatnya. Dalam nada sebak, PU Riz menitipkan pesanan buat Bilal.
“Saya tak pernah rasa bila ada anak ini memberi kita satu perasaan berbeza sehinggalah Bilal hadir dalam hidup Abah.
“Tidak ada yang lebih saya harapkan, hanya jika saya dan ibu dia meninggal kelak, uruskanlah jenazah kami, doakanlah keampunan dalam setiap solatnya nanti. Kami tidak harapkan wang ringgit, hanya doa darinya kelak,” katanya sebak.
Terdahulu, PU Riz dan Neelofa menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Muhammad Bilal pada tanggal 29 Januari lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Anzalna Nasir menerusi akaun instagramnya memuatnaik gambar beserta kepsyen agar menghentikan soalan-soalan mengenai zuriat kepada pasangan yang telah berkahwin kerana soalan tersebut boleh mengguris hati ramai.
Anzalna akhirnya hamil setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohammad Hanif Zaki.
Never ever question a married couple about having a baby. Some people do family planning and some dont. We never know. It is not our job to question others marriage life. We must respect people’s feelings.
Just doa and wish them all the best. Anzalna doakan semua pasangan di luar sana dikurniakan cahaya mata. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal. Bukanlah kerja manusia untuk menentukan kehidupan kita. Ini semua rezeki dari Allah. Paling penting kita bahagia.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Anzalna, Tak semua dikurniakan rezeki awal dan jagalah hati pasangan yang lama inginkan cahaya mata namun masih belum dikurniakan zuriat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita orang perempuan ni memang kena pandai hargai diri sendiri. Orang perempuan ni sememangnya jiwa halus. Halus yang sukar digambarkan. Ada sampai satu tahap, halus yang sampai buat apa apa pun tak fikir diri sendiri.
Baru baru ini saya join kelas Kembali Bercinta bersama Puan Diyana Tahir. Program ni agak mahal yurannya. Tapi ilmu yang diberi memang superb. Topik pertama yang kami belajar ialah Hargai diri. Celebrate yourself. Kata Puan D, kita fokus pada diri sendiri sebentar. Lupakan sebentar suami dan anak. Sekejap sahaja. Kerana kita juga layak bahagia.
Sebenarnya, tak salah berkorban untuk orang lain walau sampai to the fullest pun. Tapi ingat ni, dalam kita berkorban tu, pastikan tunaikan hak untuk diri. Celebrate diri sendiri. Hargai diri sendiri. Sebab apa? Sebab Allah perintahkan supaya jaga dan bertanggungjawab dengan diri sendiri dahulu, barulah orang lain. Apa yang Allah ajar tu sangat betul dan padu. Sebab orang yang bertanggu gjawab dengan diri sendiri dan hargai diri sendiri inilah orang yang bahagia.
Kebahagian dalam diri dia tu terpancar keluar kepada suami,anak dan keluarga. Hanya orang yang bahagia mampu memberi bahagia. Kerana dia ada bahagia itu.
Kadang kita rasa tidak mengapa, hari ini saya berkorban siapkan suami dengan gaya smart ke tempat kerja. Baju anak anak kemas,rapi setiap hari bertukar brand. Tapi pernah tak tunduk sekejap tengok baju sendiri? Sempat bergosok tak, bila kali terakhir beli baju baharu. Setaraf atau tidak baju kita dan baju suami. Bedak compact yang dah habis, sempat atau tidak diganti baharu? Waktu tidur dan rehat kita cukup atau tidak? Makanan kegemaran kita, adakah sudah lama tidak dijamah? Atau sejak dah ada anak, dah lama tak merasa makanan kegemaran sendiri.
Sedangkan makanan makanan itu adalah sebahagian dari hidup kita satu waktu dahulu. Ibu bapa dan sanak saudara kita, adakah sudah lama tidak dijenguk? Sedangkan dulu kita membesar bersama. Ada banyak momen indah kita bersama bahkan merekalah kehidupan kita dahulu. Sangat indah. Kita juga manusia dan pernah mempunyai kehidupan yang indah, tapi kenapa ya sekarang seakan hilang semua itu. Kadang kadang sampai rasa dah tak kenal diri sendiri. Sedih kan. Hehe.
Baiklah mari saya beri 3 tip untuk belajar hargai diri kepada puan puan semua ya;
1. Tuliskan semua perkara yang anda impikan.
Kita ini manusia. Punya impian dan cita cita. Ambil kertas, tuliskan apa impian puan. Tulis tanpa prejudis. Tanpa fikir logik atau tidak. Tuliskn sahaja. Sebab bila kita tulis impian impian ini, ia jadi satu doa. Satu masa ia akn kembali bermain difikiran ataupun sebenarnya kita dah pun berada di setiap impian itu satu hari nanti. Biiznillah.
Buat perkara yang buat kita gembira setiap hari. Ambil kertas, (saya ada buku nota peribadi saya sendiri) Tuliskan senarai perkara yang mampu buat kita gembira. Mungkin puan minat memasak, menanam bunga, travel, tidur hotel untuk tenangkan fikiran atau senaman 30 minit sehari di taman. Baik, setiap hari buat perkara perkara yang buat puan gembira tu.
Bayangkan cukup 30 hari kita berjaya buat benda yang kita suka, agaknya macam mana ya state of emotion kita waktu tu. Wah tentu bahagia kan. Tengok anak pun dah tak jadi singa, sebab hak diri sendiri tu dah tertunai.
3. Celebrate diri sendiri.
Celebrate diri sendiri. Beli lah apa apa barang yang disukai. Kalau minat bunga,beli bunga. Hadiahkan pada diri sendiri. Sebulan sekali, seminggu sekali bahkan sehari sekali. Celebrate yourself. Celebrate walau hanya hadiahkan kopi sedap untuk diri sendiri setiap pagi.
Emosi positif waktu pagi tu yang akan menaikkan momentum sepanjang hari. Saya suka masa saya bersendirian bersama Al Quran setiap pagi. Walaupun satu ayat je yang sempat baca. Tu pun dah buat saya rasa berguna pada hari tu. Haha
4. Jaga your spiritual.
Spiritual ni ialah kualiti masa kita bersama Allah. Dulu saya pun sama, kejar kuantiti ibadah daripada kuliti. Tapi semua tu tak beri impak positif pun pada hati. Bila tukar strategi kepada kualiti ibadah walaupun sikit, hidup ni rasa lebih bermakna. Setiap orang tu ada ibadah yang dia suka. Kalau suka puasa maka puasalah banyak banyak. Kalau suka zikir, maka zikirlah banyak banyak. Pintu syurga kan ada banyak? Hehe.
Baiklah. Cukup dahulu disini. Selamat beramal. Apa cara korang hargai diri sendiri?
Sumber:
Nurulain Ahmad
#Women Empowerment.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...