“Ali Dah Tahu Baba Suka Buat Drama”. Sketsa Saharul & Si Cilik Ali Mencuit Hati

Share

Ali atau nama penuhnya Luth Ali, anak kepada pelakon Saharul Ridzwan ini memang comel. Suka berdrama dengan anak, sketsa kali ini juga mencuit hati!

BONDING BAPA & ANAK

Bonding bapa dan anak tidak hanya dengan peluk cium. Boleh juga dilakukan sebegini, dengan membuat lakonan atau main peranan untuk melihat reaksi anak.

Saharul buat-buat menangis untuk meliha respons Ali.

Melalui aktiviti sebegini juga anak boleh belajar menerima & memahami arahan dan memberikan respons.

Saharul meminta Ali mendapatkan telefon.

 

ALI LEBIH TUMPU KEPADA KAMERA!

Aksi Saharul yang buat-buat menangis itu membuatkan Ali berempati. Tapi Ali yang cerdik lebih memberi tumpuan kepada kamera apabila menyedari ada telefon pintar sedang merakamnya.

Netizen memberikan komen positif dan rata-rata memuji kecerdikan Ali. Malah ada yang meminta lagi video sebegitu diteruskan.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan

IKLAN