Jika dulu di waktu kecil kita digelar ulat buku. Kini istilah ulat buku bagi anak-anak kita makin jarang didengari. Semuanya kerana hadirnya gajet yang membuat anak hilang minat untuk membaca.

Mak ayah jangan jadikan gajet sebagai pembelajaran mutlak. Pilihkan buku-buku pelbagai jenis untuk mengalihkan perhatian anak. Ini tip memilih buku yang baik, perkongsian dari Ahli Terapi Cara Kerja, Siti Aisyah Rozalli.

Alih Perhatian Anak Dengan Buku, Ini Tip Pilih Buku Paling Interaktif Untuk Anak!


Ramai sebenarnya mommies yang tanya saya. Buku macam mana sesuai untuk anak-anak?

Sebab pemilihan buku yang betul, akan membantu anak kita untuk menguasai banyak kemahiran. Dan lagi best, BUKU BOLEH BUAT ANAK TINGGALKAN HANDPHONE. Serius!

Hari ni kita share dulu Tips Pilih Buku untuk anak umur 2 – 4 tahun. Tapi, tips yang sama boleh saja digunakan untuk anak umur lebih kurang 18 bulan hingga lah anak tu umur lebih kurang 8 tahun.

Alih Perhatian Anak Dengan Buku, Ini Tip Pilih Buku Paling Interaktif Untuk Anak!

1. Ada pengulangan bunyi

Bunyi tau. Bukan perkataan. Bunyi. Macam “Snip! Snip!”, “Ding! Dong!” Kenapa bunyi?

IKLAN

Sebab anak-anak akan teruja dengan bunyi! Anak-anak akan senang ingat bunyi. Dan anak-anak akan integrasikan bunyi dengan pergerakan berkait. Kita sedang bantu anak secara MULTISENSORY LEARNING.

Alih Perhatian Anak Dengan Buku, Ini Tip Pilih Buku Paling Interaktif Untuk Anak!

2. Ada High Interest Subject
Maksudnya, ada gambar objek yang anak minat dan anak mudah relate. High Interest Subject ni, akan buat anak automatik mahu “matching” kan dengan objek sebenar yang dia ada. Maka, anak akan boleh kaitkan gambar dengan keadaan persekitaran.

Kita akan tingkatkan “alertness” anak terhadapa sekelilingnya. High Interest Subject ni jugalah yang akan buat anak kita lupakan handphone!

Alih Perhatian Anak Dengan Buku, Ini Tip Pilih Buku Paling Interaktif Untuk Anak!

IKLAN

3. Beri Anak Pilihan
Membuat pilihan yang betul dan sesuai dengan diri sendiri akan membantu meningkatkan self-esteem anak tau.

Buku cerita yang didik anak buat pilihan, akan tingkatkan kecerdasan intrapersonal anak tau. Anak akan lebih mudah kenal diri.

Alih Perhatian Anak Dengan Buku, Ini Tip Pilih Buku Paling Interaktif Untuk Anak!

4. Didik Anak Luah Perasaan
Antara masalah biasa anak-anak, adalah mereka tak tahu macam mana nak luahkan apa yang mereka rasa.
Buku yang memberikan cara untuk luah perasaan takut, sedih, marah atau kita panggil “BIG EMOTIONS” akan bantu anak untuk belajar menguruskan emosi.

Alih Perhatian Anak Dengan Buku, Ini Tip Pilih Buku Paling Interaktif Untuk Anak!

IKLAN

5. Didik Anak Kerjasama
Bertolak ansur, berkongsi dan bertoleransi adalah kemahiran yang anak perlu belajar dari pengalaman dan contoh positif.

Buku yang mendidik dan memberikan contoh positif berkaitan perkara ini, tanpa “highlight” berlebih-lebihan, dan bukan menjadikan “orang dewasa sebagai hero”, tapi mengetengahkan anak-anak yang bijak membuat keputusan, akan mendidik anak tingkah laku positif ini.

Alih Perhatian Anak Dengan Buku, Ini Tip Pilih Buku Paling Interaktif Untuk Anak!

Menarik: Hadiah Tu Bonus, Isteri Tak Perlukan Penghargaan, Cukup Sama-Sama Ambil Berat Soal Anak

Alih Perhatian Anak Dengan Buku, Ini Tip Pilih Buku Paling Interaktif Untuk Anak!

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI