Pemergian adik Nur Alisha Safiya selepas dilanggar van sekolah membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkesan. Apatah lagi rakaman CCTV itu tular di media sosial. Masing-masing bersimpati dan mendoakan keluarga arwah tabah dengan ujian tersebut.
Menerusi laporan Berita Harian, nenek arwah, Mahani Hamid, 68, memberitahu arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya.
Dalam kejadian 12.10 tengah hari, Nur Alisha Safiya cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital swasta selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Nur Alisha Safiya, anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan kakitangan kerajaan di Putrajaya, Mohd Azlin, 47, dan Mahani Saad, 43.
Nampak perubahan Alisha sangat ceria
Ads
Mahani berkata, hujung minggu lalu, Nur Alisha Safiya pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang bersama ibu bapanya.
“Ketika itu, Nur Alisha Safiya cukup ceria, berbeza dengan sebelum ini yang mana dia seorang yang pemalu serta pendiam. Pada malam pertama di kampung, Nur Alisha Safiya tidak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupunya.
“Ketika mahu pulang, Nur Alisha Safiya bersalaman dan memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini,” katanya ditemui di kediaman keluarga arwah di Taman Intan Baiduri, Labu Lanjut, Salak Tinggi.
Adik yang manja
Ads
Sementara itu, abang sulung Nur Alisha Safiya, Muhammad Aiman Firdaus, 16, berkata ketika kejadian dia berada di rumah selepas tamat sesi persekolahan di Bandar Baru Salak Tinggi.
Menurutnya, dia dimaklumkan berkaitan kejadian oleh bapa saudaranya yang datang ke rumah.
“Nur Alisha Safiya sangat rapat dan manja dengan saya kerana saya sering membantunya menyiapkan kerja sekolah selain dijadikan rujukan jika dia berdepan masalah pembelajaran.
“Pemergian Nur Alisha Safiya cukup mengejutkan, rumah pasti sunyi selepas ini. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.
Ads
Rakaman CCTV kejadian yang meragut nyawa adik Alisha ini tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet.
Setakat ini, pemandu wanita berusia 31 tahun itu telah ditahan pihak berkuasa bagi tujuan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan meninggal dunia semalam dipercayai akibat dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.
Katanya, mangsa dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak, mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada hari berikutnya sebelum dirujuk ke Hospital Daro malam tadi.
Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak stabil sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada jam 2.08 pagi ini, katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit berkenaan.
Malah menurut ibu arwah adik Farhan Lukman Abdullah, Mastura Ali, arwah seorang kanak-kanak yang aktif dan tiba-tiba berubah menjadi lemah dan hilang selera makan.
“Sebelum itu, dia memang aktif dan sering bermain bersama kakaknya. Malah arwah juga rapat dengan anak saudara saya yang lain.
“Bagaimanapun, selepas dijangkiti penyakit tersebut, keadaannya mula lemah dan tiada selera makan. Pada waktu malam pula, dia sering menangis dan tidak boleh tidur lena,” katanya.
Katanya, Farhan dikejarkan ke Hospital Daro tiga hari lalu, namun kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu apabila keadaan kesihatannya semakin merosot.
Sementara itu, saudara rapat yang enggan namanya dikenali menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar untuk keluarga mereka.
“Masih terbayang keletah dan wajah riang Farhan ketika bermain bersama anak saya. Kini, dia tiada lagi dan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Biar pun terasa kehilangannya, kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Pangtray, Daro sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lemang Pek pada 2.30 petang semalam.
Sumber: Bernama & Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres cantik kacukan Melayu-Scotland, Catriona Bahrin Ross yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkongsi cerita tentang anaknya, Jammal Raess yang telah di diagnosis dengan Gangguan Spektrum Autistik (Autism Spectrum Disorder-ASD).
“Saya mula tahu daripada pakar selepas saya dapat rasa yang dia ada sesuatu yang lain. Mata dia tak pernah fokus bila kita panggil dia padahal saya ada di depannya.
“Bila panggil, tanya nak susu, tapi dia hanya pandang tanpa sebarang reaksi. Saya pun buat appointment dengan beberapa pakar. Pakar pertama mengatakan anak saya autisme,”
“Masa itu, saya rasa lutut lemahnya, padahal saya duduk dekat kerusi tapi rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas. Ketika itu usianya baru dua tahun”
“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okay. Suami lebih kuat dan minta saya sabar. Saya ingat, saya cakap I think, Im gonna die,” kata Catriona dalam nada sebak.
JANGAN MALU BERITAHU MASYARAKAT
“Nasihat saya kepada ibu bapa yang ragu-ragu akan keadaan anak supaya membuat ujian diagnosis bagi mengenal pasti keadaan sebenar. Apabila disahkan, hantar anak mengikuti terapi. Jangan disia-siakan peluang untuk mengajar anak belajar, berdikari dan menguruskan diri sendiri. Jangan malu untuk memberitahu masyarakat kerana dengan sikap terbuka ini kita jadi lebih tenang dan lebih ramai lagi yang akan berkongsi tip.”
“Misalnya apabila ada rakan yang menjemput kami sekeluarga ke majlis hari jadi, saya akan minta untuk datang 30 minit lebih awal sebelum ketibaan tetamu lain dan akan pulang awal. Ini kerana Raess tidak boleh menghadapi orang yang ramai. Jadi mustahak bagi kita untuk mengadaptasi keadaan anak dengan situasi semasa supaya semua pihak berpuas hati.”
“Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu besar. Cukup sekiranya dia boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Diharapkan keakraban Raess dan Edruce akan kekal sampai bila-bila walau pun nanti saya sudah tiada di dunia ini, mereka saling membantu dan Edruce akan menjadi penjaga abangnya.”
Jammal yang pada asalnya non verbal (tak boleh bercakap menunjukkan perkembangan sangat baik apabila dia mula menyebut beberapa perkataan.
Cabaran bila bekerja di rumah dan ada anak kecil, ia agak sukar sedikit kerana anak tak faham perjalanan tugasan yang sepatutnya dibuat. Lagi satu bila anak lihat, ibu atau ayahnya dirumah bermakna mereka menganggap ada peluang untuk bermain bersama dan melayan permintaan yang macam-macam.
Bagaimanapun ada ketikanya, bagi ibu bapa yang bekerja dari rumah, sesekali terpaksa membuat helah dengan anak untuk pastikan mereka tak kacau. Mungkin masing-masing ada idea sendiri kan.
Menerusi perkongsian Puan Norsolehah Shahidan, disebabkan anak sulungnya, Aisyah Sofia yang berusia 1 tahun 5 bulan sangat manja dengan suami, setiap kali ayah nak buat kerja pasti dia akan datang dan minta main macam-macam.
Tak tahu nak kata apa. Anak suka masuk bilik kerja suami, lepas sepahkan ruang tamu dia akan masuk bilik ayah dia nak kacau mesin. Lepas tu mama suruh ayah pakai tudung. Dia takut dan akhirnya tak berani masuk bilik ayah.
Selalu tengok viral anak akan tenang kalau ayah pakai tudung sebab macam mak tapi kali ni tak. Mungkin dia seram kalau ayah dia pakai tudung sampai menangis ketakutan.
Kebetulan jika ayahnya tak sibuk, bolehlah layan permintaan tersebut namun jika ada kerja perlu disiapkan cepat, nak tak nak terpaksa lakukan sedikit helah.
Bukan tak boleh tutup pintu bilik tetapi apabila ditutup dengan rapat, ruang bilik akan panas kerana ada mesin tertentu yang perlu digunakan.
Tambah Norsolehah lagi, caranya dan suami buat begini kerana menganggap ini salah satu cara paling berkesan. Jika nak marah anak pun tak boleh. Dia masih kecil dan belum faham apa-apa lagi.
Sesekali dia tengok suami pakai lagi tudung saya, terus dia tak masuk dekat kacau ayahnya buat kerja lagi. Nampak macam lucu tetapi inilah taktik yang ‘serasi’ setakat ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...