Khabar gembira buat keluarga kecil selebriti dan usahawan, Syifa Melvin. Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon ini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. Dalam foto yang dimuat naik, Syifa kelihatan tersenyum manis sambil memegang kit ujian kehamilan, ditemani suami tersayang, Safawi Rasid, dan si comel kesayangan mereka, Saif Sulaiman.
Dengan kapsyen penuh makna “Bismillahi MashaAllah, Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga,” Syifa meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas rezeki yang melengkapi kehidupan mereka bertiga. Malah, beliau menyifatkan kehadiran bakal adik kepada Sulaiman ini sebagai ‘sahabat sedarah’ yang akan mengikat kasih sayang keluarga mereka lebih erat.
Ads
Dalam perkongsian itu, Syifa turut memohon doa daripada orang ramai agar urusan kehamilan kali ini dipermudahkan Allah SWT, dari awal hingga saat melahirkan nanti. “Doakan sempurna lancar sampai hujungnya,” tulisnya penuh harapan.
Bakal bersalin tidak berapa lama lagi, penyanyi dan pelakon, Hetty Sarlene memohon agar seluruh peminatnya mendoakan proses kelahiran anak pertamanya dipermudahkan.
Menerusi instagramnya, Hetty memaklumkan bakal berehat lama untuk fokus kepada bayinya selepas bersalin kelak.
Bercerita mengenai perkembangan bayinya, kata Hetty lagi, bayi kecil di dalam kandungannya juga sihat dan semakin aktif.
” Proses pengimbasan bayi berjalan dengan baik hari ini. Semuanya baik-baik saja. BabyL pun sihat dan makin aktif seperti bapanya.
“Alhamdulillah beratnya juga sempurna tapi sayangnya dia tak tunjukkan muka kerana sibuk hisap ibu hari,” kongsinya di instagram.
Dalam pada itu, Hetty yang bakal melahirkan bayinya tidak berapa lama lagi turut memohon doa semua agar kelahiran bayinya kelak dipermudahkan.
Malah kata Hetty lagi, demi memberi perhatian kepada bayi dan kesihatan dirinya kelak selepas bersalin, dia bakal berehat panjang.
” Bayi dalam kandungan bakal membuat kemunculannya sedikit masa lagi. Jadi doakan saya dalam setiap doa anda. Saya bakal berehat dan mengambil cuti panjang untuk memberi fokus kepada keluarga kecil saya kelak.
“Pun begitu, saya dan suami akan berkongsi kegembiraan bersama anda sebaik sahaja bersalin kelak.Terima kasih buat semua. Teks dan mesej anda semua sangat bermakna untuk saya dan suami, tulisnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hettysarlene_oakes
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keguguran kali pertama mungkin masih boleh diterima, namun jika berulang kali keguguran, harapan untuk menimang cahaya mata pastinya terasa mustahil. Itu anggapan sesetengah bakal ibu yang seakan sudah putus asa untuk mencuba.
Namun menurut Dr Hamid Arshad, masih ada peluang bersalin walau berulang-ulang kali gugur. Tidak perlu rasa kecewa namun terus menjalani rawatan sebaiknya hingga detik melahirkan. Ini perkongsian ilmu dan tip yang dikongsikan oleh beliau.
Bagi mereka yang berulang-ulang kali gugur memang mengalami trauma mental dan emosi. Ada merasa hampa dan kecewa. Jangan putus asa, Allah Maha Pengasih dan Penyanyang serta Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Ramai juga yang berjaya melahirkankan anak lepas 3 kali, 5 kali, malah ada seorang yang selepas 8 kali gugur.
Panduan yang saya berikan adalah seperti berikut.
Dalam pemeriksaan jika terdapat penyakit endometriosis dan rahim retroverted biasanya saya lakukan bedah laparoscopy. Sering juga saya beri ubat antivirus, acyclovir 400mg dua kali sehari selama seminggu.
Seterusnya langkah-langkah berikut dipatuhi.
1. Buat ujian UPT sebaik sahaja lewat datang haid. Jika positif terus jumpa pakar bidan.
2. Dua minggu berikutnya sangat kritikal, jauhkan hubungan seksual kerana ia boleh mengganggu kehamilan diperingkat awal.
Biasanya saya beri suntikan ubat hormon proluton satu vial dua kali seminggu untuk 2 minggu. Suntikan ini bertujuan tenangkan rahim, cegah kuncupan rahim dan untuk memudahkan pertumbuhan janin.
Jika berlaku rasa sakit pada ari-ari saperti senggugut, makan 2 biji panadol untuk tenangkan rahim yang sedang kuncup. Jika dibiarkan ia boleh terus mencetuskan keguguguran. Panadol dimakan secara berkala tidak mengancam janin.
Penting berehat sepenuhnya dalam dua minggu ini. Cuti medical sering berikan kepada pesakit-pesakit.
3. Supplement ialah prenatal vitamins saperti obimin atau prenavit serta vitamin C satu gram setiap hari. Vitamin C penting untuk meningkatkan immunity dan bantu pembiakkan sel-sel.
4. Setelah dua minggu saya scan melalui faraj dan kini kandungan sudah 6 minggu atau lebih. Kantung kandungan serta ketul janin serta denyutan jantung dapat dikesan dalam scan.
5. Teruskan suntikan proluton seminggu sekali dalam sebulan berikutan serta prenatal vitamins dan vitamin C dimakan setiap hari. Dan ini perlu diteruskan hingga kandungan 13 minggu.
6. Ultrasound scan dilakukan pada kandungan antara 10 – 12 minggu dan ketika ini anggota janin telah terbentuk dan dapat dikesan dengan jelas serta denyutan jantung yang kuat.
7. Jika berlaku ancaman gugur yang ditandakan dengan perdarahan dan sakit saperti senggugut, penting pergi dan masuk hospital secepat mungkin. Jika situasi begini berlaku kemunkinan terus gugur adalah lebih kurang 50%.
8. Saya tidak beri aspirin sebagai rawatan saperti yang dilakukan olih ramai pakar bidan lain.
9. Saya akan teruskan rawatan dan buat pemantauan setiap bulan hingga umor kandungan capai 5 bulan apabila kandungan akan stabil dan saya akan rujuk pesakit kepada pakar bidan lain kendalikan kelahiran pada cukup bulan.
Punca Berulang Kali Gugur
1. Punca utama keguguran adalah terdapat kecacatan baka pada janin. Lebih 95% embryo cacat akan gugur. Jika tidak bayi akan lahir cacat.
2. Penyakit pada rahim seperti fibroid, adenomyosis, cacat bentuk rahim. Cyst ovari, endometriosis. Pintu rahim longgar/ cervical incompetence.
3. Jangkitan kuman dan antibodi dalam darah.
4. Penyakit seperti diabetes, SLE, buah pinggang dan lain-lain.
5. Stres dan tekan fizikal dan emosi.
6. Toksin. Berbagai jenis racun ada di persekitaran kita.
Apa perlu buat?
1. Terpenting sekali ialah rehat sepenuhnya dengan berbaring. Bagi mereka yang ada retroverted uterus elok meniarap antara 10-30 minit dengan dialas 2 bantal di bawah perutnya. Mungkin perlu cuti medical atau tanpa gaji.
2. Suntikan hormon yang mengandungi hormon progesteron/roluton selang 2 hari selama dua minggu. Atau pil hormon/duphaston dimakan satu biji 2 atau 3 kali sehari terus menerus sampai 3 bulan hamil.
3. Jauhkan persetubuhan atau hubungan kelamin khususnya pada peringkat awal kehamilan. Jika dilakukan tentukan tidak tindih perut isteri. Buar air mani di luar atau guna sarung kondom.
4. Elakkan perjalanan jauh, shopping dan menaiki pesawat terbang.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan sememangnya cukup indah namun menempuh trimester pertama ternyata cukup menguji kekuatan ibu hamil. Ada daripada kita yang langsung tidak mahu makan dek kerana tiada selera mahupun muntah berpanjangan sehingga ibu hamil takut untuk makan.
Namun ada juga kes di mana ibu hamil merasa loya dan tidak berselera setiap kali melihat makananan, sudahnya ibu hamil hanya minum air dan jus untuk mendapatkan tenaga. Jadi bagaimanakah ibu hamil dapat memberikan nutrisi pada tubuh dan sekaligus bayi di dalam kandungan. Dan adakah perlu ibu hamil mengambil suplemen?
Menurut Dr. Jamali Wagiman, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Columbia Asia, Seremban, terdapat banyak vitamin dan mineral di dalam pasaran. Pengambilannya kerap menjadi topik utama semasa pemeriksaan di klinik atau sesi soal jawab di seminar pra-natal.
Asas sebenar pengambilan vitamin dan mineral tambahan semasa hamil adalah untuk mengurangkan komplikasi buruk yang mungkin berlaku kepada ibu dan bayi. Oleh itu, hanya zat besi dan folic acid sahaja perlu diambil.
Walaupun keperluan zat besi hanyalah 60 mg sehari dan asid folik 400 mg, tubuh manusia tidak mampu menyerap 100 peratus dari pil yang ditelan. Untuk itu, ibu hamil perlu mengambil zat besi, antara 180mg hingga 500mg bergantung kepada formula yang diambil.
Sentiasa perhatikan juga label pada botol dan rujuk semula kepada doktor kerana terdapat formula yang mengandungi paras zat besi yang terlalu sedikit walaupun perisa dan bungkusannya lebih menarik.
Kalsium, Vitamin A, dan zink hanya perlu diambil dalam kes-kes tertentu sahaja manakala pengambilan mineral micronutrient seperti vitamin B6, E, C dan D tidak perlu ditambah.
Kesimpulannya, untuk sihat ketika hamil tidak memerlukan pengambilan berbilang zat dan mineral. Ambil sahaja suplemen yang disarankan oleh doktor kerana itu sebaiknya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.