
Khabar gembira buat keluarga kecil selebriti dan usahawan, Syifa Melvin. Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon ini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. Dalam foto yang dimuat naik, Syifa kelihatan tersenyum manis sambil memegang kit ujian kehamilan, ditemani suami tersayang, Safawi Rasid, dan si comel kesayangan mereka, Saif Sulaiman.
Dengan kapsyen penuh makna “Bismillahi MashaAllah, Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga,” Syifa meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas rezeki yang melengkapi kehidupan mereka bertiga. Malah, beliau menyifatkan kehadiran bakal adik kepada Sulaiman ini sebagai ‘sahabat sedarah’ yang akan mengikat kasih sayang keluarga mereka lebih erat.
Dalam perkongsian itu, Syifa turut memohon doa daripada orang ramai agar urusan kehamilan kali ini dipermudahkan Allah SWT, dari awal hingga saat melahirkan nanti. “Doakan sempurna lancar sampai hujungnya,” tulisnya penuh harapan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik buat Syifa dan Safawi.
Wah, makin meriah la keluarga bahagia Syifa dan Safawi ni. Congrats korang!
Sumber: IG Syifa Melvin