Impian peminat melihat pelakon dan pengacara cantik jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim menjadi ibu pastinya bakal terlaksana pada Julai nanti.

Melihat perkembangan pelakon dan pengacara cantik jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim yang semakin cantik dengan kehamilan hampir 5 bulan ini buat peminat teruja menantikan kelahiran bayinya pada Julai nanti.

Menariknya sepanjang kehamilan, Sarimah tidak lolek berkongsi cerita dan begitu teruja berkongsi perjalanan kehamilannya di instagram peribadi miliknya.

“Allah Lebih Tahu Bila Masa Sesuai Dikurniakan Anak, Kena Positifkan Diri”, Sarimah Ibrahim Kongsi Petua Hamil Secara Semulajadi!

Bakal ibu ini sempat berkongsi rahsia dan tipnya hamil di usia lewat 30an. Beliau memberitahu sejak mengumumkan dirinya sedang mengandung anak pertama pada Februari lalu, beliau banyak menerima pertanyaan tentang kaedah kehamilan terbaik untuk hamil pada usia 35 tahun.

IKLAN

Katanya dalam instagram peribadinya, ramai menyangka kehamilan pertamanya ini adalah menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF). Namun Sarimah menepis kata-kata ini dengan memaklumkan bahawa dia hamil secara semulajadi namun menitik beratkan  pemakanan, melakukan pemeriksaan dalaman dan bersenam selalu. Akhirnya rezekinya hamil pada usia 41 tahun. Awesome!

“Allah Lebih Tahu Bila Masa Sesuai Dikurniakan Anak, Kena Positifkan Diri”, Sarimah Ibrahim Kongsi Petua Hamil Secara Semulajadi!

” Ramai yang DM tanya saya macam mana cara terbaik untuk hamil terutamanya selepas berusia 35 tahun. Ramai yang tertekan dan mula putus asa pada usia ini.

IKLAN

Apa yang saya boleh nasihatkan adalah untuk teruskan sahaja dan paling penting menjalani kehidupan yang sihat, makan secara sihat, bersenam dan buat pemeriksaan dalaman selain elakkan persekitaran berasap.

“Allah Lebih Tahu Bila Masa Sesuai Dikurniakan Anak, Kena Positifkan Diri”, Sarimah Ibrahim Kongsi Petua Hamil Secara Semulajadi!

Makan secara sihat, bersenam dan buat pemeriksaan terhadap diri dan suami. Sebaiknya cuba elakkan masalah kesihatan yang membabitkan dalaman kita selain elak tekanan seperti persekitaran berasap,” katanya. 

Sarimah juga sempat menasihatkan wanita-wanita yang masih menanti kehamilan agar tidak terburu-buru untuk melakukan rawatan IVF selagi belum mencuba secara semulajadi yang dikongsikannya.

Kekalkan Pemikiran Positif

“Paling penting kena sentiasa kekalkan pemikiran positif dan jangan terburu-buru untuk melakukan rawatan IVF.

IKLAN

“Allah Lebih Tahu Bila Masa Sesuai Dikurniakan Anak, Kena Positifkan Diri”, Sarimah Ibrahim Kongsi Petua Hamil Secara Semulajadi!

Semua orang mempunyai perjalanan hidupnya sendiri. Saya dan suami alhamdulillah kami berjaya secara semulajadi tetapi berbeza pula dengan perjalanan hidup orang lain. Dan ingat…Allah lebih mengetahui bila yang sesuai dan terbaik buat diri kita. Jangan pernah putus asa ok!

Dalam pada itu Sarimah sempat berkongsi masalah sakit belakang yang dialaminya sejak hamil. Namun kini beliau semakin pulih dan makin selesa untuk kembali aktif bersenam.

Kredit: @sarimahibrahim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI