Tatkala diri sedang hamil, sel kanser pula menyerang. Cabaran getir dilalui ibu ini dalam melakukan rawatan dan dalam masa yang sama menempuhi kehamilan sehingga bersalin.
Puan Rossimah Mohamed, ketika itu tidak menjangka bengkak pada bawah payudara yang dikesan semasa temujanji prenatal. Ibu tabah ini juga telah melalui ujian saringan mammogram mengesan kanser tersebut dan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Disebalik perjuanganya melawan kanser, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah apabila kehamilanya dapai diteruskan sehingga bersalin.
Ibu ini telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 10, Kehamilan & Kanser yang telah disiarkan di pada 14 Mei 2019, di Astro Prima & Astro Prima HD.
ADA KETULAN DI BAWAH PAYUDARA KIRI
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengimbau kembali detik awal kehamilannya pada tahun 2015 di mana dia melalui ujian untuk memulakan pemeriksaan antenatal & rekod kehamilannya di sebuah klinik.
“Jururawat yang memeriksa mendapati ada ketulan pada bahagian bawah payudara kiri. Doktor mengesahkan ada ketulan dan membuat surat rujukan untuk refer ke hospital.
“Saya terus hadir ke hospital dan dalam masa 3 hari saya hadir untuk membuat ujian biopsi. Setelah 3 minggu, keputusan ujian mendapati saya mengalami kanser payudara tahap 2.
“Doktor menasihatkan saya untuk membuang ketulan atau membuang keseluruhan payudara. Saya berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk membuang kesemuanya kerana tidak mahu memgambil risiko pada masa akan datang,” kata Rossimah kepada Pa&Ma.
DUA OPSYEN YANG SUKAR, SAMA ADA GUGURKAN ATAU TERUSKAN KANDUNGAN
Ads
Manakala untuk kandungan, ibu ini diberikan dua opsyen yang dicadangkan oleh doktor. Ia adalah pilihan yang sukar iaitu sama ada untuk meneruskan atau untuk menggugurkan kandungan. Semasa proses pembedahan membuang ketulan tersebut, dia perlu dibius keseluruhan (bius am- general anesthesia) dan ini merisikokan bayi tidak mendapat oksigen.
Setelah mempertimbangkan segala-galanya, Rossimah dan suami memilih untuk meneruskan kandungan zuriat kedua mereka walau pun dirinya bakal menempuhi pelbagai cabaran rawatan barah.
LALUI KIMOTERAPI SEBANYAK ENAM KALI
Selepas pembedahan, Rossimah dirujuk ke Institut Kanser Negara dan beliau telah melalui rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. “Semasa kimoterapi, bayi masih dalam kandungan. Saya day care, maksudnya ambil ubat pada sebelah pagi dan tengah hari saya sudah boleh pulang.
Ads
“Untuk kimoterapi 5 dan 6, saya melalui operation untuk percepakan proses radioterapi. Bayi saya pula, doktor beritahu ada masalah pada plasenta. Bagi ibu hamil plasenta makin lama makin membesar. Namun bagi saya, plasenta makin lama makin mengecut. Kesan daripada radioterapi itu, perkembangan kaki anak saya tidak berkembang dengan baik. Kakinya tidak lurus, ia membengkok sedikit,” kata Rossimah.
EMOSI TERTEKAN TAPI ROSSIMAH TERUS KUAT
Ibu juga turut mengakui emosinya terganggu. “Ketika rawatan kimoterapi pertama, saya tak boleh bangun. Kimoterapi pertama rambut gugur dengan banyak. Saya berasa sangat sedih tapi suami berikan kekuatan & dorongan. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini.
“Ketika kimoterapi yang ketiga, saya minta suami botakkan sepenuhnya kepala. Saya tidak sanggup melihat keadaan rambut yang gugur. Saya nampak segenggam rambut di bilik air, bila ternampak luka pada dada saya menangis. Alhamdulillah suami sangat menyokong. Suami kata jangan menangis. Kalau menangis kasihan pula bayi. Kata suami, kalau sayangkan anak-anak saya perlu kuat teruskan hidup,” kata Rossimah.
MELAHIRKAN PADA USIA KANDUNGAN 36 MINGGU
Ads
Ibu ini akhirnya selamat melahirkan secara pembedahan walau pun bayinya pramatang pada usia kehamilan 36 minggu. Si kecil lahir dengan berat 2.4kg dan mengalami sedikit masalah pada kedua-dua belah kaki iaitu club foot.
Biar pun dilahirkan tidak cukup bulan, anak keduanya itu membesar dengan sihat dan kini sudah boleh berjalan & berlari tanpa masalah. Tatkala mengenang kembali pahit manis ibu ini sempat berpesan sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling amat mustahak.
KENA HAPPY SELALU
“Kena happy. Kasih sayang dan kegembiraan adalah satu ubat. Saya tidak bergantung 100% kepada ubat. Saya nasihatkan kepada semua pesakit kanser supaya bangun dan bangkit. Jangan bersedih, menyalahkan diri sendiri dan orang lain. Mintalah pertolongan kepada Allah supaya boleh terus hidup,” katanya.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kanser dan kehamilan, bagaimana ia banyak terjadi semasa wanita hamil, boleh ikuti siaran Pa&Ma 14 Mei 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki anak menjadi milik Yatt Hamzah. Sementelah dia sedang menyusu, langsung tidak menyedari diri sedang hamil. Yang disangkanya ialah simptom perut membuncit kerana kenaikan berat badan atau kegemukan.
Yatt yang kini sedang hamil 12 minggu anak keempat berita gembiranya di Instagram. Pengacara dan pelakon ini berkongsi yang keberadaan insan kecil di dalam rahimnya hanya disedari pada minggu terakhir Ramadan yang lalu.
Sempena mengambil keberkatan Syawal, Bonda Ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat & followers. Bonda kini hamil anak ke – 4. #Alhamdulillah Minggu terakhir Puasa baru sempat ke Klinik untuk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Kandungan kini berusia 12 minggu lebih.
MOHON DOA AGAR SEMUA BERJALAN LANCAR
Yatt juga mohon agar follower mendoakan agar semuanya berjalan lancar memandangkan dia turut perlu memberikan perhatian kepada tiga lagi anak yang lain iaitu Suci Hanania Malika, 8 tahun, Suci Humaira Iqlima, 3 tahun dan Suci Hayfaa Medina, 1 tahun.
Mohon doa semua agar Bonda yang lasak dan aktif menjaga 3 anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dlm kandungan selamat & kuat ya.. Aameen Ya Rabb..??❤️Ok now Bonda nevess nak tambah 1 lg ni.. Moga Allah permudahkan.. ?
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
INGATKAN GEMUK, TIDAK SYAK DIRI HAMIL
Dalam posting lain, Yatt turut bercerita tentang bagaimana kehamilannya dikesan. Awalnya, pelakon dan pengacara ini tidak mengesyaki diri hamil sebaliknya gemuk. Lebih-lebih lagi dirinya sedang menyusukan.
Kelakar bila teringat masa mula2 perasan perut ni buncit. Mati-mati ingat symptom kegemukan. Langsung tak syak preggy sebab fully bf baby mmg jarang period, so mmg tak tahulah kalau preggy melainkan check.
REDA DALAM SYUKUR
Ibu ini juga melahirkan rasa pasrah, reda dan bersyukur kepada takdir Allah mengurniakan anak keempat walau pun anak ketiganya masih kecil.
Tu yg x tahu sampailah masuk minggu terakhir Ramadhan, dah lain macam buncit ni, baru tergerak hati nak test dg pregnancy test dlu then baru ke klinik. Dalam hati mmg ragu-ragu, macam tak percaya sebab kesian Medina kan kecil lagi. Baru setahun tak puas bermanja takkanlah dah nak dapat adik. Tapi bila tgk positive kat strip pregnancy test tu, terus terdiam dan terkejut. Mampu redha dalam syukur.
SPEECHLESS, TETAP RASA TERUJA WALAU PUN KALI KEEMPAT HAMIL
Yatt juga tidak menafikan diri tetap teruja, sebak dan gementar pada kali pertama melihat si kecil di dalam rahimnya saat ujian imbasan.
Lepas tu terus buat appointment utk Ultrasound di @klinik_anda_wangsa_melawati dengan Dr Sakinah yang baik lagi cantik tu, untuk confirmkan pregnancy ni. Bila scan je terus muncul makhluk comel ciptaan Allah di skrin Ultrasound tu.
Terus bergenang air mata. Speechless, walaupun dah 4 kali lalui fasa yg sama ni tapi masih perasaan yang sama ku rasa, sebak, gembira, gementar. Pandang suami, dia senyum saja dengan muka selambanya.
HARAP BABY BOY
Setelah memiliki 3 puteri, Yatt dan suami mengharapkan bayi kali ini lelaki. Bagaimana pun sekiranya dikurniakan bayi perempuan, asalkan sihat dan sempurna, dia tetap bersyukur.
Tapi tahu dia pun happy dan kalau boleh kali ni nk baby boy. Alhamdulillah Dr Sakinah kata baby masa tu berusia 10 minggu 4 hari dan dalam keadaan sihat cuma masih tak nampak jantina kerana msh terlalu kecil. Alhamdulillah terima kasih @klinik_anda_wangsa_melawati
Bonda ni pun kalau boleh nak boy sebab semua all 3 girls kan. Tp Kalau Allah nak bagi girl juga tak kisah, asalkan baby sihat dan sempurna. Syukur Alhamdulillah.
KAKAK-KAKAK EXCITED
Bakal menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga, anak-anak Yatt turut menunjukkan rasa teruja. Yatt berharap semuanya dipermudahkan, lebih-lebih lagi untuk menjaga 4 cahaya mata selepas bersalin nanti.
Yang paling excited semestinya #theSucis Kak Nia & Iqlima. Yeayy, Bonda ada baby baru.. kata dorang. Medina pun dah tersengih-sengih tengok kakak-kakaknya happy. Hehehe..
Tak tahu yang Bonda dah berpeluh-peluh memikirkan apa lah nasib Bonda nanti bila all 4 bergabung. Yg 3 ni pun Bonda dah collapse!?
Doakanlah Bonda dan baby dlm perut ni sama2 kuat berjuang melayan kerenah 3 kakaknya, selamat dan sihat hinggalah hari dia berjumpa dengan kakak-kakaknya nanti. Aameen.
Sekian lama menanti, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Jahansso mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran Instagram melalui akaun @Ijo_pada Sabtu lalu di mana baginda bertitah mengenai kehamilan itu.
Malah menerusi hantaran itu lagi, pasangan diraja ini bakal menyambut kelahiran zuriat pertama mereka yang dijangka dilahirkan pada Julai nanti.
“Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama.
“Kelahiran tersebut dijangka pada Julai 2023,” ujarnya.
Hal yang menggembirakan itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi ramai malah turut mendapat lebih 15 000 tanda suka dari pengikutnya di Instagram.
Semoga kehamilan Che Puan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Jahansso dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan isterinya, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Jahansso mendirikan rumah tangga pada 19 April 2019.
Pejam celik, pejam celik, akhirnya dah genap sebulan usia Adam Fateh Lee. Dilahirkan 11 Julai lalu, nampaknya pewaris Adam Corrie Lee dan isteri, Fazema Mohd Fuad membesar dengan sihat.
Rata-rata netizen seronok melihat kebahagiaan keluarga ini sejak kehadiran si kecil dalam hidup mereka dan penantian mereka sangat berbaloi selama ini.
Melalui perkongsian Adam Corrie Lee sempena majlis aqiqah dan ulang tahun perkahwinan ke-10, nampak seri seorang ibu di wajah Fazema.
Betul kata orang, kehadiran anak mampu mengubah hidup pasangan suami isteri itu.
Ternyata senyuman di kedua-dua wajah suami isteri ini membuktikan mereka benar-benar bersyukur dengan kurniaan dari ilahi walaupun melalui pelbagai dugaan sebelum kehadiran anak.
Malah ramai juga netizen yang memuji penampilan baru Fazema sejak bergelar ibu.
Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah. Bagi Zul Hakim Zulhaimi, cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susah dan akhirnya, lebih bermakna.Kalau...