Nana Mahzan bangga dan tidak menyekat minat dan bakat anaknya Althea yang suka melukis. Sebagai ibu, memberikan sokongan kepada apa yang dminati anak boleh membantu perkemgangan bakat mereka yang lebih positif.
Althea, 8 tahun berbakat dalam bidang seni lukis. Galakan dari si ibu tentu membuatnya lebih bersemangat. Althea akan menggunakan medium kertas atau menggunakan tablet untuk melukis. Tapi yang sweetnya, mummy akan mencetak dan menyimpan hasil kerja Althea.
Para follower Nana mmuji kreativiti Althea dan tindakan Nana menyokong minat Althea. Ada mengatakan ia unik dan kreatif dan meminta agar bakat pada Althea jangan disia-siakan.
Jangan lupa temui Nana sebagai hos rancangan TV Pengantin Musim Kedua mulai 17 Disember 2018. Bagi musim kedua ini, pelbagai tajuk berkaitan raja sehari akan diutarakan seperti Busana Moden, Pelamin, Hantaran & Sirih Junjung, Solekan, Rambut & Tudung, Busana Klasik, Pre-Wedding dan sebagainya.
Rancangan TV Pengantin Musim Kedua akan disiarkan setiap minggu pada hari Isnin, jam 12.3- tengah hari di slot Dewi (Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135). Dalam setiap episod, pelbagai tips dikongsikan oleh para pakar.
Ada juga segmen DIY yang memberikan idea kepada anda membuat sendiri keperluan majlis perkahwinan. Manakala slot Detik Indah pula membuat perbandingan dalam pelbagai aspek seperti lokasi, tema, fesyen terkini busana pengantin dan sebagainya.
Bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak pada November ini, Royale Chulan Seremban akan menganjurkan Festival Hari Kanak-Kanak selama dua hari pada 9 dan 10 November 2024.
Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan khusus untuk kanak-kanak sebagai meraikan hari penuh makna buat mereka.
Bakal dikunjungi oleh pelbagai peringkat umur kanak-kanak, kesemua kesuluruhan Royale Chulan Seremban ini akan turut menjalankan pelbagai aktiviti menarik.
Menariknya, Bzu Bzu, yang terkenal dengan produk penjagaan rumah dan diri semula jadi, akan memberikan 2,000 hadiah percuma kepada kanak-kanak yang hadir!
Antara pertandingan yang akan diadakan di Ballroom Seri Negeri 1 ialah pertandingan mewarna, tarian, nyanyian, dan pertunjukan fesyen.
Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah bernilai RM400, wang tunai RM500 daripada PTPN, trofi, sijil, dan 4 tiket taman tema Legoland Malaysia.
Tempat kedua dan ketiga akan menerima wang tunai RM400 dan RM300, serta tiket ke Snowlim Wonderland Malaysia dan hadiah-hadiah lain. Yuran penyertaan bermula dari RM25, termasuk hidangan khas untuk peserta.
Di Ballroom Seri Negeri 2, Brickmasters akan menganjurkan pertandingan Lego pertama di Negeri Sembilan, dengan penyertaan lebih 500 orang setiap hari. Yuran penyertaan ialah RM5 dan terbuka kepada semua.
Sementara itu, Pusat Latihan Catur Negeri Sembilan akan menganjurkan kejohanan catur di Ballroom Seri Negeri 3, terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa.
Selain itu, acara ini turut menawarkan aktiviti seperti istana angin, pertunjukan silap mata, pencarian harta karun, pameran haiwan, dan bengkel baking di Restoran Han Pi Yuen yang terbuka kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dengan yuran RM49.90 sahaja.
Tidak ketinggalan, KPJ Seremban Specialist Hospital juga akan turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma seperti saringan tekanan darah, BMI, glukosa, dan analisis lemak badan sepanjang festival ini berlangsung. Aktiviti lain termasuklah pemeriksaan pertuturan, pendengaran, gigi, dan mata percuma.
Jadi apa tunggu lagi, jom sertai aktiviti menarik ini dan untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di WhatsApp 016 920 9880 atau telefon 06-766 6666, atau e-mel enquiry.rcs@royalechulan.com.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak menangis itu biasa namun bila anak menangis sampai muka kebiru-biruan usahlah dibiarkan. Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka sengaja tahan nafas, maka reaksi pertama adalah memarahi mereka.
Namun, apa yang anda perlu tahu adalah perbuatan ini bukannya sengaja dilakukan. Fenomena ini dikenali sebagai breath holding spells atau raungan senyap kebiruan. Ia merupakan satu refleks di luar kawalan badan. Ini bermakna, anak anda tidak boleh mengawalnya namun ia akan kembali normal dalam tempoh kurang daripada seminit selepas itu.
Dalam kebanyakan situasi, fenomena ini boleh diramal dan selepas faktor pencetusnya dikenal pasti, ia boleh dihindari.
Menangis hingga menjadi kebiruan ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia di antara 6 bulan hingga 6 tahun namun lazimnya dialami oleh mereka yang berusia 2 tahun.
Jika terdapat sejarah masalah kesihatan ini dalam kalangan ahli keluarga, kanak-kanak tersebut lebih berisiko untuk mengalaminya.
Terdapat dua jenis raungan senyap kebiruan yang mempunyai punca berbeza:
Raungan senyap kebiruan sianotik
Keadaan ini boleh berlaku apabila kanak-kanak berhenti bernafas dan wajah mereka bertukar menjadi biru. Ia sering berpunca daripada perkara yang membuatkan mereka sedih seperti dimarahi. Semasa anak anda sedang menangis, mereka hanya menghembus nafas dan tidak menarik nafas. Ia boleh menyebabkan wajah mereka bertukar menjadi warna biru atau ungu (lebih serius).
Raungan senyap kebiruan pallid (tak bermaya)
Keadaan ini lebih jarang berlaku dan lebih sukar untuk dijangka berbanding dengan fenomena sianotik. Berbeza dengan jenis sebelum ini, ia berlaku apabila kanak-kanak sedang dalam ketakutan atau mereka terkejut. Wajah mereka akan menjadi pucat lesi dan bertukar putih semasa ia sedang berlaku.
Kedua-dua jenis raungan senyap kebiruan boleh menyebabkan kanak-kanak berhenti bernafas dan kadangkala mereka boleh pengsan. Jika keadaan ini terlalu ekstrem, ia boleh menyebabkan masalah sawan.
Antara tanda yang boleh dialami oleh anak anda semasa episod kebiruan adalah:
* Tangisan berhenti secara tiba-tiba
* Kulit dan bibir menjadi kebiruan
* Berhenti bernafas semasa ia sedang berlaku
* Tubuh menjadi kaku dan mereka tidak bergerak
Dalam kebanyakan situasi, anak anda akan kembali normal beberapa saat selepas kebiruan. Namun, ada juga yang kekal biru walaupun sudah lama mereka berada dalam keadaan begitu. Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika ibu bapa kerap memarahi anak ketika mereka berada dalam episod tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
* Bertenang, jangan panik, berhenti daripada membuatkan anak anda sedih seperti marah dan cuba untuk menenangkan mereka.
* Jangan goncang tubuh anak anda dan ketika badan mereka menjadi kaku, baringkan mereka dalam posisi mengiring.
* Pastikan tiada makanan atau objek lain di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan daripada tercekik.
* Pastikan tiada perabot atau objek berbahaya berdekatan dengan anak jika mereka mula mengalami simptom sawan.
* Jika anak masih tidak bernafas melebihi 1 minit, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Ia merupakan satu prosedur kecemasan yang dilakukan dengan cara memberi tekanan pantas dan berterusan di kawasan dada mangsa dengan/tanpa memberi bantuan pernafasan secara berkala.
* Bawa anak ke hospital dengan kadar segera jika keadaan menjadi lebih serius.
Bagi kebanyakan kanak-kanak, fenomena kebiruan akan hilang apabila usia mereka meningkat. Apa yang lebih mencabar bagi ibu bapa adalah mencari jalan untuk mendisiplinkan anak mereka tanpa mencetuskan kebiruan semasa mereka sedih.
Dalam banyak keadaan, perkara ini memerlukan rujukan doktor bagi mengenal pasti jalan terbaik bagi anda dan anak anda.
Fenomena anak tidak bernafas ini tidak boleh menjadi alasan untuk ibu bapa menuruti kehendak dan melayan segala kerenah anak-anak tanpa batasan. Mereka memerlukan tunjuk ajar dan cara untuk beradaptasi dengan perubahan emosi yang berlaku.
Fenomena kebiruan mungkin nampak berbahaya namun dalam kebanyakan masa, ia hanya memerlukan kesabaran dan teknik yang betul dalam menguruskan episod kebiruan.
Episod kebiruan yang melibatkan anak tahan nafas di luar kawalan boleh membuatkan ibu bapa panik. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, ia akan beransur pulih dengan sendiri dalam tempoh kurang daripada 1 minit.
Jika keadaan berlarutan, rujukan kepada doktor boleh membantu mengenal pasti punca yang menyebabkan ia menjadi serius.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam dunia moden yang serba pantas ini, ramai ibu bapa lebih fokus kepada kecemerlangan akademik atau pencapaian luar bilik darjah. Namun, ada satu perkara yang sering terlepas pandang tetapi sangat penting untuk pembentukan jati diri anak, iaitu adab dengan orang yang lebih tua.
Sejak kecil, anak-anak belajar melalui pemerhatian. Mereka melihat bagaimana ibu bapa bercakap dengan datuk dan nenek, cara kita menyapa jiran, atau bagaimana kita menegur guru. Bila anak melihat ibu bapa menundukkan suara ketika bercakap dengan orang lebih berusia, secara tidak langsung mereka juga akan meniru. Adab ini menjadi cerminan siapa diri kita dan keluarga.
Menghormati orang tua bukan sekadar memberi salam atau panggilan mesra. Ia juga termasuk cara duduk bila berhadapan dengan mereka, mendengar nasihat tanpa menyampuk, atau membantu tanpa perlu diminta. Bila anak-anak dididik begini, mereka akan lebih prihatin dan empati dalam pergaulan.
Adab dengan orang tua adalah warisan nilai budaya dan agama. Jika anak-anak tidak dibiasakan dengan hormat pada orang tua, lama-kelamaan budaya ini akan pudar. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah generasi yang bakal meneruskan nilai ini kepada cucu-cicit nanti.
Anak yang menghormati orang tua biasanya memiliki hati yang lembut, mudah mengasihani dan tahu menilai jasa orang lain. Mereka akan lebih berdisiplin, tahu sempadan ketika berbicara, dan lebih mudah disenangi oleh orang sekeliling.
Tunjukkan teladan – Ibu bapa mesti jadi contoh utama.
Beri pendedahan sejak kecil – Biasakan anak memberi salam atau mencium tangan datuk, nenek dan guru.
Gunakan bahasa sopan – Ajarkan anak menggunakan “tolong”, “terima kasih”, “maaf”.
Cerita dan kisah – Gunakan kisah tokoh atau cerita keluarga untuk tanam rasa hormat.
Mengajar anak tentang adab dengan orang yang lebih tua bukan sekadar soal disiplin, tetapi ia adalah satu bentuk pendidikan hati. Anak yang tahu menghormati orang lebih tua akan lebih berjaya dalam kehidupan kerana mereka membawa akhlak mulia yang dihargai sepanjang zaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!