Beberapa jam selepas dilahirkan, Adam Corrie Lee menjadikan alunan zikir sebagai caranya berinteraksi dengan ‘baby Lee’ yang ditunggu-tunggu selama ini.
Menjadikan zikir SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar sebagai ketenangan buat anak lelakinya, jelas menampakkan Adam Corrie Lee begitu bersyukur dengan anugerah terbesar dalam hidup mereka suami isteri.
Melalui raut wajah Adam Corrie Lee dan cara dia merenung bayinya benar-benar menunjukkan dia masih lagi tergamam dengan khalifah kecil yang dipangku.
Malah rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan alhamdulillah kepada Adam Corrie Lee kerana penantiannya untuk mendapatkan zuriat dimakbulkan Allah.
Adam Corrie Lee dan isteri pernah berkongsikan cabaran yang perlu ditempuhi untuk mendapatkan zuriatnya.
Ads
Beberapa kali mengandung dan keguguran adalah ujian yang terbesar bagi Fazema Mohd Fuad namun atas kesabarannya, Allah dah gantikan hadiah paling bermakna dalam hidup mereka selepas 10 tahun berkahwin.
Semalam Adam Corrie Lee telah memuatnaik status di instagramnya dengan meluahkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan babyLeedi KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Ampang.
Ads
“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. Insya-Allah hati tenang,” tulis Adam.
Sebelum ini, pelakon KL Gangster itu meluahkan perasaan syukur apabila doktor memaklumkan isterinya tidak perlu menjalani pembedahan, sebaliknya hanya perlu mendapatkan cukup rehat sebelum melahirkan anak.
Pelakon berusia 50 tahun yang mendirikan rumah tangga pada 2008 itu turut memaklumkan, hanya akan berkongsi nama permata hati mereka selepas tujuh hari dilahirkan.
Sumber: ig Adam Corrie Lee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkasih sayang dalam rumah tangga bukan semata-mata bagi nafkah yang cukup, tapi sikap tolenrasi dan memahami antara pasangan kunci kebahagiaannya. Kehadiran anak juga pembawa rezeki untuk keluarga. Sebab itu pentingnya persefahaman yang baik.
Sebagai suami, fahamilah kadang-kadang isteri ini tak semua yang dilakukan sempurna walaupun perkara itu selalu dibuat hari-hari.
Ada masanya ‘terlupa’ itu biasa kerana banyak benda nak difikirkan dalam satu masa. Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew sangat menyentuh hati dan memberi kesedaran pada semua yang dah bergelar suami isteri dan ibu bapa pada anak-anak.
Baru ni masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik. Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper…kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak..
Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh ebit lew kan..yer saya abang..
Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah..
Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama.Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia..Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah. Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya..itulah akhlak Nabi saw..
Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya..
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan..hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya..
Hargailah Isteri
Isteri mengandung 9 bulan..rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya..hargailah ibu. Hargailah isteri..
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah waktu seorang diri menangis..Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila.
Begitulah selalunya..
Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit…kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.
Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain…
Laaa itu tinggal…ini tinggal…apa awak ingat.
Bagi setengah lelaki siap tu siap..bagi wanita siap tu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak berak muntah, kunci pintu rumah…
Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri..pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh. Di marahnya pula. Ya Allah..
Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang-ebit lew
Didik anak cinta Allah adalah keinginan terbesar buat Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir untuk permata hatinya iaitu Muhammad Luth Ali.
Perkongsian melalui instagram Saharul dan Deena, memang jelas mereka berdua begitu menitikberatkan soal agama dalam diri Ali walaupun bukan secara formal.
Paling mengagumkan, Saharul yang kini sedang mengikuti kelas mengaji al-Quran turut membawa Ali bersama-samanya dengan tujuan membiasakan Ali mendengar bacaan ayat suci al-Quran dari awal.
Cara didikan Saharul ini wajar dipuji dan tak mustahil impiannya dan isteri untuk melihat Ali menjadi seorang pejuang agama tercapai.
Saharul juga berpendapat, tiada apa yang lagi penting untuknya melainkan mencari ilmu akhirat terlebih dahulu kerana selepas itu dunia akan datang dengan sendirinya.
Perkataan Pertama Anak Sebut ALLAH
Menariknya juga baru-baru ini, Saharul telah menunjukkan perkembangan Ali yang sudah mula pandai menyebut Allah dan bersyukur Allah memakbulkan doanya sejak Deena mengandungkan Ali.
Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah.
Selain itu, menariknya tentang didikan Saharul pada Ali adalah bahan bacaan awal anaknya adalah buku-buku yang berkisarkan keagamaan dan pembelajaran awal huruf Jawi. Hebatkan!
Hero drama popular Kau Aku Kita ini sebolehnya nak Ali seimbang akademik dan agama. Semoga apa yang diusahakan Saharul dan isteri sejak dari awal akan dipermudahkan.
Sementara itu, keletah Ali juga selalu mendapat reaksi positif dari peminat baba dan ibunya.
Walaupun belum mencecah umur setahun, sudah nampak kecerdikan Ali meniru pelbagai aksi yang orang dewasa dan dia juga pandai bermain emosi setiap kali diusik oleh babanya.
Sumber: instagram saharulridzwan & deenasaharul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti popular, Anzalna Nasir berkongsi beberapa jenis pakaian berjenama yang dibeli khas untuk dua anak lelaki tercintanya.
Menurutnya, dia tidak kisah berhabis untuk anak-anak kesayangan demi tampak kemas dan bergaya selain merupakan terapi buat dirinya sebagai seorang ibu.
“Self therapy. I dont mind spending on my kids as long as they look good.”
Dia turut memuatnaik video berdurasi 3 minit sambil menunjukkan beberapa jenis pakaian berjenama milik anak-anak tersayang yang baru dibeli antaranya Versace, Kenzo, Balmain Paris, Dolce Gabbana, Boss.
Pakaian berjenama mewah tersebut masih lagi belum dibuka dan berbungkus elok. Terdapat lebih dari 10 helai pasang baju dengan pelbagai corak yang sangat cantik dikongsi untuk tatapan para pengikutnya di Instagram.
Melalui pencarian harga di laman sesawang Versace, harga bagi satu pasang baju untuk kanak-kanak antara RM1000 (Satu Ribu Ringgit) dan keatas.
Melalui ruangan Q&A di Insta Story pula ada warga maya tertanya-tanya adakah selebriti ini tidak rasa membazir membeli barangan berjenama mewah serta pendapat mengenai barangan tiruan.
“Tak rasa membazir ke beli baju-baju anak harga beribu? pernah beli yang fake tak?”
“Ada rezeki lebih kongsi dengan anak. Jangan berkira sangat. Anak pembawa rezeki. No fake stuff!”
Selebriti cantik yang juga merupakan ibu pada dua cahaya mata lelaki ini turut menasihati agar berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.
“Kesian anak kalau orang tahu buat malu sahaja lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama”
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.