Kematian yang indah sering menjadi dambaan setiap insan. Kematian yang memberi pengajaran dan menyentuh hati, seperti kisah arwah Nurly Shahirah Azman, yang meninggal dunia dalam kemalangan tragis melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Sejak hari pemergiannya, pusara arwah tidak pernah sunyi. Ramai yang hadir menziarahi bukan hanya kerana sayang, tetapi kerana terasa ‘lain macam’ dengan kemuliaan perginya arwah.

Ada yang mendakwa kawasan kubur berbau harum, seolah satu petanda baik. Ia mencetus rasa sebak dan insaf, malah tular di media sosial sebagai satu kematian yang menjadi pengajaran buat semua. Namun, di sebalik kisah penuh pengajaran ini, muncul pula sisi yang menyedihkan.

 

Taksub Hingga Terpesong: Syirik & Khurafat di Pusara Arwah

Amalan Khurafat Di Kubur Nurly Shahirah, JHEAT Dan Rela Daerah Besut Bertindak

Ads

Apa yang menyayat hati, apabila segelintir pengunjung yang datang ke pusara bertindak melampau  hingga terjerumus kepada amalan khurafat. Ada yang mencium naskhah al-Quran tulisan tangan arwah secara taksub, seolah-olah ia mempunyai unsur keramat.

Lebih mengejutkan, ada juga yang mengambil tanah kubur lalu disapu ke muka anak-anak mereka, malah disimpan di dalam poket seakan azimat.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini akhirnya memaksa pihak keluarga mengambil langkah drastik.

Pusara Diletakkan Tali Penghadang, Ziarah Ditangguhkan

Amalan Khurafat Di Kubur Nurly Shahirah, JHEAT Dan Rela Daerah Besut Bertindak

Ads

Menurut abang arwah, Mohd. Najmuddin, keluarga memutuskan untuk tidak menerima sebarang kunjungan antara 2 hingga 5 Julai ini, bagi memberi ruang buat ibu bapa mereka berehat setelah lebih 20 hari tidak berhenti melayani tetamu yang datang silih berganti.

“Kami mohon jasa baik orang ramai, hormatilah keputusan ini. Umi dan abah sudah terlalu letih. Kami juga kesal dengan tindakan sesetengah pengunjung yang keterlaluan,” ujarnya.

Sebagai langkah pencegahan, ahli keluarga telah memasang tali penghadang di kawasan pusara arwah. Ia bertujuan mengawal keadaan agar tidak berlaku lagi perbuatan khurafat dan syirik yang boleh memesongkan akidah.

Ads

Amalan Khurafat Di Kubur Nurly Shahirah, JHEAT Dan Rela Daerah Besut Bertindak

Ingat, Kematian Bukan Untuk Dipuja

aKematian yang baik adalah anugerah Allah. Tetapi memuja, mengambil tanah kubur, atau menganggap sesuatu peninggalan sebagai ‘keramat’ adalah perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Bahkan ia boleh membawa kepada syirik dan khurafat yang merosakkan akidah.

Semoga kita tidak hanya tersentuh oleh kisah kematian yang indah, tetapi turut mengambil iktibar secara berlandaskan syariat dan akidah yang benar.

Sumber: Ahmad Nazrul & Kosmo

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI