Menerusi video Tiktok, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson, 28, telah muatnaik video bersama anaknya. Di dalam video tersebut dia berkata kaviar lebih sedap dinikmati bersama keju seperti keju Camembert atau Brie.  

  “Betul tak Issac?”  

“Betul!” Jawab Isaac.  

 “Sedap! dia rasa masin-masin kan” . Sebelum ini juga dia pernah berkongsi video menikmati kaviar di sebuah restoran. Menurut pelakon wanita ini,  kaviar boleh jadi sangat mahal hingga mencecah ribuan. “Tapi ini kita beli apa yang ada dekat depan mata di Jaya Grocer dalam dua puluh tujuh ringgit” katanya berkongsi.  

Untuk pengetahuan, kaviar adalah telur ikan sturgeon yang diawetkan dengan garam dan menjadi salah satu hidangan yang tinggi nilai komersialnya di pasar makanan dunia. Setara dengan harganya yang mahal, rasa kaviar juga sangat lazat. Kaviar juga terdapat dalam pelbagai jenis.

“Issac nak buat..” Zahirah MacWilson Dan Isaac Raees Makan Kaviar Sambil Borak Dalam Bahasa Melayu
sumber: stock image

 

Tonton video Zahirah dan Isaac makan kaviar:

@zahirahmacwilsonLumpfish Caviar PLEASE REFER TO YOUR CHILDS DOCTOR FOR HEALTH CONCERNS OR ADVICE PRIOR. Caviar has many health benefits and is rich in Omega-3, kids who reach age 2 are advised to give in small portions. Some children may experience an allergic reaction so please be cautious.♬ original sound – Zahirah Macwilson

“Issac pun suka makan kaviar kan? Tapi Issac boleh makan sikit-sikit je” kata Zahirah. Anaknya yang berusia dua tahun itu menikmati Lumpfish kaviar yang diletakkan di atas biskut yang disaluti hummus.  

IKLAN

Namun apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah perbualan antara ibu dan anak itu dalam bahasa melayu.  Melihat di ruangan komen rata-rata peminat memuji kepetahan Isaac bercakap dalam bahasa melayu.  

Antara komen peminat;

“Issac nak buat..” Zahirah MacWilson Dan Isaac Raees Makan Kaviar Sambil Borak Dalam Bahasa Melayu

“Issac nak buat..” Zahirah MacWilson Dan Isaac Raees Makan Kaviar Sambil Borak Dalam Bahasa Melayu

“Issac nak buat..” Zahirah MacWilson Dan Isaac Raees Makan Kaviar Sambil Borak Dalam Bahasa Melayu

IKLAN

 Pelakon wanita ini meninggalkan pesanan di ruangan kapsyen; 

“ Please refer to your childs doctor for health concerns or advie prior. Caviar has many health benefits and is rich in Omega-3 kids who reach age 2 are advised to give in small portions. Some children may experience an allergic reaction so please be cautious.” tulisnya dalam bahasa Inggeris.  

Selain kebaikan kaviar yang dikongsikan oleh Zahirah, antara kelebihan lain makanan ini adalah dapat:

  1. Meredakan peradangan. Memetik dari Mediterranean Journal of Rheumatology, lemak omega-3 dapat membantu meredakan gejala rheumatoid arthritis terutamanya pada sendi yang bengkak.

2. Menjaga kesihatan otak. Omega-3 yang ada dalam kaviar bermanfaat bagi orang yang memiliki risiko penyakit alzheimer.

3. Mengurangi risiko penyakit mata. Tambah menarik apabila Omega-3 yang ada dalam kaviar dapat mengatasi mata kering. 

IKLAN

 

“Issac nak buat..” Zahirah MacWilson Dan Isaac Raees Makan Kaviar Sambil Borak Dalam Bahasa Melayu
Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim Ridza bersama buah hati mereka

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI