Ads

Amalkan 11 Zikir Ini Waktu Memasak, Anak Kurang Melawan & Mudah Dididik

Amalkan 11 zikir ini waktu memasak jika anda ingin melihat perubahan yang menenangkan dalam diri anak-anak. Kalau ada yang bertanya, apa rahsia untuk menjadikan anak lebih mudah mendengar kata dan lembut dibentuk akhlaknya, jawapannya mungkin lebih dekat daripada yang kita sangka.

Ia bukan sekadar pada cara mendidik atau teknik komunikasi, tetapi bermula dari dapur rumah sendiri. Amalan berzikir dan berdoa ketika memasak menjadi antara kunci yang sering dikongsikan oleh orang-orang lama.

Inilah yang dinamakan sebagai rahsia air tangan ibu. Ketika menyediakan hidangan, ibu sebenarnya mempunyai ruang yang sangat istimewa untuk memohon kepada Tuhan segala yang dihajati buat suami dan anak-anak. Setiap lauk yang dimasak boleh disertai doa dan zikir, disulam dengan harapan agar keluarga sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang-Nya. Waktu memasak menjadi saat paling sesuai untuk menitipkan doa ke dalam setiap hidangan.

Pesan orang tua-tua dahulu, air tangan ibu mempunyai kekuatan tersendiri dalam mengikat kasih antara suami isteri dan anak-anak. Walaupun ibu bekerjaya dan jadual harian padat, cubalah mencari sedikit masa untuk memasak buat keluarga. Sentuhan itu membawa makna yang besar, bukan sekadar mengenyangkan perut tetapi mengeratkan hubungan hati.

Menyedari betapa besarnya kesan air tangan ini, para ibu wajar memanfaatkan momen di dapur untuk membina kesejahteraan fizikal dan emosi keluarga. Bahkan, menyuapkan makanan ke mulut anak dengan tangan sendiri mampu meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa mereka.

Walaupun tiada kajian saintifik yang secara khusus membuktikan kehebatan air tangan seorang ibu, ia boleh difahami melalui pendekatan rohaniah. Doa, niat dan kasih sayang yang disertakan dalam setiap masakan itulah yang menjadi kekuatan sebenar.

Ads

11 ZIKIR DAN DOA SEMASA MEMASAK YANG BOLEH DIAMALKAN OLEH IBU-IBU

Amalkan 11 Zikir Ini Waktu Memasak, Anak Kurang Melawan & Mudah Dididik

  1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

Ads

5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

  1. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

Ads

11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Amalkan 11 Zikir Ini Waktu Memasak, Anak Kurang Melawan & Mudah Dididik

Moga ibu-ibu muhasabah diri untuk memasak buat ahli keluarga. Dengan air tangan ibu-ibu yang penuh kasih sayang semasa memasakan serta disulami zikir dan doa akan menjadikan akhlak anak-anak terpuji. Doa dan zikir ini juga boleh dipraktikkan kepada suami supaya rumah tangga harmoni dan penuh kasih sayang.

Sumber: www.tvceramah.com

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Bapa Terkejut Air Paip Tiba-Tiba Jadi Panas Ketika Bersihkan Anak, Kaki...

Air paip tiba-tiba jadi panas ketika seorang bapa membersihkan anaknya hingga menyebabkan kaki melecur teruk. Kisah ini menjadi peringatan penting buat ibu bapa agar sentiasa memeriksa suhu air.