Kebanyakan anak-anak usia 3 tahun ke bawah mereka ada bahasa sendiri untuk bercakap dengan ibu bapa atau orang sekelilingnya. Kadang untuk memahami apa maksud ayat itu agak sukar sehingga terpaksa buat pemahaman sendiri.
Menurut pakar, cakap jerman ini sebenarnya normal bagi kanak-kanak, tetapi ia akan berkurang apabila kanak-kanak mula menguasai kefahaman bahasa mereka. Tetapi jika selepas 3 tahun masih ada cakap jerman, ianya sudah TIDAK NORMAL.
Menerusi perkongsian Puan Fadzielah Ayub yang juga seorang ibu yang banyak berkongsi tip keibubapaan dan anak, dia sendiri melalui pengalaman anak bercakap bahasa sendiri tetapi berjaya mengatasinya dengan melakukan beberapa tip di bawah ini.
ANAK BERCAKAP BAHASA SENDIRI?
Hari ini ilah nak berkongsi daripada perkongsian Terapi Pertuturan mengenai anak bercakap bahasa sendiri. Maksudnya anak bercakap dalam bahasa yang kita sendiri tak faham. Boleh jadi bahasa Jerman, Jepun, Perancis, Korea dan sebagainya. Tak tahulah anak cakap apa.
Ramai parents yang menghadapi masalah ini kan? Bunyi macam bercakap tapi kita tak faham apa yang anak cakap atau cuba sampaikan. Sejujurnya ilah pun pernah mengalami fasa ini masa mula-mula Zayd dah boleh sebut banyak bunyi dan perkataan. Bila dia membebel atau nak cakap laju, mula la keluar perkataan bahasa yang dia sendiri je faham.
Sebenarnya begini..
Kanak-kanak yang sedang belajar bercakap memang biasanya akan bercakap bahasa sendiri yang mana kita sebut sebagai ‘jargon’.. ini terjadi disebabkan oleh mereka cuba meniru untuk bercakap seperti orang dewasa tetapi mereka mempunyai vocab yang sedikit untuk bercakap seperti kita atau pun memori mereka masih lagi belum mampu untuk menangkap ayat panjang seperti yang kita cakap.
Ads
Ummi: “Zayd nak makan buah tak? Nak buah mangga ke buah anggur?”
Zayd: bfdfgrm ndifrs nak angkur
Haha. Ni contoh bahasa jargon Zayd kadangkala ada bunyi bahasa korea pun ada dan ummi langsung tak faham.
Anak memang akan dengar apa yang kita sebut. Tetapi mungkin ada beberapa perkataan yang mereka tidak faham dan tak mampu nak tangkap setiap perkataan yang kita sebut. Jadi, kita boleh ulang ayat dengan sebut satu persatu secara perlahan-lahan dan tidak laju terutama anak yang masih kecil atau ada masalah delay (perkembangan lewat).
Jargon ini sebenarnya normal jika berlaku pada kanak-kanak bawah umur 3 tahun. Tetapi jika masih ada lagi jargon selepas umur 3 tahun, perlu buat pemeriksaan. Takut-takut kalau ada masalah speech atau language delay.
Cara untuk mengurangkan jargon:
1. Terjemahkan kepada bahasa yang betul
Jika anak sebut sesuatu guna bahasa sendiri, kita perlu terjemahkan atau perbetulkan kepada bahasa yang betul mengikut situasi tersebut.
Ads
Sebagai contoh anak tengah memegang kereta dan sebut “hsfjedncx xcfgd..ghsjfe”
Maka, kita boleh terjemahkan dan perbetulkan mengikut situasi pada masa itu “Wah.. kereta Zayd warna oren. Kereta boleh gerak ke depan”
2. Guna bahasa yang pendek dan mudah difahami
Anak akan lebih mudah untuk faham dan senang nak pickup bila kita gunakan bahasa yang pendek dan mudah di sebut. Gunakan ayat 1-3 perkataan pun dah cukup. Tak perlu ayat yang panjang-panjang.
3. Tingkatkan kosa kata anak
Tingkatkan kosa kata anak dengan perkenalkan perkataan baru setiap hari. Bila kosa kata atau vocab anak meningkat, barulah mereka boleh menggunakan perkataan yang betul dan buat ayat. Jadi jargon itu akan berkurang.
Ads
Oh ya. Kadang-kadang anak tengok kartun yang cakap panjang-panjang dekat TV pun boleh menyebabkan jargon jugak. Seeloknya kurangkan gadjet atau TV dan banyakkan komunikasi 2 hala dengan anak.
nota: Contoh Zayd #17months bercakap dalam bahasa sendiri. Alhamdulilah sekarang dah boleh cakap dan sebut banyak perkataan.
Memisahkan tempat tidur anak dengan mak ayah bukanlah mengambil masa singkat. Banyak langkah demi langkah yang perlu dipersiapkan untuk anak benar-benar bersedia berpisah tidur dengan ibunya.
Menurut Pn Wan Nur Syakira, Penulis Keibubapaan, memisahkan anak dengan tempat tidur mak ayah perlu dilakukan lebih awal. Malah seawal usia mereka 1-2 tahun lagi, anak sudah didedahkan mengenai pengasingan ini. Ini yang mak ayah perlu lakukan untuk bersedia mengasingkan anak.
WAKTU SESUAI UNTUK KITA PISAHKAN TEMPAT TIDUR DENGAN ANAK
✔Umur 1, 2 tahun, fokus untuk sentiasa bercerita pada anak, nanti adik akan tidur di tilam sendiri, ada bilik sendiri. Prepare emosi dan mental mereka untuk berpisah tempat tidur.
✔Sebaiknya umur 3,4 tahun, kita dah boleh mula start pisahkan tempat tidur anak dengan kita. Mungkin bilik sama, tapi compartment berbeza, tilam lain-lain. Bukan kongsi.
Ada yang dah start dari usia bayi, asingkan. Ini lagi baik. Senang di masa hadapan. Usia ini kena start toilet training untuk persediaan menjadi lebih berdikari.
Teruskan bercerita dan upgrade cerita tentang perasaan malu, aurat , dan privasi.
✔Umur 5,6 tahun, dah boleh ada bilik sendiri. Dah boleh independent sikit. Kalau tak mampu tidur dalam blik dia, at least dia ada ruang privasi untuk dia tukar baju, buat homework, main. Biar anak tahu , dia ada ruang privasi.
✔Umur 7 tahun, dah boleh tidur bilik sendiri. Jangan sekolah rendah, masih tidur dengan ibu ayah. BIG NO! Panduan yang sama boleh diaplikasi dalam situasi tidur dengan nenek, bapa atau mak saudara.
Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.
Ia sangat berkait dengan persediaan emosi ( boleh berdikari ), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi ) dan fizikal anak ( dah lulus toilet training).
Jangan pandang enteng perkara ini. Ramai anak yang terlepas melihat perkara yang tak patut mereka lihat dari ibu bapa, Kerana tidur satu tilam dan bilik dengan ibu bapa.
Dan mereka tiru aksi pasangan suami isteri tanpa mereka tahu itu tidak elok.
Jom cakna ye mak ayah!
Wan Nur Syakira
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak selalu membaca buku cerita, ia dapat merangsang pemikiran mereka. Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapati lebih kreatif dan berimaginasi.
Pengetahuan amnya juga lebih meluas dan mereka selalu yakin ketika berbicara. Biarpun cerita Arnab Berlumba Dengan Kura-Kura atau Sang Kancil Menipu Sang Buaya kelihatan remeh, sebenarnya jika dikongsikan dengan anak-anak boleh merangsang otak mereka.
Kemahiran berfikir dalam kalangan anak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh memberi cadangan dan memberi pelbagai idea.
Selain itu, anak juga boleh menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut:
CERITA SEMULA
Sentiasa galak anak-anak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
BERTANYA SOALAN
Bertanya kepada anak-anak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru.
Situasi ini akan menggalakkan anak-anak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
KAITKAN DENGAN PENGALAMAN DIRI
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta anak-anak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila anak-anak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Anak saya tak minat pegang pensil, macam mana nak ajar dia tulis? Apa-apa yang melibatkan pensil dan kertas, dia jadi cepat bosan.”
Ni antara keluhan mak ayah terutamanya yang ada anak bakal masuk tadika. Dalam umur ini, kebanyakan anak-anak masih dalam proses nak mempelajari sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi penting untuk rangsangan awal agar dapat memudahkan anak itu sendiri bila masuk alam persekolahan.
Tahu tak mak ayah semua. Nak ajar anak tulis tak semestinya kena guna pensil dan kertas semata-mata.
RANGSANG SEMUA DERIA UNTUK AJAR ANAK TULIS DAN BACA 0-6 TAHUN
Bagaimanapun, ada caranya untuk pastikan semua lancar. Macam mana? Tengok tips ni:
* Sebelum ajar anak tulis dan baca. Boleh buat aktiviti sensori dulu seperti aktiviti vestibular, proprioceptif dan tactile. Saya ada share di posting sebelum ni. Penting aktiviti sensori ni sebagai WARM-UP upaya anak lebih ALERT dan FOKUS sebelum belajar.
* Guna pasir, boleh minta anak lukis garis lurus, bulat, segitiga, segiempat, lukis orang guna jari, guna kayu. Ikut umur anak masing-masing. Saya ada share perkembangan pra-tulisan ikut umur anak sebelum ni juga. Hati-hati untuk anak yang masih mouthing especially umur 2 tahun ke bawah, nanti takut masuk pasir dalam mulut pulak ye. Mak ayah kene pantau.
* Guna playdough. Minta anak roll, tekan, picit dan ikut bentuk asas tulisan. Anak dapat rangsangan tactile yang boleh kuatkan lagi memori diaorang untuk baca dan tulis.
* Guna sticker. Ni aktiviti feveret saya. Minta anak kopek sticker dan letak di atas bentuk lazy 8. Lazy 8 ni boleh stimulate otak kanan dan kiri anak. Juga dipanggil midline crossing. Sangat bagus untuk learning proses.
3 aktiviti kat atas nampak simple kan? Tapi banyak benefits bila anak dapat buat. Antaranya:
– Kuatkan visual persepsi anak. Visual persepsi sangat penting untuk anak menulis dan membaca dengan efisyen
– Eye – Hand coordination. Salah satu komponen fine motor. Eye-hand coordination yang baik membolehkan anak menulis dengan lebih lancar.
– Stimulate pinching skill. Pinching skil penting untuk anak pegang pensil dengan pegangan yang matang. Bila anak ada masalah untuk pegang pensil dengan matang. Anak akan ada isu untuk menulis dengan efisyen
– Stimulasi isolasi jari. Juga salah satu skil fine motor. Anak yang ada problem untuk isolasi jari menyebabkan kelewatan dalam perkembangan motor halus. Menyebabkan anak sukar menulis, menggunting, mewarna dan skil pre-akademik yang lain.
Semoga posting ini bermanfaat buat semua
Follow Khairunnisa Nawi untuk tips rangsang perkembangan anak dari perspektif Terapis Carakerja dan Special Need Educator
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.