Ada yang mengatakan susu untuk ibu hamil penting sepanjang tempoh kehamilan. Tetapi apakah jenis susu untuk ibu mengandung yang sesuai? Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.
Aspek pemakanan yang melibatkan makan dan minum bagi seorang individu sedang hamil adalah penting. Ini kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk dirinya sendiri serta bayi di dalam kandungan.
Seorang ibu sedang hamil memerlukan jumlah kalsium yang tinggi. Ada kajian mengatakan ibuhamil memerlukan lebih 1000 miligram kalsium setiap hari. Kebiasaannya keperluan ini boleh dipenuhi dengan mengamalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung.
Amalan meminum susu untuk ibu mengandung memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes jenis 2 bagi ibu.
Ia juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis pada si manja apabila meningkat usia dan membantu meningkatkan IQ anak kerana kandungan iodine dalam susu berfungsi untuk tumbesaran otak bayi. Ini antara jenis-jenis susu untuk ibu hamil yang pernah dikongsi dalam Hello Doktor.
Jenis-jenis susu untuk ibu hamil
1. Susu lembu
Merupakan antara susu kegemaran kebanyakan individu. Lebih menarik lagi, ia boleh didapati dalam pelbagai jenis perisa seperti coklat, strawberi mahupun kurma.
Ads
Kandungan nutrisi:
Ia mengandungi asid amino yang baik untuk sel badan ibu dan bayi dalam kandungan
Mengandungi vitamin D yang dapat mengurangkan risiko diabetes bagi ibu hamil dan membantu aspek perkembangan bayi dalam kandungan
Vitamin E yang terkandung di dalam susu ini menawarkan fungsi antioksidan dan dapat mengurangkan risiko penyakit
Mempunyai kandungan kalsium yang tinggi
Vitamin A dalam susu ini membantu perkembangan tisu badan dan sistem imunisasi bayi
2. Susu soya
Susu jenis ini tidak mengandungi lemak dan tinggi dengan serat serta kalsium. Tahap kandungan protein bagi susu soya adalah sama seperti susu lembu.
Kandungan nutrisi:
Tidak mengandungi kolesterol dan kandungan kalsium yang terkandung di dalam susu soya dapat membantu proses tumbesaran bayi
Mempunyai kandungan lemak monounsaturated dan polyunsaturated yang mempunyai peranan penting dalam membantu mencegah penyakit kardiovaskular
Kandungan antioksidan di dalam susu ini dapat mencegah kanser
3. Susu kambing
Ia boleh didapati dalam bentuk keluaran secara organik, UHT ataupun susu segar.
Kandungan nutrisi:
Ads
Susu kambing ini dipercayai mengandungi protein tinggi, vitamin B2 dan rendah kandungan butterfat globules
Susu ini dikatakan dapat mengurangkan masalah kolesterol dan meningkatkan metabolisma badan
Kandungan vitamin B2 dalam susu ini dapat membantu meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi badan
4. Susu badam
Seperti namanya, susu ini diperbuat daripada kacang badam (almond) dan air. Kebiasaannya, bagi individu yang tidak menggemari susu soya, susu badam merupakan pilihan yang terbaik.
Kandungan nutrisi
Ia merupakan susu yang bebas kandungan lemak dan kolesterol
Merupakan susu yang tinggi kandungan asid folik, serat, protein, vitamin B, kalsium, zat besi dan vitamin E
Adalah sejenis susu yang mempunyai antioksidan bagi membantu sistem imunisasi badan dan kandungan kalori yang rendah
5. Susu oat
Antara pilihan susu baik untuk ibu mengandung kerana ia dikatakan dapat membantu mencegah masalah sembelit yang kebiasaannya menjadi antara isu yang sering dialami oleh wanita hamil.
Susu oat juga dipercayai dapat mengawal rasa lapar, membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah serta berkeupayaan untuk menyalurkan oksigen dengan secukupnya ke dalam sel-sel badan.
Kandungan nutrisi
Ads
Mengandungi kandungan vitamin A dan B yang tinggi
Susu ini juga dikatakan mempunyai mineral mangan, kalium dan fosforus
Susu oat turut menawarkan khasiat protein yang diperlukan ibu mengandung
6. Susu beras
Jenis susu terakhir yang sesuai untuk ibu mengandung adalah susu beras.
Sudah tentu sumber utama penghasilan susu ini adalah beras yang dicampurkan dengan air. Namun, susu jenis ini dikatakan tidak sesuai dijadikan susu untuk ibu mengandung yang menghidapi penyakit diabetes.
Ini adalah kerana kandungan karbohidratnya adalah 4 kali ganda berbanding susu lembu.
Kandungan nutrisi
Susu beras ini mengandungi vitamin B
Ia merupakan sejenis susu yang rendah lemak, rendah protein tetapi mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi
Susu beras dipercayai dapat mencegah penyakit selenium dan manganese
Mungkin ada kalangan ibu yang sedang hamil bimbang untuk meminum susu kerana khuatir bayi di dalam kandungan akan bersaiz besar (macrosomia). Namun hakikatnya, pengambilan susu bukanlah faktor yang menjadi punca kepada kekhuatiran tersebut.
Ini kerana antara punca yang dikenal pasti berkait rapat dengan bayi macrosomia atau dirujuk sebagai bayi yang lahir dengan berat melebihi 4 kilogram adalah seperti kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin, ibu hamil menghidap kencing manis ataupun kenaikan berat badan yang berlebihan ketika hamil.
Apa yang penting, ibu mengandung perlu sentiasa mengawal pengambilan makanan yang seimbang dan sihat serta bersenam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita hamil terpaksa berhadapan dengan satu masalah kecantikan yang sukar dielakkan selepas bersalin iaitu stretch mark. Stretch mark ialah garisan-garisan berkedut seperti parut berwarna yang muncul pada sesetengah bahagian kulit. Stretch mark menyebabkan kerosakan di bahagian dermis kulit. Lapisan dermis ini koyak semasa berlaku regangan kulit yang pantas.
Bagi wanita hamil, tanda regangan ini sering berlaku semasa trimester terakhir. Biasanya tanda ini boleh dilihat di bahagian perut kerana regangan kulit yang berlaku semasa hamil. Selain itu, ia juga kerap muncul di bahagian dada, paha, pinggul, belakang dan punggung.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/close-up-young-pregnant-woman-sleeping_21080912.htm#query=pregnancy%20stretch%20mark&position=35&from_view=search&track=ais
Walaupun stretch mark tidak membahayakan kesihatan, ia tetap meninggalkan satu kesan yang hodoh jika tidak dihilangkan. Hampir sembilan puluh peratus wanita hamil pasti mengalami masalah kemunculan stretch mark ketika hamil.
Menurut Dr Samhan, terdapat beberapa tip yang boleh digunakan untuk menghilangkan stretch mark. Mari lihat video tip menghilangkan stretch mark melalui perkongsian video di TikTok beliau.
Posisi tidur ketika hamil jika tidak kena caranya boleh beri kesan berbahaya kepada anda dan kandungan juga. Tambahan lagi jika anda sering menghadapi masalah untuk tidur. Berikut adalah beberapa jenis posisi tidur yang berbahaya kepada anda yang sedang hamil.
Tidur terlentang dalam trimester kedua
Tidur telentang di trimester kedua sangat berbahaya untuk kandungan dan ibu hamil. Hal ini kerana posisi telentang dalam waktu lama boleh membuatkan aliran darah ke plasenta bayi menjadi lebih kecil.
Keadaan sebegini akan membataskan penyaluran sumber makanan daripada ibu dan oksigen kepada bayi sehingga boleh menyebabkan kematian. Selain daripada itu, posisi ini biasanya akan menyebabkan anda mual dan pening.
Tidur miring di sebelah kanan
Posisi tidur yang berbahaya bagi ibu hamil ialah miring ke kanan. Ia boleh menyebabkan tekanan yang kuat pada organ hati ibu itu sendiri. Keadaan ini juga boleh menyebabkan penghantaran makanan dan oksigen kepada bayi menjadi terbatas.
Malahan, posisi yang sama ini juga boleh menyebabkan diri anda sendiri berasa tidak selesa kerana mengalami masalah kekurangan oksigen.
Tidur meniarap
Tidur meniarap di awal usia kehamilan atau di trimester pertama masih boleh. Namun, setelah perut semakin membesar saiznya, anda akan merasai tekanan yang lebih besar. Malah boleh mengancam nyawa bayi. Sebab itulah, posisi ini berbahaya kepada anda berdua.
Antara lain posisi ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti pencernaan yang buruk dan tekanan pernafasan yang sangat berat sehingga menyebabkan anda kekurangan oksigen. Selain daripada itu terdapat gangguan bekalan nutrisi dan oksigen kepada bayi hingga boleh menjadi punca keguguran dan kematiannya.
Mengangkat kaki ke atas
Di awal usia kehamilan, anda mungkin mudah letih dan kerap membuang air kecil. Untuk berasa selesa, ada segelintir ibu hamil menempatkan bantal di bahagian kaki agar menjadi lebih tinggi. Sebaik-baiknya, posisi ini perlu dihindari. Tidur dengan kaki yang lebih tinggi boleh menyebabkan ruang bayi menjadi lebih kecil. Selain itu, posisi ini juga menyebabkan bayi kurang mendapat oksigen.
Tidur sambil duduk
Ketika anda mengalami gangguan kehamilan seperti mual dan muntah berlebihan, anda mungkin tanpa sengaja tertidur di atas sofa sambil duduk. Posisi tidur yang berbahaya kerana boleh meningkatkan tekanan pembuluh darah yang berlebihan untuk jantung.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan anda sakit punggung. Lebih-lebih lagi bagi anda yang mungkin mengalami masalah buasir semasa hamil.
Tidur terlentang dengan kepala lebih tinggi
Kehamilan memang akan menyebabkan anda sukar mendapatkan tidur lena. Hal inilah yang sering menyebabkan anda sukar beristirehat dengan tenang. Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi juga tidak dibolehkan.
Hal ini kerana ia menyebabkan bekalan oksigen untuk anda terganggu. Selain itu, posisi ini akan meningkatkan tekanan kepada hati, plasenta, ginjal dan punggung anda sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan individu percaya bahawa bayi yang sedang dalam kandungan ibunya tidak akan mempelajari apa-apa sehingga mereka lahir. Namun begitu, ada kajian terbaharu yang menunjukkan bahawa bayi sebenarnya sudah boleh memahami dan mengingat apa yang dialami mereka sepanjang berada dalam kandungan ibu.
Bolehkah bayi yang belum lahir mempelajari apa-apa dalam kandungan ibu?
Rahim ibu diumpamakan seperti atmosfera deria bagi bayi. Sepanjang berada di sini, bayi boleh mempersiapkan diri untuk kehidupan di luar kelak. Bayi dalam kandungan sebenarnya sudah boleh menggerak-gerakkan sendi mereka pada minggu ke 10 kehamilan. Apabila menjangkau minggu 23, deria pendengaran bayi akan mula berkembang dan bertindak balas dengan apa yang mereka dengar. Pada masa yang sama, deria rasa bayi juga akan mula berkembang dan bertindakbalas dengan apa yang dimakan oleh ibu atau ketika perut ibu disentuh.
Berinteraksi dengan bayi dalam kandungan seperti bercakap atau menyanyi akan membantu fungsi kognitif bayi berkembang. Tambahan itu, para pengkaji juga menyarankan ibu hamil untuk membaca buku cerita atau mendengar muzik bagi mendedahkan kepada bayi dalam kandungan ibu asas untuk memahami sesuatu. Walau bagaimanapun, pengalaman ini agak sukar untuk diingati selepas kelahiran bayi.
Apakah yang boleh bayi pelajari ketika berada dalam kandungan ibu?
1. Perkembangan deria pendengaran
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang berada dalam kandungan berupaya untuk mendengar dan mengingati bunyi-bunyi yang tertentu. Ketika berada dalam rahim lagi, bayi sebenarnya sudah mula mempelajari bahasa natif mereka. Bayi cenderung untuk lebih mudah mengingati perkataan dalam bahasa natif mereka berbanding bahasa asing yang bagi mereka. Bayi juga lebih mudah untuk mengingati rentak dan irama percakapan berbanding perkataan yang mereka dengari.
2. Perkembangan deria penglihatan
Bayi tidak boleh membuka mata ketika berada dalam rahim. Mata bayi akan mula terbentuk ketika trimester pertama kehamilan dan ia tidak mampu dibuka sehinggalah ke bulan ketujuh. Ketika ini bayi sudah mampu melihat tanpa gangguan sebarang cahaya. Ada doktor yang mengesahkan bahawa bayi akan berpaling muka apabila terdapat cahaya terang yang menyinar pada rahim ibu. Ini menunjukkan bahawa bayi sudah mampu untuk melihat ketika berada di dalam rahim ibu lagi.
3. Perkembangan deria rasa
Ibu hamil perlu makan untuk diri sendiri serta bayi dalam kandungan. Pelbagai rasa yang ada dalam makanan ibu akan turut dirasai oleh bayi mereka. Sekitar minggu ketujuh atau kelapan, deria rasa kanak-kanak akan mula berkembang. Apabila menjangkau minggu ke 14, bayi dalam kandungan sudah boleh mula merasai pelbagai jenis rasa seperti pahit, manis atau masam.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.