Angka kematian akibat Covid-19 dari sehari ke sehari semakin bertambah dan bilangan kes juga turut menunjukkan peningkatan.
Melihat kepada peningkatan jumlah kematian akibat Covid-19, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah bersiap sedia dengan pasukan khas pengurusan jenazah.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pasukan ini ditubuhkan sejak wabak melanda negara dan diberi taklimat serta penerangan mengenai kaedah pengurusan jenazah secara khas.
Menurutnya, ia berpandukan pandangan hukum diputuskan oleh Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Mac lalu.
“Pengurusan jenazah mangsa Covid-19 mengguna pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 mengenai Hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Diseases: EVD) di Malaysia.
Ads
“Pandangan ini telah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.
18 petugas khas dilantik untuk urus jenazah
Katanya, seramai 18 petugas khas pengurusan jenazah sudah diarah bersiap sedia terdiri daripada pegawai dari Jakim, masjid utama di bawah Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terdiri daripada 12 lelaki dan lima perempuan.
Ads
Berperang dengan virus meragut banyak nyawa
Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook Rossi Bro, yang turut menjadi barisan hadapan untuk mengekang wabak ini, dia ada menjelaskan bagaimana cabaran setiap kumpulan yang terbabit bekerja dalam saat genting ini.
Bukan mudah untuk berdepan dengan keadaan hari ini
Ads
Terima kasih buat semua petugas yang bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah. Pengorbanan anda pasti akan mendapat ganjaran setimpal. Ini bukan sesuatu yang mudah kerana tanpa semua barisan hadapan ini, negara boleh lumpuh.
Pelakon, Fasha Sandha sebak melihat video yang dirakam secara senyap-senyap di rumahnya baru-baru ini. Video tersebut menunjukkan suaminya, Aidil yang juga seorang pelakon mengimamkan solat bersama anak perempuan Fasha.
Fasha dan Aidil baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 30 Mac 2019 yang lalu dan dia lega anak-anaknya dapat menerima Aidil dengan baik. Perkahwinan terdahulu Fasha bersama Jejai dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Raysha.
Sebak tengok video curi ni, ni kisah beberapa hari lalu, ayah balik kerja lewat malam. ibu paling happy bila anak excited dan dengan sendirinya nak ikut temankan ayah solat, tak perlu suruh dan tak perlu paksa. Video kenangan
Rata-rata netizen memberitahu melalui ruangan komen bahawa Fasha dan anak-anak sangat bertuah kerana mempunyai seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Tak kurang juga yang medoakan semoga Fasha akan menutup aurat suatu hari nanti dengan bimbingan suaminya.
Bertuah ada suami macam ni
Alhamdulillah, tak mustahil nanti kak fasha menutup aurat
Alhamdulillah dapat suami yang bertanggungjawab
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin mengharapkan perkahwinan itu biarlah sampai ke akhir hayat namun tak semua harapan itu menjadi nyata. Ada yang tetap bertahan tetapi akhirnya tak dapat juga diselamatkan.
Harapkan kebahagiaan namun jadi mangsa suami
Menurut Aktivis Masyarakat, Puan Natipah Abuyang sebelum ini banyak menolong arwah Puan Siti Khadijah dan anak-anak ketika menyelamatkan dirinya, Siti dan X berkahwin atas dasar cinta sejak 8 tahun lalu namun saat indah hidup berumahtangga hanya sempat dikecapi selama dua tahun sahaja sebelum akhirnya suami mula berubah sikap menjadi panas baran dan kaki pukul.
Keadaan bertambah buruk bila X terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Tubuh badan Siti selalu menjadi habuan sepak terajangnya atas alasan yang kecil. Di ranjang, dia juga diperlakukan sesuka hati termasuk dipukul.
Setiap kali itu terjadi, anak-anak hanya mampu menangis kerana ketakutan. Bahkan .. X membeli sebatang rotan semata-mata digunakan untuk membelasah anak dan isteri.
Bukan hanya tubuh Puan Siti sahaja yang berbirat, anak-anak yang baru berusia 7, 4 dan 3 tahun pun turut mengalami nasib yang sama. Hanya si bongsu saja yang tidak pernah disentuhnya. Kalau orang lain, mungkin hanya memukul isteri tetapi anak-anak tidak disentuh sama sekali tetapi bagi kes Siti, anak-anak juga turut bermandikan air mata meratapi kesakitan yang meratah tubuh.
Bertahan demi anak
Berkongsi pengalaman .. anak sulung Puan Siti mengakui tidak dapat melupakan, bagaimana dia dan ibunya teruk dibelasah hanya atas kesalahan menggunting rambutnya. Ibu yang cuba membelanya pun, turut ditendang hingga terperosok ke dinding.
Mencungkil isi hati anak kecil itu, ternyata tiada lagi tempat buat lelaki yang bernama ayah di dalam kamus hatinya. Istilah rindu terhadap ayah yang sudah enam bulan hilang dari pandangan itu juga tidak pernah wujud sama sekali.
Aneh, bagaimana dan mengapa Puan Siti masih terus bertahan sedangkan dia sudah bertahun didera suami …
“Saya tak kerja, anak saya semuanya kecil lagi. Kalau saya bercerai, anak saya nak makan apa. Mak saya pun orang susah..ayah saya pun dah tak ada …. “
Bersalin seorang diri dalam bilik air
Kemuncaknya … dua tahun yang lalu … ketika sarat hamil anak bongsu, dia dipukul dan ditendang di tengah belakang hanya kerana meninggalkan anak-anak di rumah ibunya untuk klinik ibu mengandung.
Selepas insiden itu, suami keluar bekerja dan bermalam di tempat kerja. Tinggallah dia menangis menanggung kesakitan. Sakit dipukul, sakit lagi hati yang menanggung segala derita.
Menjelang subuh dia yang di dalam keadaan tertekan itu akhirnya sakit dan melahirkan anak keempat sendirian di bilik air setelah X tidak menjawab panggilan telefonnya.
40 minit dia bergelut bertarung nyawa sebelum ahli keluarga terdekat tiba dan memberikan bantuan. Dia mengesot keluar dari bilik air dalam keadaan berlumuran darah sambil mengendong bayinya. Mujurlah urinya berjaya dikeluarkan.
X dibuang kerja hanya beberapa bulan setelah dia bersalin kerana masalah dadah. Sejak itu, keadaan X kian celaru. Selain terpaksa menadah tubuh sebagai habuan dipukul, mereka anak beranak kadang-kadang terpaksa mengikat perut.
Namun Siti tetap ingin mempertahankan rumahtangganya sehinggalah enam bulan yang lalu, dia tidak dapat menyembunyikan lagi keadaannya dari kaum keluarga .. setelah berbirat seluruh tubuh dan lebam seluruh wajah dibelasah suami.
“Makkk … bagitaulah polis suruh tangkap ayah. Nanti kita semua mati ayah pukul … “.
Kata-kata anak sulung yang baru 6 tahun ketika itu membuat dia tersentak lalu akhirnya nekad tampil ke balai polis membuat laporan. Susulan itu X ditahan. Khabarnya … setelah bebas dari tahanan, X pulang ke kampung halamannya.
Sejak itu terputuslah hubungannya dengan X. Tiada sebarang nafkah dititipkan buat anak-anak bahkan tiada lagi khabar berita dari X. Siti pulang ke kampung dan tinggal bersama ibu.
SITI KHODIJAH BINTI ABD MANAF – ( 32 TAHUN )
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Setelah koma sejak hari pertama dikejarkan ke wad kecemasan 26 hari yang lalu, maka jam 2.50 pagi tadi (Raya Ke-2), Puan Siti Khodijah pun pergi buat selama-lamanya. Pemeriksaan doktor mendapati banyak masalah kesihatan tiba-tiba dikesan pada arwah.
Buat pengetahuan.. anak-anak arwah semuanya sedang demam. Mungkin kerana telalu rindukan si ibu. Bahkan si kakak sulung yang berusia 7 tahun telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Sg Petani, jam 9. 30 malam semalam kerana demam terlalu panas.
Walaupun berada di bawah satu bumbung dengan tempat ibu sedang bertarung nyawa dia tetap tidak berupaya melepaskan rindu kepada si ibu. Menatap wajah ibu walau seketika. Biarlah wajah ibu ketika sihat saja kekal dalam ingatan anak-anak.
Berikut diselitkan kembali sorotan kisah arwah pada 5 Februari lalu yang mana telah mengisi slot Sedekah Jumaat kita bagi tujuan modal membuka kedai di kampung. Dengan modal yang kita sumbangkan, kedai itu telah beroperasi dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ramadhan lalu kedai ditutup, arwah mengambil upah membuat kuih untik tahfiz berhampiran sebelum tiba-tiba koma pada 19 April lalu. Sesungguhnya .. tiadalah bagi kita daya..Al Fatihah.
Golongan ibu ni kadang-kadang cakap je penat bawa anak keluar berjalan lebih-lebih lagi anak yang sedang membesar, tapi ‘next time’ dah lupa kepenatan tu mesti tak serik nak bawa anak keluar. Sebab memori bersama anak tu sangat berharga.
Begitulah yang turut dirasai oleh usahawan berjaya yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata, Datin Vivy Sofinas Yusof apabila membawa anak-anak beriadah. Baginya, dia juga seperti ibu-ibu kebanyakan yang turut mengalami situasi sama ketika berhadapan dengan perangai anak-anak.
Namun bagi pemilik FashionValet dan The dUCk Group ini, ianya satu moment yang sangat berharga buat dirinya sebagai ibu. Ikuti perkongsian beliau.
Terdapat banyak perkara yang kita takuti sebagai seorang ibu. Masa anak-anak nak pergi tandas awam, bila anak-anak mengamuk kat tengah-tengah kedai cenderahati (Hai Mariam, mommy tak lupa), bila anak-anak bawa pulang ikan dari sekolah.
Lagi satu yang paling takut… bila anak-anak nak pergi waterpark.
Dah boleh nampak masa hadapan. Mommy akan menjadi towel lady selama setengah hari di bawah terik matahari, menjerit kepada anak lelaki kerana menolak anak perempuan ke dalam air, dan mengejar anak perempuan yang lain kerana dia enggan memakai sunblock.
Anak-anak akan menjerit dari dalam air, “mommy, lihat!!” Dan anda perlu melihat mereka menuruni gelongsor dan berkata “Oh wowwww!” buat kali ke-14 kerana pada pandangan mereka, mereka melakukan sesuatu yang sangat hebat dan anda perlu menunjukkan sokongan.
Cuba mengabaikan “Mommy, Lihat” kali ke-15 kerana ia akan membosankan. Tapi tak boleh sebab mereka akan menjerit lebih kuat, dan orang ramai akan mula merenung.
Bahagian yang menyeronokkan bila bagitahu mereka “kita akan pulang” Mereka akan merayu “Awwww tapi kami baru sampai di sini!” walaupun sampai tadi pada pukul 10 pagi dan sekarang pukul 5 petang. Mereka akan melompat semula ke dalam air dan mommy perlu menarik mereka keluar dan mengugut untuk ambil semua yang mereka miliki.
Mommy jugalah akan menjadi orang yang mengumpul pakaian basah semua orang dan sandal basah yang telah bercampur dengan pasir dan tanah dan mungkin juga beberapa semut. Hadiah dari anak-anak tersayang.
Di dalam kereta, mereka akan keletihan sehingga tidur. Mommy akan mendapat ketenangan selama beberapa minit, tetapi mommy perlu melenturkan otot tersebut untuk membawa badan mereka yang mengantuk masuk ke dalam rumah. Semua 20kg berat badan mereka. setiap satu.
Di rumah, mommy perlu mandi setiap satu daripada mereka sekali lagi dengan bersih untuk memastikan semua klorin dan nasties lain telah hilang.
Apabila mereka tidur malam itu, mommy akan melihat foto dan video dan mommy akan tersenyum. Senyuman yang letih tetapi puas kerana tiada yang lebih indah daripada melihat anak-anak bergembira. Dan kita tahu bahawa kita akan ke waterpark sekali lagi.
Ketika itulah kita akan sedar bahawa keibuan tidak masuk akal sama sekali.