Penyusuan semasa di bulan Ramadan mencabar. Walau pun hanya beberapa hari berpuasa, ada ibu menghadapi masalah penghasilan susu makin sedikit. Inilah situasi yang paling menakutkan para ibu.
Walau pun tidak semua ibu menghadapi masalah kekurangan susu di bulan Ramadan, ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan pengeluaran susu dari awal.
Kaunselor laktasi Ziela Juzaila berkongsi 7 tips yang telah diamalkan olehnya sendiri sepanjang menempuhi Ramadan ketika menyusukan.
BERPUASA DAN MENYUSUKAN
Syukur Alhamdulillah. Berpuasa dan menyusukan. Syukur. Dipanjangkan usia kita untuk menikmati lagi bulan Ramadan kali ini. Ibu menyusu ada beberapa tips nak saya kongsikan. Tips yang dah banyak diketahui pun dan dah banyak kali sudah saya kongsikan sebelum ini.
Kita yang menyusukan ini, keletihan kelesuan ketika berpuasa bukanlah kerana kurang makan tapi kebanyakkan kerana kita kurang air dalam badan. Sememangnya kita yang menyusukan perlu minum air yang cukup.
#1. Minum air
Minum air di waktu malam, caranya letakkan air 1.5L di sebelah tempat tidur. Minumlah semasa susukan anak. Waktu sahur minumlah air yang cukup. Selepas berbuka sehingga hendak tidur, minumlah antara 1.5L hingga 2L. Kurangkan air bergula, air kelapa bagus untuk badan kita.
Ads
#2. Melewatkan sahur
Lewatkan bersahur. Pilihlah makanan berkuah, yang kurang garam, yang kurang pedas. Makanan bergaram tinggi boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan.
#3. Kurangkan kafein
Kurangkan kafein. Elak lagi bagus. Sama saja macam garam. Boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan. Caffeine juga menganggu penyerapan khasiat ke dalam badan.
Ads
#4. Makan kurma
Ambillah kurma yang cukup. Kalau biasa 3 biji, puasa ni ambillah 7 biji. Saya memang ambil 15 biji buat jus minum semasa berbuka dan bersahur. Kita semua tahu, kurma banyak khasiatnya.
#5. Elak berada di luar
Ads
Elak berada diluar terlalu lama. Cuaca adakala hujan tapi bila panas akan percepatkan lagi badan kehilangan air.
#6. Jadual perah & direct feeding dikekalkan
Kekalkan jadual memerah bagi yang bekerja begitu juga bagi yang direct feeding, susukanlah anak seperti biasa. Jika ada tanda-tanda yang membolehkan memberi kesan kepada ibu atau bayi, terimalah hadiah dari Allah. Rukhsah.
#7. Kurangkan gula & makanan diproses
Makanlah makanan yang sihat. Homemade food itu lebih baik. Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan malah untuk up imun badan kita. Kurangkan pengambilan gula putih dan elaklah makanan yang diproses. Pengawet pewarna perasa melemahkan imun badan.
Semoga dipermudahkan kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita semua diterima olehNya. Semoga diampunkan segala dosa-dosa kita. Aamin…
Petua tradisional amat sinonim dengan masyarakat melayu. Namun, sumber ubat-ubatan tradisional sekarang amat diragui keberkesanan dan bahan yang digunakan dalam proses pembuatan tersebut. Malah ada antara kita yang masih percaya dengan mitos pantang larang yang sudah tidak relevan masa kini.
BISA BISA BADAN, ANGIN DAN DALAMAN
Ramai juga yang menuduh kami para doktor tidak percaya pada kata kata dan petua orang lama, asyik terpengaruh dengan kemodenan, tiada yang dulu tiadalah yang sekarang, orang dulu dulu elok je hidup sampai seratus tahun.
Ok mari sini saya terangkan kepada awak. Adakah orang dulu telan pil atau jus yang dibungkus yang dibuat entah dari siapa? Tidak.
Orang dulu dulu buat sendiri dan minum. Dan orang dulu dulu tidak makan makanan seperti yang kita telan hari ini. Serta orang dulu dulu rajin bekerja dan membanting tenaga. Benda begini awak cuma perlu guna logik akal yang waras sahaja.
Nak minum air kunyit, air asam jawa,air manjakani, air akar kayu, air asam belimbing. Silalah. Minum dengan berpada sebulan sekali dua.
Tapi tapi tapi. Janganlah hanya dengan mengamalkan minum minum air tersebut tapi pemakanan seharian seumur hidup tidak dijaga dan malas bersenam serta malas berpeluh. Tak guna pun telan sebelanga air akar kayu dan segala air yang awak nak amalkan tapi yang lain tidak dijaga.
Bersalin itu bukan penyakit. Bersalin adalah proses normal atau semulajadi yang akan dilalui oleh wanita asli yang sudah mendirikan rumah tangga atau yang sudah bersenggama dan berlaku proses persenyawaan.
Jadinya, kenapa awak mesti nak jaga makan atau berpantang selepas bersalin atau selepas keguguran atau selepas pembedahan sahaja?
Why oh why? Hiduplah dengan logik akal. Tak susah pun nak hadam benda ni. Ada yang tanya bagaimana nak hilang sengal sengal atau bisa bisa badan? Bagaimana taknak bagi angin masuk? Bagaimana nak kembali kecut? Bagaimana nanti rahim kembang? Apa nak makan untuk dalaman?
Badan kita akan sihat jika kita menjaganya sentiasa secara sihat. Makanlah dengan kuantiti makanan yang betul, suku suku separuh iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh serat. Makanlah makanan yang sihat dan fresh, bukan makanan yang diproses. Makanlah makanan yang kurang garam kurang gula kurang penambah rasa. Makanlah makanan yang sederhana,tidak terlalu pedas, tidak terlalu masam,tidak terlalu manis, tidak terlalu masin. Makanlah mengikut masa yang sama setiap hari.
Kita menggunakan tenaga yang banyak sewaktu hendak bersalin. Banyak kalori yang terbakar, banyak pendarahan yang berlaku namun tidak ada urat yang putus ye.
Jika, selepas bersalin, for sure kita akan rasa letih dan lemah. Kerana apa? Kerana badan kita dehidrasi. Kurang air, kurang tenaga dan kurang darah. Tak perlu supplemen atau jamu pun untuk rehidrasi kembali. Cuma perlu air masak yang banyak dan makanan yang sihat sahaja untuk kembalikan tenaga dan air ke dalam badan.
Saya pelik kenapa orang takut sungguh dengan air masak. Air masak samada sejuk atau panas, kalorinya adalah kosong, zero, null. Minumlah banyak mana pun, tetap tak akan gemuk. Dan selepas bersalin, benda yang paling risau adalah sembelit. Bayangkan kalau najis keras dan terpaksa teran?
Sebab itu perlunya air masak dan buah buahan serta sayur sayuran. Barulah najis lembut dan mudah keluar. Kalau tak, nanti najis keras lepas tu tak berak dua tiga hari dan tentulah akan sakit perut.
Seperti saya kata rahim tak kembang ye. Yang akan kembang adalah badan awak seluruhnya jika malas jaga makan setiap hari. Tak perlu salahkan makanan. Yang membuat makanan adalah kita. Yang makan makanan pun adalah kita.
Kenapa pula salahkan laksa, donut, air sejuk, mi? Makanlah dengan berpada. Laksa adalah sihat ok,lagi lagi kalau guna ikan yang fresh dan letak sayur banyak banyak. Donut tu kalau awak beli yang penuh gula ditambah dengan topping cheese ke coklat ke memanglah awak akan kembang, bukan rahim tapi seluruh badan. Nak makan, olahlah jadi yang sihat. Simple kan untuk fikir?
Angin itu berlaku jika cara dan jenis pemakanan kita tidak betul. Tidak ada istilah diet mengikut darah atau diet makan protein sahaja atau diet makan buah dan sayur sahaja. Tidak ada. Jika ada rasa perut kembung,tidak selesa, datang berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Badan kita mudah menjadi letih dan bisa bisa jika kita kurang air. Kurang air masak atau air kosong. Ini adalah tidak bagus. Kadang kadang kita akan rasa cramps atau tarik mengkarung atau otot menegang. Cramps berlaku disebabkan kurang air biasanya. Janganlah asyik kata sebab kurang kalsium lepas tu beli pil atau susu merapu untuk tambah kalsium. Tak perlu membazir.
Rahim kita akan kembali kecut selepas bersalin kerana itu adalah fisiologi badan manusia. Dan menyusu badan akan memecutkan lagi proses pemecutan rahim. Tak perlu pun bengkung atau apa apa,yang perlu cuma bersenam. Amalkanlah senaman kegel, baik lelaki atau wanita kerana ianya bagus untuk otot di bahagian pelvis.
Tidak guna awak bertangas, bertungku bagai tapi pemakanan yang lain tidak jaga. Sama macam kes akar kayu atau herba yang awak nak makan sebab konon untuk dalaman tu. Konsepnya sama sahaja. Jaga yang asas seumur hidup, insha Allah awak sihat.
Lepas bersalin, kena makan buah dan sayur supaya mudah membuang air besar dan tinggi kandungan vitamin C yang akan mempercepatkan kesembuhan luka akibat proses bersalin. Kena makan protein kerana protein diperlukan untuk proses penyembuhan luka.
Yang awak perlu pantang adalah pantang bersama dengan suami. Islam sendiri kata haram bersenggama dengan suami semasa haid dan semasa masih di dalam darah nifas. Jika sudah habis nifas, jika mahu bersama juga, amalkan perancang keluarga. Janganlah asyik nak cuba kaedah azal atau kondom sahaja. Accident berlaku tanpa disangka. Bagilah anak awak yang kecil tu besar dan boleh faham arahan yang simple simple. Nanti anak dekat dekat lepas tu tak terjaga sebab penat. Rancang bersama suami sebab yang menanggungnya adalah isteri.
Ok, sekarang apa yang awak maksudkan untuk dalaman? Dalaman mana lagi? Dalaman dalam rahim? Takut rahim jatuh? Takut longgar? Apa yang awak nak cakap atau maksudkan dengan dalaman tu? Kalau nak baca pasal tombong atau rahim jatuh, saya dah pernah ulas. Boleh search tentang tombong.
Rahim atau faraj longgar? Rahim takkan longgar ye. Ianyakan duduk dalam tulang pelvis dengan elok. Faraj diperbuat daripada otot otot. Untuk kekalkan keanjalan otot, yang perlu diamalkan adalah senaman. Dan senaman yang terbukti berkesan adalah senaman kemut atau nama lainnya senaman Kegel. Bagaimana nak buat?
Kemutkan bahagian faraj dan anus anda selama 30 saat dan lepaskan. Buatlah semasa anda sedang berehat. Jangan buat semasa tengah kencing atau berak. Buat setiap hari dan berulang kali. Hanya senaman yang boleh melatih otot otot anda menjadi kuat dan sihat.
Tak guna awak telan macam macam tapi semua yang asas dan mudah anda malas nak amalkan. Tiada istilah highway dalam menjadi sihat dan kurus. Tak perlu bazir beli produk pelik pelik. Walaupun dia kata produk dia homemade, tak usah percaya. Kalau homemade, awak sendiri boleh buat di rumah. Jangan bagi alasan malas atau tiada masa.
Bukan susah pun nak buat. Hanya rebus sahaja. Anda tak perlu kacau setiap masa pun. Kan? Jangalah mudah sangat terpedaya dengan ayat penjual atau founder kononnya suami akan lari kalau bawah tu tak jaga. Adoilah. Jika pandai jaga yang asas insha Allah terjaga semuanya.
Jangan terlalu taksub dengan petua lama. Kadang tu petua lama ni simple je tapi orang sekarang yang dah banyak ubah caranya.
Contohnya petua mudah yang saya dapat untuk kurangkan menggeleber di bahagian pinggang adalah dengan memasukkan seulas dua bawang putih ke dalam nasi yang ditanak. Bagus petua ni sebab bawang putih memang bagus untuk kesihatan. Tapi bawang putih asli lah, tak perlu bazir beli pil bawang putih. Untuk apa?
Tapi jika amalkan petua di atas tapi makanan yang lain tak jaga pun tak guna juga kan? Letaklah 100 ulas bawang putih pun tetap takkan kurus kalau makan seolah esok lusa tak ada dah.Benda yang super simple untuk dihadam sebenarnya tapi ramai yang malas nak baca dan faham betul betul. Berhentilah menjadi tidak bijak dan membazir.
Ingat ye, nak makan air rebusan kunyit campur asam jawa campur halia tidak salah diamalkan sebulan sekali dua namun dalam masa yang sama jaga juga pemakanan seharian. Macam ni barulah umpphh!
Nota kaki : Kita adalah apa yang kita makan dan minum. Kita adaalah apa yang kita fikirkan
Berhati hati dalam mempercayai petua yang diberi oleh individu yang tiada asas perubatan kerana jika anda sakit bukan mereka yang merawat!
Ramai sedia maklum pendedahan terhadap gajet dalam tempoh lama akan memudaratkan jika penggunaan tidak dikawal. Tambah lagi jika anak masih kecil dan tumpuan pada gajet berjam-jam dalam sehari.
Suka main game
Menerusi perkongsian ibu ini di FB Nurul Pyeza, dia berkongsi mengenai anak lelakinya, Luth Harraz yang perlu menjalani pembedahan mata selepas terdedah pada gajet dalam tempoh yang lama.
Ramai pm tanya kenapa dengan mata Luth Harraz. Kenapa kene operate? Sebenarnya mata dia juling.
Ceritanya macam ni.. Sejak PKP Luth start belajar online. Pagi-pagi bangun tidur dah start class online lepas tu mama busy niaga. Luth memang banyak masa terluang main handphone, dia bukan tengok youtube tapi dia suka main game.
Jadikan sebagai pengajaran
Dia terlampau fokus sangat sampai jadi macam ni. Ramai tak perasan sebenarnya mata dia juling tapi bukan setiap masa dia juling dia hanya juling kalau dia fokus sesuatu je. Mata dia tak rabun ye mata dia sihat-sihat je. Doktor cakap mata Luth terlalu aktif dari lahir (ada setengah budak lazy eyes) so doktor decide untuk betulkan balik mata dia ke kedudukan asal.
Mama mengaku semua ni jadi memang salah mama sampai adik jadi macam ni. Mama harap ibu kat luar sana ambil la pengajaran.
Selepas 44 hari berpantang, Betty Rahmad akhirnya mendedahkan wajah anaknya, Ardy Wira. Aww, comelnya si kecil ini!
Betty yang bersalin pada 19 Januari 2019 lalu memuatnaik foto yang memaparkan wajah Ardy Wira di Instagram.
bettyrahmad Assalamualaikum hi uncle & aunty! Saya lah Ardy Wira bin Ardy Shafiq. Umur saya 44 hari. Hobi saya kentut! Doakan saya sihat & membesar jadi anak yang bijak, soleh & buat semua orang happy!
Selain itu, dia mengakui kini banyak mengambil gambar Ardy Wira. Malah Betty turut berpesan supaya tidak mengatakan anaknya itu mirip dia atau suami.
Nanti mummy saya post lagi gambar saya sebab kerja dia ambik gambar saya je? Happy Sunday everyone! ❤️
.
P/S – Mummy pesan jangan cakap muka saya macam muka siapa? #ardywira#bettyanddamisjunior
Para peminat memuji kecomelan Ardy Wira dan mendoakan kesejahteraan anak saudara Erma Fatima & Umie Aida itu. Tidak kurang juga peminat yang mengatakan Ardy Wira seiras dengan bapanya.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...