Sebenarnya, terdapat beberapa perkara dalam senarai semak persediaan untuk hamil dan ia bukannya hanya ambil asid folik! Persoalannya, apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda dan pasangan mencuba serta merancang untuk hamil?

Tenang, di sini kami akan nyatakan sekali gus huraikan apa yang perlu pasangan suami isteri buat sebagai persediaan sebelum hamil.

Ambil Lebih Banyak Kalsium, Protein, Omega 3 & Supplemen Asid Folik 400mg Sehari Sebagai Persediaan Untuk Hamil

Checklist persediaan untuk hamil

Sebagai persediaan sebelum hamil, anda dan pasangan perlu tangguhkan memilih nama dan meneka jantina anak terlebih dahulu.

Jadikan ia antara perkara terakhir yang harus dibuat kerana keutamaan perlu diberikan dalam teknik mencuba dan merancang untuk hamil.

Ini dia perkara yang perlu diberi perhatian khusus di dalam persediaan untuk hamil yang dikongsi oleh hello doktor:

#1. Hentikan kontraseptif

Pasangan suami isteri terutamanya yang masih muda cenderung untuk merancang keluarga dengan pelbagai kaedah kontraseptif.

Berikut antara cara paling popular dalam usaha perancangan keluarga:

  • Pil perancang
  • Kondom
  • Implan kontraseptif
  • Suntikan kontraseptif
  • Teknik pancut luar
  • Pembedahan vasektomi
  • Pemasangan IUCD

Apabila sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, hentikan segala penggunaan kontraseptif ini dan lakukan hubungan seks.

#2. seks

Bagaimana untuk hamil jika penetrasi zakar ke dalam faraj tidak dilaksanakan? Jadi, sila lakukan seks dengan kerap!

Namun ada satu perkara yang kalian perlu cakna mengenainya iaitu ‘timing’ untuk berasmara dengan pasangan perlu tepat.

IKLAN

Caranya adalah dengan mengetahui waktu subur wanita yang bergantung kepada proses ovulasi. Gunakan tip berikut:

  • Alat pengesan proses ovulasi
  • Pengiraan kalendar ovulasi
  • Peningkatan suhu badan
  • Perubahan mukus serviks

#3. Amalkan diet yang seimbang

Wanita yang sudah bersedia untuk hamil perlu mengambil lebih banyak kalsium, protein, serat, zat besi dan asid lemak Omega-3.

Ini bertujuan bagi menyediakan tubuh badan wanita tersebut agar menjadi lebih sihat dan kuat untuk proses kehamilan kelak.

Namun ini juga tertakhluk kepada lelaki bagi membolehkan mereka menghasilkan sperma yang lebih berkuantiti dan berkualiti.

#4. Tambahkan suplemen asid folik

Disarankan wanita yang merancang untuk hamil agar mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 400 mikrogram sehari.

Vitamin yang turut dikenali dengan nama B9 ini perlu diambil untuk mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida dan anencephaly berlaku.

Sebagai alternatif, kalian juga boleh mendapatkannya dari makanan seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan sitrus, kekacang dan bijirin.

#5. Peka dengan perubahan

IKLAN

Perubahan yang dimaksudkan ini adalah fokus pada tubuh badan untuk mengetahui langkah seterusnya.

Jika anda mula mengalami morning sickness, ketahuilah ia mungkin petanda awal kehamilan yang paling ketara.

Kemudian, segera lakukan ujian kehamilan di rumah atau berjumpa doktor untuk lebih kepastian.

#6. Dapatkan rehat yang cukup

Tubuh badan memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi agar ia mampu berfungsi dengan sempurna pada hari esok.

Sebagai persediaan untuk hamil, seorang wanita itu perlu mendapatkan rehat dan tidur yang cukup yakni sekitar 8 jam sehari.

Ini bertujuan bagi memastikan hormon kesuburan wanita berada pada tahap yang tinggi. Berikut adalah jenis hormon penting yang dinyatakan:

  • Leptin
  • Prolaktin
  • Estrogen
  • Progesterin
  • Leteinizing hormone (LH)
  • Follicle stimulating hormone (FSH)

#7. Yoga

Yoga adalah satu teknik senaman terbaik yang boleh diamalkan oleh individu termasuklah wanita yang merancang untuk hamil.

Meskipun tidak terdapat bukti saintifik yang berjaya mengaitkan yoga dengan kesuburan, namun ia masih boleh membantu.

IKLAN

Ini kerana senaman ini terbukti boleh menghilangkan stres bagi wanita yang bersedia untuk hamil.

#8. Jauhi tabiat buruk

Mungkin ramai individu yang belum sedar dan masih buat tabiat buruk seperti menghisap rokok, tidak bersenam serta mengambil alkohol dan kafein.

Apabila sudah bersedia untuk mengandung, tabiat-tabiat buruk ini perlu dijauhi oleh wanita dan lelaki untuk memudahkan proses kehamilan terjadi.

Di samping itu, anda dan pasangan juga pasti tidak mahu berlaku sebarang kecacatan pada janin yang boleh terjadi akibat tabiat buruk ini.

#9. Jalani hidup sihat

Akhir sekali, pasangan suami isteri yang sedang dalam persediaan sebelum hamil wajar menjalani hidup yang lebih sihat dan sejahtera.

Usah bebankan fikiran kalian dengan memikirkan kos kelahiran atau penjagaan bayi. Sebaliknya nikmati perjalanan proses ini.

Jalani hidup yang lebih sihat dengan kurangkan berfikir serta banyakkan bersenam agar mental dan fizikal anda siap untuk hamil kelak.

_

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ambil Lebih Banyak Kalsium, Protein, Omega 3 & Supplemen Asid Folik 400mg Sehari Sebagai Persediaan Untuk Hamil

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI