Dah tak lama lagi sesi persekolahan penggal baru akan bermula. Ibu bapa dah mula sibuk untuk buat persiapan anak-anak. Ada sekolah dah minta beberapa keping gambar passport anak untuk pendaftaran.

Kali ini bagi memudahkan kerja ibu ayah dan nak jimatkan duit untuk ambil gambar anak, apa kata cuba ambil sendiri gambar dengan menggunakan aplikasi yang dikongsikan oleh Puan Nana Ruzanna di facebooknya.

Sekolah pakat dah minta gambar passport bebudak ni. Nana shoot dan print sendiri je. Ada yang menyenget, ada yang terlebih renyeh, ada yang malu meow meow. Kasi halal la ye cikgu.

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!

Sehelai print boleh dapat 32 keping gambar passport. Kos tak sampai RM2. Kalau buat kat kedai, 4 keping RM16. Kali 3 orang, ‘terbang duit’. Belum lagi kira mood bebudak ni ke laut. Boleh menyinga mama kat kedai tu nanti.

Bila buat sendiri, gambar pun lebih menepati citarasa. Boleh ambil masa yang tenang untuk dapatkan mood pasang surut model-model tak terlatih ni. Jimat pun jimat. Jiwa pun tenang.

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!
Sekeping A4 paper ni boleh dapat 32 keping gambar size passport. Super jimat.

Kesimpulannya.. Puas hati I. Tu je nak kabor. Haha..Nak diy sendiri. Ni yang anda perlukan:

Smartphone

Tak kisah brand apa pun asalkan mampu ambil gambar dengan resolusi yang cantik dan tak jemu mata memandang.

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!
Nana guna apps ‘ID photo’ ni. Friendly user dan takda hang macam sesetengah apps. Juga tak perlu nak cut gambar. Hanya perlu pilih background dan size je. Semua standard untuk worldwide punya ID photo. Korang boleh download di App Store.

Apps ID photo di hp/komputer

IKLAN

Senang guna apps ni sebab background dan size semua kita boleh pilih. Tak payah nak cover dinding dah. Dulu ada kawan sampai beli kain biru dekat Jakel semata-mata nak buat background gambar passport. Kini semuanya hanya di hujung jari anda.

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!
Buat pengguna Android, boleh cuba download apps ni. Moga membantu

Selain guna apps di phone. Boleh juga guna PC seperti guide dan website dibawah ni.. Encik abang Nana gigih buat video nak bagi ramai yang faham. Korang pergi la jengah ye

video cara untuk buat background dan template pic di PC :- https://www.youtube.com/watch?v=acK__KUvlHE

Website edit back ground :- https://clipping.focodesign.com/

Website edit template untuk print :- https://makepassportphoto.com/

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!
Ni gambar asal Airis sebelum di crop untuk jadikan gambar passport. Takda masalah sebenarnya kalau anak tak nak duduk skema macam dekat kedai ambil gambar tu. apa yang penting korang pujuk anak untuk tegak dan mata pandang kamera. Tu je

Printer dengan ink berwarna

IKLAN

Tak kisah brand apa pun asalkan ada setting untuk glossy paper. Nana guna printer biasa je. Brand Epson.

Photo glossy paper

Boleh beli online je. Dekat shopee, lazada ada jual. Bawah RM10 boleh dapat untuk 20 keping. Murah je kan. Ingat, pastikan korang set glossy paper kat printer sebelum print ok.

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!
Apa yang lagi best apps ID photo ni korang boleh tukar-tukar baju ikut citarasa masing-masing. Pilihan baju semestinya formal dan menepati kriteria gambar passport. So kalau anak pakai baju jersey macam Achap ni takde hal la. Kita boleh kasi adjust

Kesabaran dan kerajinan yang jitu

Part ni amat penting ketika shooting. Bonus andai model anda jenis kaki selfie dan beri kerjasama yang padu. Nana snap gambar anak-anak semua pada waktu yang berbeza.

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!
Ni contoh selepas Achap ditukar persalinan. Hahaa.. nampak macam baju real kan

Bergantung pada mood mereka pada ketika itu. Takpa, ambil masa untuk dapatkan hasil gambar terbaik. Tak puas hati, delete. Ambil balik. Apa ada hal. Ini kan kedai gambar korang yang punya. Open 24/7. Chill.

IKLAN

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!Akhir kata, selamat buka kedai gambar buat korang semua. All the best

Video link edit gambar passport guna PC :- https://www.youtube.com/watch?v=acK__KUvlHE

Kredit: Nana Ruzzana

BACA [Dokumen Ini Perlu Dihantar Ke Sekolah Selepas Daftar Online Anak Tahun 1]

BACA LAGI [Nak Masuk Sekolah, Paling ‘Malas’ Susun Buku. Ikut Cara Ibu Ni, Tersusun Rapi, Anak Pun Mudah Cari]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI