Ads

Jerebu: KPM Arah Sekolah Tutup Jika IPU Lebih 180, Ini Info Penting Ibu Ayah

Keadaan jerebu yang semakin membimbangkan di beberapa negeri ketika ini nyata meresahkan ibu ayah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan dan kesihatan anak-anak yang perlu hadir ke sekolah setiap hari.

Setakat ini, Johor, Negeri Sembilan Melaka, Negeri Sembilan,  Selangor  dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengumumkan penutupan sekolah susulan keadaan jerebu  dengan kemerosotan kualiti udara.

Situasi ini pastinya membuatkan ramai ibu ayah tidak senang duduk. Bukan sekadar bimbang melihat keadaan udara yang semakin kabur, malah timbul persoalan sama ada selamat untuk membenarkan anak-anak meneruskan rutin persekolahan seperti biasa.

Apatah lagi bagi anak-anak yang mempunyai masalah asma, alahan atau penyakit berkaitan pernafasan, pendedahan kepada udara tercemar boleh meningkatkan risiko mengalami masalah kesihatan.

Susulan keadaan yang semakin membimbangkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah kementerian yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 180 supaya ditutup mulai Jumaat, 9 Oktober 2026.

Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta seluruh warga pendidikan sentiasa terpelihara sepanjang negara berdepan situasi jerebu.

Artikel Trending: “Furqan Mukmin Pergi Tanpa Signal, Post-Mortem Tak Detect Apa-Apa” Ibu Reda Pemergian Anak, Doktor Tak Jumpa Punca

Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”

Jerebu: KPM Arah Sekolah Tutup Mulai 9 Oktober Jika IPU Lebih 180

Menerusi kenyataan media bertarikh 8 Oktober 2026, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, penutupan sekolah akan dilaksanakan berdasarkan bacaan IPU yang direkodkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut beliau, semua institusi pendidikan di bawah KPM yang berada di kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 perlu ditutup bermula Jumaat, 9 Oktober 2026.

Bukan itu sahaja, kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut turut diarahkan menutup sekolah bermula Isnin, 12 Oktober 2026.

Keputusan ini dibuat sebagai langkah perlindungan bagi mengurangkan pendedahan murid dan warga pendidikan kepada keadaan udara yang boleh menjejaskan kesihatan.

Penutupan tersebut dilaksanakan mengikut bacaan IPU di kawasan terlibat dan tidak bermakna semua sekolah di seluruh negara akan ditutup secara automatik.

Johor, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan Umum Penutupan Sekolah

Sebelum ini, kerajaan Johor telah mengumumkan penutupan semua sekolah di negeri tersebut selama dua hari, iaitu pada 8 dan 9 Oktober 2026, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara.

Ads

Keputusan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan murid.

Terbaharu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) turut memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di bawah KPM di negeri berkenaan akan ditutup mulai Jumaat, 9 Oktober 2026.

Penutupan tersebut dibuat berdasarkan keadaan IPU yang direkodkan di beberapa stesen pemantauan termasuk Port Dickson, Seremban dan Nilai.

Manakala kenyataan yang baru diterima, di Selangor dan Melaka serta  Wilayah Persekutuan Putrajaya turut  diarahkan tutup sepenuhnya mulai esok susulan keadaan jerebu yang membimbangkan.

Ibu ayah dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti pengumuman rasmi pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing bagi mengetahui perkembangan terkini berhubung sesi persekolahan anak-anak.

Jerebu: KPM Arah Sekolah Tutup Jika IPU Lebih 180, Ini Info Penting Ibu Ayah

Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih dibuka

Jerebu: KPM Arah Sekolah Tutup Jika IPU Lebih 180, Ini Info Penting Ibu Ayah

Manakala berdasarkan makluman yang dikongsikan, sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih dibuka pada Jumaat, 9 Oktober 2026, memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) belum mencecah 180. Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan terus memantau bacaan IPU sepanjang 9 hingga 11 Oktober.

Sekiranya bacaan IPU melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut, penutupan sekolah boleh dilaksanakan bermula Isnin, 12 Oktober, tertakluk kepada pengumuman rasmi.

Apa yang ibu ayah perlu tahu? Buat masa ini, tiada pengumuman penutupan sekolah di Kuala Lumpur berdasarkan makluman tersebut. Ibu ayah dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada pihak sekolah dan JPWPKL, terutama jika anak mempunyai masalah asma atau penyakit pernafasan.

Sekolah Ditutup, Murid Akan Terus Belajar Melalui PdPR

Walaupun sekolah yang terjejas diarahkan tutup, sesi pembelajaran anak-anak tetap akan diteruskan.

KPM memaklumkan bahawa sekolah dan institusi pendidikan yang terlibat perlu melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh penutupan.

Ads

Pihak sekolah juga bertanggungjawab memastikan proses pembelajaran berjalan melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses, keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

Dalam masa sama, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan.

Bagi ibu ayah yang bekerja, perubahan ini mungkin memerlukan sedikit penyesuaian rutin harian, terutama bagi memastikan anak-anak dapat mengikuti sesi pembelajaran dari rumah dengan baik.

Bagaimanapun, keselamatan dan kesihatan anak-anak tetap menjadi perkara paling utama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

Jerebu: KPM Arah Sekolah Tutup Jika IPU Lebih 180, Ini Info Penting Ibu Ayah

Ibu Ayah Jangan Ambil Ringan, Jerebu Boleh Jejaskan Kesihatan Anak

Dalam keadaan jerebu, golongan kanak-kanak antara yang perlu diberikan perhatian kerana sistem pernafasan mereka masih berkembang.

Pendedahan kepada udara tercemar boleh menyebabkan iritasi pada mata, hidung dan tekak, selain mencetuskan batuk serta memburukkan simptom asma bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit tersebut.

Justeru, ibu ayah digalakkan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh pencemaran udara:

1. Kurangkan aktiviti anak di luar rumah

Elakkan anak melakukan aktiviti lasak di luar, termasuk bermain di taman permainan atau melakukan senaman apabila bacaan IPU berada pada tahap tidak sihat.

2. Pantau kesihatan anak setiap hari

Perhatikan sekiranya anak mengalami batuk berpanjangan, semput, sesak nafas atau simptom pernafasan yang semakin teruk. Dapatkan rawatan segera jika anak mengalami kesukaran bernafas.

Ads

3. Pastikan anak minum air secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi penting untuk memastikan tubuh anak kekal terhidrat, terutama ketika cuaca panas dan berjerebu.

4. Kurangkan udara tercemar memasuki rumah

Tutup tingkap apabila keadaan jerebu teruk. Sekiranya mempunyai penapis udara, gunakan alat yang sesuai untuk membantu mengurangkan zarah pencemaran di dalam rumah.

5. Sentiasa semak bacaan IPU terkini

Ibu ayah boleh mendapatkan maklumat melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) serta mengikuti pengumuman rasmi daripada KPM dan pihak sekolah.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

KPM Terus Pantau Keadaan Jerebu Dari Semasa Ke Semasa

Dalam kenyataan sama, KPM turut mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah kementerian supaya menjalankan pemantauan secara berterusan.

Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya bacaan IPU melebihi paras yang telah ditetapkan.

KPM juga akan terus mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi berkaitan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid sentiasa terpelihara.

Keputusan itu juga selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan kepentingan melindungi keselamatan serta kesihatan murid dan warga pendidikan susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Bagi ibu ayah, penutupan sekolah mungkin sedikit sebanyak mengganggu perancangan dan rutin harian keluarga. Namun, langkah pencegahan seperti ini penting bagi mengelakkan anak-anak daripada terdedah kepada risiko kesihatan yang tidak diingini.

Dalam keadaan udara yang semakin membimbangkan, jangan hanya menunggu arahan penutupan sekolah untuk mula melindungi kesihatan anak.

Pantau keadaan udara setiap hari, kurangkan aktiviti luar dan pastikan anak berada dalam persekitaran yang lebih selamat.

Kerana akhirnya, pelajaran boleh diteruskan dari rumah, tetapi keselamatan dan kesihatan anak-anak tetap perlu diutamakan.

Sumber: Kenyataan Media KPM,  Bernama dan laporan media tempatan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

ASAI Gamuda Cove: ‘Hidden Gem’ Percutian Keluarga, Sedia Konsep Alam Semula...

ASAI Gamuda Cove menawarkan percutian nature dalam bandar untuk seisi keluarga dengan 280 bilik, kolam renang, hidangan Asia dan tarikan alam menarik.