Lepas bersalin, ramai ibu fikir cabaran melahirkan anak telah pun tamat padahal tubuh masih dalam fasa pemulihan.
Salah satu risiko kesihatan yang jarang dibincangkan tapi boleh jadi bahaya adalah darah beku atau deep vein thrombosis (DVT).
Apa sebenarnya ubat cair darah? Perlukah makan atau ada bahayakah jika tidak diambil? Ikuti perkongsian ini untuk semua.
Ubat cair darah atau anticoagulant adalah ubat yang bantu kurangkan risiko darah beku terbentuk dalam salur darah. Ia biasa diberi pada:
* Ibu yang bersalin secara Caesarean
* Ibu yang ada masalah darah tinggi, obesiti, atau diabetes
* Ada sejarah darah beku dalam keluarga
* Kurang bergerak lepas bersalin (contohnya berpantang terlantar lama)
Ads
Ubat ini sebenarnya tidak dapat mencairkan darah sepenuhnya, tapi bantu lancarkan peredaran darah dan elak pembentukan bekuan yang boleh bawa maut.
Risiko Kalau Tak Ambil Ubat Cair Darah
Jika doktor telah memberikan preskripsi ubat cair darah namun ibu tidak mengambilnya seperti yang diarahkan, beberapa risiko kesihatan serius mungkin berlaku, antaranya:
* Strok – kalau darah beku sampai ke otak
* Serangan jantung – bila bekuan ganggu salur darah ke jantung
* Pulmonary embolism (PE) – darah beku masuk ke paru-paru, boleh sesak nafas teruk dan mengancam nyawa
Kesemua ini boleh jadi senyap tanpa amaran awal, jadi sangat penting untuk ambil langkah pencegahan.
Ads
Tanda-tanda Darah Beku Kena Alert
Kalau ada tanda-tanda ini, jangan tunggu, terus sahaja ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Jangan teragak-agak lagi.
* Bengkak pada satu bahagian kaki (selalunya betis)
* Kaki rasa panas, merah, sakit bila berdiri atau berjalan
* Sesak nafas tiba-tiba
* Sakit dada atau dada rasa ketat
* Batuk berdarah
Ada waktunya ibu rasa petanda ini seperti tanda biasa tapi sebenarnya itu tanda bahaya tersembunyi.
Macam Mana Nak Elak Darah Beku Lepas Bersalin?
Ini antara cara yang boleh membantu:
Ads
✅ Bergerak awal lepas bersalin, walaupun cuma duduk dan gerakkan kaki
✅ Minum air secukupnya – dehidrasi buat darah jadi pekat
✅ Elak duduk atau baring terlalu lama – buat senaman kaki ringan
✅ Pakai stoking khas (compression socks) kalau doktor sarankan
✅ Ambil ubat cair darah ikut jadual, terutama kalau memang ada risiko
Dan paling penting, jangan ‘skip’ follow up check up dengan doktor, especially kalau bersalin C-sect atau ada sejarah kesihatan tertentu.
Ramai ibu selepas bersalin selalu ambil ringan ubat cair darah kerana merasakan ia hal yang biasa dan remeh.
Darah beku ibarat bom jangka yang tidak nampak tetapi boleh meletop pada bila-bila masa. Jadi kalau doktor sarankan pengambilan ubat ini, patuh dan ikut sahaja arahan.
Pelakon Nadiya Nisaa dan suami, Saiful Razman punya pendirian sendiri untuk membesarkan kedua-dua anaknya yang masih kecil.
Tegas Nadiya, dia enggan menyerahkan tugas untuk menjaga dan mengasuh anak-anaknya terutama anak bongsunya, Aminah Rose kepada individu lain selain keluarga.
“Kami mengambil keputusan untuk membesarkan anak-anak tanpa perlu bantuan pembantu rumah atau menghantar ke pengasuh.
“Sekurang-kurangnya tunggulah sampai anak bongsu saya berusia dua tahun.
“Apatah lagi sekarang terlalu banyak berita tentang kes membabitkan pembantu rumah… Itu membuatkan saya lagi berat hati.
“Alhamdulillah, kata sepakat ini saya dan suami telah persetujui dan kami banyak berkompromi antara satu sama lain.
“Sekarang pun suami saya sudah menyewa studio yang berdekatan dengan kawasan rumah untuk memudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya.
Berkongsi pengalaman selepas tiga bulan bersalin anak kedua, Nadiya akui situasinya sama seperti kali pertama menimang cahaya mata.
“Semuanya kena restart dan ingat balik. Maklumlah, anak sulung saya, Omar, sudah berusia lapan tahun, semua benda perlu beli baru dan barangan lama sudah tak boleh pakai lagi.
“Alhamdulillah, Aminah seorang bayi yang menyenangkan dan mudah untuk dijaga,” ujarnya yang bersalin pada 1 Januari lalu.
Aktres berbakat besar yang mula dikenali melalui watak Orked dalam filem Mukhsin, Sharifah Aryana, dan suaminya, Jad Hanif Jimmy kini sudah bergelar ibu dan ayah!
Anak bongsu kepada pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya ini selamat bersalin pada 7 April yang lepas.
Berkongsi tentang berita gembira ini di akaun Instagram, Aryana turut memaklumkan yang dia telah melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram (kg) melalui pembedahan.
” He’s here.. 7 April 2023, 3.2kg, emergency c-section.”
Melahirkan rasa syukur kerana semuanya baik-baik saja dan Aryana turut memberitahu dirinya memerlukan sedikit masa untuk pulih semula.
“Alhamdulilah all is fine and I just need some time to heal. Thank you everybody for all the doas and help. I’m so thankful to have the support system that I do. Alhamdulilah syukur.”
Banyak komen yang ditinggalkan rakan artis untuk mengucapkan tahniah kepada new mommy ini;
Selamat menjalani tempoh berpantang dengan happy. Semoga segera pulih dan bayi membesar dengan sihat. Tak sabar nak tengok wajah anak pasangan ini dari dekat dan tahu namanya. Tahniah Aryana dan suami!
Pernah tak ibu bapa tertanya..“Kenapa bayi saya nangis bila dipegang orang lain, tetapi bila ibu/ayah dukung terus senyap?” “Kenapa bayi saya taknak tidur selagi tak pegang tangan saya?” “Ada beza ke sentuhan penyayang dengan sentuhan biasa?”
KEAJAIBAN SENTUHAN: PELUK, CIUM, DUKUNG BAYI BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN OTAKNYA?
Kita boleh tahu niat seseorang hanya dengan sentuhan. Contohnya, bila orang hulur tangan, kita tahu dia nak salam untuk memperkenalkan diri atau atas dasar hormat menghormati. Bila Ibu peluk kita, kita tahu yang dia sayangkan kita. Itulah keajaiban deria sentuhan. Untuk bayi pula bagaimana?
👶🏻 Sentuhan itu nutrien penting untuk bayi baru lahir 👶🏻
Semasa dalam rahim, sentuhan adalah deria pertama yang terbentuk. Sentuhan mula terbentuk sekitar minggu ke-8 kehamilan. Selama beberapa minggu, badan bayi akan mengembangkan rangkaian saraf yang membentuk deria sentuhan ini. Walaupun dalam rahim, bayi boleh mula merasai sesuatu. Sebelum mereka dilahirkan lagi, bayi telah “diurut” disebabkan oleh pergerakan dalam rahim dan pergerakan fizikal ibu. Oleh itu, bayi memerlukan rangsangan sentuhan ini secara berterusan untuk perkembangan yang baik. Sentuhan merupakan antara NUTRIEN PENTING untuk perkembangan otak, fizikal, dan emosi anak kecil.
Dalam banyak-banyak deria yang ada(sentuh, dengar, lihat dsb), deria sentuhanlah yang membantu bayi baru lahir mengetahui bahawa dia disayangi. 🥰 Tanpa sentuhan berunsur kasih sayang (nurturing, gentle touch) pada usia awal, perkembangan bayi boleh terganggu. Bahkan, kekurangan sentuhan penyayang di antara penjaga dan bayi boleh membawa kepada kematian, seperti yang berlaku dalam kalangan sesetengah bayi yang member dalam keadaan diabaikan. Ini kerana bayi mempunyai keperluan untuk disayangi dan dilindungi yang sangat tinggi. Walaupun dimandikan, ditukarkan lampin dan diberi susu (procedural, passing touch), bayi yang tidak pernah disayangi, dipeluk, diusap atau dicium boleh terbantut perkembangannya dan dalam kes yang lebih teruk, bayi tersebut boleh meninggal. ☹️
Bagi bayi yang lahir pra-matang pula, sentuhan penyayang adalah SANGAT PENTING untuk tumbesarannya. Bayi pramatang selalu terdedah kepada prosedur perubatan yang menyakitkan. Bayi pramatang juga sangat sensitif kepada rangsangan sentuhan, menyebabkan prosedur perubatan lebih menyakitkan berbanding untuk bayi yang cukup bulan. Mereka juga tidak mempunyai ruang yang banyak untuk bergerak sepanjang berada dalam NICU. Ini juga boleh menyebabkan gangguan dalam sistem sensori dan perkembangan emosi. Oleh itu, sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) dari ibubapa sangat disyorkan kerana dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan ketahanan terhadap rangsangan sentuhan. Secara tidak langsung, perkembangan sosial dan emosi bayi akan bertambah baik dan ini boleh membantu bayi “catch up” dengan perkembangan yang normal.
👏🏻 Sentuhan penting untuk proses pembelajaran 👏🏻
Melalui sentuhan, bayi dapat belajar bagaimana menggerakkan badannya, mengenali dunia sekeliling dan berkomunikasi dengan keluarganya. Pada usia 60 hari, bayi memberikan respons yang baik terhadap sentuhan di tangan, kaki, dan terutamanya di bibir. Ini adalah asas untuk bayi mengenalpasti setiap fungsi anggota badannya (seperti mulut digunakan untuk makan dan bercakap). Seawal usia 7 bulan, bayi sudah boleh mengenalpasti bahawa orang lain juga mempunyai anggota badan sepertinya (tangannya sama bentuk macam tangan ibunya, bibirnya sama bentuk dengan ayahnya dsb). Ini membentuk asas kepada kemahiran meniru perbuatan (imitation skill) dan bersikap empati (memahami perasaan orang lain).
🥰 Sentuhan membentuk asas dalam sikap empati 🥰
Bayi akan merasa selamat, dilindungi dan disayangi apabila dipegang oleh ibubapanya. Pelukan dari ibubapa akan membina kepercayaan dalam hubungan antara ibu bapa dan anak kerana memberikan kesan yang menenangkan dan meyakinkan. Sentuhan penyayang yang konsisten dan responsif akan terus merapatkan dan mengukuhkan hubungan ibu dan anak. Inilah sebabnya bayi baru lahir boleh membezakan siapa yang memegangnya. Semakin bayi membesar, bayi akan cuba meniru sentuhan yang sama. Secara tidak langsung, perasaan empati akan terbentuk dari usia yang awal dan membantu bayi mempelajari komunikasi sosial pada masa yang akan datang.
🤦🏻♀️ Sentuhan kasih sayang yang berlebihan TIDAK AKAN “terlalu memanjakan/merosakkan” bayi baru lahir 🤦🏻♀️
Mungkin kita biasa dengar orang tua kita selalu suruh letak bayi yang baru lahir dan jangan selalu dukung kerana bimbang bayi kita akan menjadi “terlalu manja”, tidak biasa tidur sendiri dan akan menyusahkan kita walaupun baru berusia berapa hari saja. Jangan risau, banyak kajian telah buktikan bahawa tiada istilah memeluk atau mencium anak secara berlebihan itu boleh “memudaratkan” anak. Tetapi kekurangan kasih sayang sudah tentu akan mengganggu perkembangan anak dan hubungan antara ibu/bapa dan anak.
Ya, realitinya amat sukar bagi sesetengah ibu bapa untuk sentiasa memberi sentuhan penyayang untuk anaknya pada setiap masa seperti yang diinginkan. Kemungkinan kita mempunyai beban kerja yang banyak atau perlu menguruskan anak yang lain juga. Namun begitu, ibu bapa perlu jadikan setiap masa yang kita habiskan dengan bayi amat bermakna dan penuh dengan kasih sayang ❤️, kerana setiap sentuhan yang diberi akan membantu otak bayi untuk terus berkembang dengan pesat.
🤗 Cara mudah memberi rangsangan sentuhan di rumah 🤗
➡️angkat/peluk/dukung bayi apabila dia nangis atau memandang kita
➡️gendong bayi atau “baby wearing”
➡️Urut bayi setiap kali tukar lampin atau selepas mandi
➡️letakkan/baringkan bayi di atas pelbagai tekstur (tuala, selimut, tikar, playmat)
➡️berikan rangsangan pelbagai tekstur di tangan dan kaki seperti tekstur basah, melekit, sejuk, lembut, dan berkedut
➡️kurangkan waktu bayi berada dalam buai atau baby carrier
➡️Buka sarung tangan bayi untuk menggalakkan “explore” tangannya sendiri
Dah peluk cium anak anda hari ini?
Sumber: Syahirah Jermadi
School Based Occupational Therapist,
LiyanaRaya Training&Consultancy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!