Buah hati rakyat Malaysia yang viral tahun lepas, Ainul Mardhiah kini semakin sihat membesar. Si comel ini sentiasa menjadi tumpuan ramai sejak dari awal kisahnya disiarkan sehinggalah kini.
Terbaru Pa&Ma berkesempatan menemui Ainul dan keluarganya untuk shooting cover edisi khas anak istimewa. Untuk edisi kali ini sisi hidup adik Ainul akan dikongsikan dari kedua ibu bapanya sejak Ainul disahkan sakit sehinggalah perkembangan terbarunya sekarang.
Jika sebelum ini rakyat Malaysia dah tahu kesakitan yang Ainul lalui kerana menghidap Germ Cell Tumor sejak dia dilahirkan siapa sangka ada rezeki Ainul di sebalik kesakitannya itu.
Ketika tumor tersebut semakin membesar semasa usianya 9 bulan, kisah Ainul ini telah mendapat perhatian daripada Dr Nur Amalina Che Bakri.
Dr Amalina dianggap wira oleh rakyat Malaysia kerana melalui dialah Ainul berjaya menemui pakar perubatan di London untuk melakukan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram yang berada dalam mulutnya.
Kini setelah 8 bulan Ainul berjaya membuang tumor tersebut, perkembangan Ainul dari sehari ke sehari semakin positif dan sangat baik.
Ads
Memandangkan ada beberapa step yang Ainul delay sebelum ini kerana kesakitannya itu, dia kini sedang dalam proses untuk belajar bersama terapis dan banyak perkara baru dah mula dipelajarinya.
Ainul dah pandai salam, bye-bye dan nak ajak orang main. Paling kagum dengan Ainul dia tak banyak ragam dan mudah dijaga.
“Amboi, Ainul dah jadi model…”
Ads
Apa yang membuatkan buah hati rakyat Malaysia ini menjadi perhatian selepas shooting cover Pa&Ma in, Dr Amalina telah memberi maklum balas positif di twitternya.
Dia yang banyak membantu Ainul sepanjang berada di London tak sangka rezeki si comel ini. Dengan memuat naik caption “Amboiii, Ainul dah jadi model” jelas nampak kegembiraannya setelah berjaya memberi sinar baru dalam hidup Ainul.
Ads
Perkara ini juga turut dikongsikan oleh walid dan mama Ainul melalui laman Instagram mereka. Semua kisah adik Ainul Mardiah bakal menemui pembaca sempena edisi istimewa Pa&Ma pada bulan April nanti.
Terima kasih Dr Amalina!
Disebabkan perkongsian dan kata-kata Dr. Amalina tersebut, ramai netizen yang tak putus-putus mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu dan berusaha untuk mengembalikan keceriaan si comel ini dan keluarganya.
Pelakon Ummi Nazeera masih lagi dalam proses belajar memasak selepas berkahwin. Dia memuatnaik video memasak di laman instagramnya menjelaskan walaupun tidak pandai memasak tetapi tetap akan belajar.
Dia yang mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah (8 bulan).
Perlahan-lahan belajar memasak walaupun tak pandai
Rata-rata netizen memuji sikap Ummi Nazeera yang tetap ingin belajar memasak walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ramai yang memberikan sokongan kepadanya untuk terus belajar memasak.
Its ok, yang penting rajin
Terernya
Aduhhh.. comei la awak niii. Nasib baik tak jadi menantu saya
Practise make perfect
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka mata bayi yang comel ini akhirnya membengkak seteruk ini hanya berpunca daripada mainan dalam bilik air. Bengkak kecil pada mulanya menjadi makin parah sehingga doktor mengesahkan bayi comel ini hampir kehilangan penglihatanya.
Saya belajar sesuatu. Dan saya duduk selama beberapa bulan kerana saya sendiri tak pasti ada yang mahu melihat kisah ini, tetapi saya membuat kesimpulan bahawa orang lain juga harus tahu. Ambil pengajaran dari kisah ini.
Saya tahu air boleh terperangkap dalam mainan tab mandi, terutamanya getah yang direka untuk memancutkan air. Jadi saya memerahnya setiap kali mandi, membersihkannya secara berkala dengan peluntur.
Tapi apa yang saya tak tahu mainan tersebut tak akan kering sepenuhnya di bahagian dalam walaupun kita sudah memerah dan membersihkan mainan tersebut dan ini bermakna bakteria yang tidak kelihatan masih boleh membiak.
“Dia memancutkan air dari mainan tab mandi masuk kedalam mata,” saya diberitahu ketika saya melihat matanya sedikit merah. Saya fikir mungkin matanya pedih sedikit akibat dari air dan saya ketika itu tak fikir lebih. Tetapi malam itu setelah melihat matanya masih merah, kami membawanya ke bahagian kecemasan.
Doktor memberi ubat titis mata dose pertama. Kemudian, saya memutuskan untuk memberinya booster dose di tengah malam untuk memastikan matanya akan lebih baik pada keesokan paginya.
Saya terkejut dan tak sangka apabila saya memeriksa anak di dalam katil bayi, matanya bengkak sehingga dua kali gandaa dan kemerahan hingga ke pipi.
Kami segera ke bahagian ER dan doktor memberikan oral antibiotics, yang diambil pada 2:30 pagi.
Ketika dia bangun pada pukul 6 pagi, saya menjerit dan segera menuju ke hospital. Dia demam dan matanya sangat bengkak sehingga bahagian putihnya menonjol keluar dari antara kelopak matanya dan irisnya tersembunyi.
Antibiotik IV segera dimulakan dan kerana pembengkakan yang ketara, CT scan dilakukan untuk memeriksa retina.
Selulitis yang teruk menjalar ke wajah dan kedua-dua matanya. Saya diberi amaran bahawa dia mungkin kehilangan penglihatan, tetapi pada akhirnya, terima kasih Tuhan mata dia sembuh.
So tub toys? THROW THEM OUT. You cannot clean them. I don’t have moldy pictures to show you, because there was never any visible mold to see. You can’t see bacteria. You aren’t better than dirty tub toys. THROW THEM OUT.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didikan ibu bapa untuk anak bermula di rumah. Apa yang kita lakukan itu yang anak akan lihat dan simpan dalam memorinya. Sebab itu, seawal anak lahir, ibu bapa adalah guru pertama anak.
Walaupun ramai menganggap anak kecil belum faham apa-apa lagi, sebenarnya dari kecil lah seeloknya diajar dengan ilmu kebaikan di dunia dan akhirat. Ilmu yang diajar ini jugalah yang akan jadi bekalan untuk lahirkan anak yang soleh dan solehah. Insyaallah!
Menerusi perkongsian seorang ibu, Puan Nurul Huda, caranya mendidik anak perempuannya, Nur Madeena solat seawal usia 2 tahun dan sekarang baru nak masuk 6 tahun cukup memberi motivasi kepada semua ibu bapa.
Apa yang membanggakan, Nur Madeena dah tak perlu dipaksa atau disuruh solat kerana setiap kali dengar azan, automatik dia akan ambil wuduk dan menunaikan solat dengan penuh tertib.
TIPS AJAR NUR MADEENA SOLAT SEAWAL 2 TAHUN
Alhamdulillah.. Semua ni atas izin Allah. Ramai yang minta tip bagaimana Mommy ajar Nur Madeena solat dan berwudhu.
Ok macam post-post yang lepas jugak, apa yang Mommy katakan semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa.. Kalau nak anak solat, kita kena solat dulu dan ajak dia solat sama-sama.. Bukan suruh dia solat. Itu tak membantu minat dia. Anak-anak ni minat dia nak ikut apa kita buat.
Ok kat sini Mommy akan share sikit pengalaman Mommy ajar Nur Madeena solat. Mommy bukanlah hebat, tapi Mommy nak anak Mommy kenal Allah kenal pencipta kenal Rasulnya dan tahu kewajipannya sebagai Muslim.
1- Nur Madeena mula solat pada umur dia setahun setengah. Tapi masa tu solat ikut Mommy & Ayang je.. Pergerakan tu Mommy biar ja.. Macam anak-anak kecil lain juga yang solat ikut dan je.. Kadang-kadang rukuk jadi 2 kali.. Kadang-kadang solat sampai 5 rakaat.. Biar je dia.. Kita raikan apa yang dia buat.. Dan cakap Allah sayang dia..
2- Masuk umur Nur Madeena 2 tahun, Mommy ajak dia solat sama-sama. Lepas azan terus ajak dia solat. Benda macam ni akan terus mengajar dia untuk solat di awal waktu. Seperti Nur Madeena sekarang ni, dengar je azan dia akan segera berwudhu dan terus solat tanpa tunggu-tunggu. Jadi kita sebagai ibu ayah pun akan berasa malu dengan tindakan anak.
Masa umur 2 tahun ni, setiap kali Mommy ajak Nur Madeena solat Mommy akan bagi tahu ini solat apa dan berapa rakaat.. Dia ya kan je, mula-mula ingat dia tak faham. Tapi bila lama-lama, Mommy tanya balik zuhur berapa rakaat, Maghrib berapa rakaat. Semua dia ingat. Maksudnya anak-anak ni walaupun gelak-gelak macam tak faham, tapi dia orang dengar dan simpan.. Masa ni Mommy cuma ajak solat 4 waktu je.. Subuh belum lagi sebab dia masih susu badan.. Jadi tidurnya nyenyak sikit.
3- Masa umur 2 tahun 5 bulan Mommy start ajar dia mengaji. Masa ni agak struggle juga nak ajar. Bab ajar ngaji Mommy dah share di post yang lepas.
4- Masuk umur 3 tahun Mommy mula ajak dia solat subuh sama-sama. Memang solat ribut masa subuh tu. Tapi Mommy tak marah. Sebab nak dia suka solat, bukan solat kerana dimarah.
5- Alhamdulillah Nur Madeena dah biasa dengan solat dan tak perlu nak tegas-tegas. Masa Nur Madeena 3 tahun 5 bulan Nur Madeena dah masuk al-Quran. Jadi Mommy cuba suruh dia baca bacaan dalam solat menggunakan buku. Masa tu Mommy tak tahu lagi sejauh mana kemampuan Nur Madeena dalam menghafal. Jadi setiap kali dia solat Mommy akan bukakan buku dan suruh dia baca sambil melakukan rukun-rukun solat.
Tapi Mommy terfikir jugak lambat jugak la cara ni kalau dia nak boleh hafal. Kebanyakan cara buka buku dan baca ketika solat ni Ayang Nur Madeena yang akan buat.. Sebab dia pun nak saham akhirat katanya. Jadi Mommy biarkan Ayang dia ajar macam tu..
6- Jadi part Mommy nak ajar dia hafal bacaan solat. Mommy minta dia bacakan ayat-ayat yang Mommy dia hafalkan. Contohnya nak dia hafal doa iftitah. Jadi, selepas dia selesai mengaji Mommy suruh dia baca doa iftitah sebanyak 3 kali. Nur Madeena mengaji wajib dengan Mommy sehari 3 kali. Maka, 9 kali la dia ulang baca doa iftitah.
Masuk hari ke 3, Mommy tutup buku dan minta dia baca secara hafalan. Kalau dia dah betul semua ayat Mommy ubah ke bacaan-bacaan seterusnya. Macam bacaan dalam rukuk dan sujud ayatnya pendek.. Jadi bacaan tu sehari saja dia hafal. Bacaan-bacaan lain ambil masa jugak dia nak hafal. Alhamdulillah, cukup sebulan Nur Madeena selesai hafal semua bacaan-bacaan dalam solat termasuk doa qunut.
7- Nur Madeena khatam al-Quran pertama kali masa umur 3 tahun 10 bulan. Masa umur ni dia dah selesai menghafal semua bacaan solat dan tahu bilangan-bilangan rakaat setiap solat fardhu dan waktu-waktu solat tersebut.. Alhamdulillah..
8- Bab berwudhu pulak Nur Madeena belajar dari umur 2 tahun jugak.. Dia ikut cara Mommy berwudhu jadi dia hafal step by step. Masa umur 3 tahun Mommy ajar niatnya dan terang bila batalnya wudhu.. Jadinya dia faham dah, kalau sekarang tengah solat pun kalau terput-put dia terus akan berhenti solat dan ambil wudhu.
Alhamdulillah, Nur Madeena belajar semua dari Mommy. Rugi sangat kalau kita tak dapat ajar anak-anak solat kerana solat ni tiang agama dan pastinya diaorang akan solat. Jadinya bila kita ajar dan diorang solat pastinya ia akan menjadi saham pahala buat kita jugak.
Bab menghafal ni adalah satu kemampuan yang berbeza-beza. Jadinya kita tengok dulu kemampuan anak-anak kita. Jangan paksa tapi ajar dengan penuh kasih sayang. Kalau rasa anak-anak tak boleh mengadulah pada Allah.
Nur Madeena pun ada masa dia tak ingat apa dia hafal, jadinya Mommy minta pada Allah permudahakn urusan anak dalam menghafal. Alhamdulillah, percaya dan yakinlah Allah pasti bantu.
Ok, kenapa Mommy ajar Nur Madeena hafal dari buku.. Mengikut pengalaman Mommy, kalau hafalan secara ramai-ramai, takut-takut sebutan tersalah tapi anak dah terbiasa dengan sebutan yang salah. Takut tidak diperbetulkan akan dibaca sehingga ke besar. Jadinya Mommy ambil langkah untuk ajar Nur Madeena hafal melalui buku dengan cara Nur Madeena membaca sendiri. Dan Mommy akan betulkan melalui pembacaannya..
Ok itu serba sedikit pengalaman dan pendapat Mommy.. Mungkin pendapat kita tak sama. Tapi kita boleh membentuk saham akhirat kita.
Jom sama-sama kita ajar anak-anak solat.. Dan sebelum itu kita sama-sama perbetulkan solat kita solat di awal waktu. Tunjuk yang terbaik kepada anak-anak kita.
Sebagai pengakhiran saya share sedikit doa setiap kali saya doakan pada Nur Madeena ketika tidur, ketika mengaji, selepas solat dan pada air penawar untuk Nur Madeena minum
* Ya Allah, jadikanlah Anakku anak solehah luar biasa * Ya Allah, jadikanlah Anakku seorang yang sentiasa solat diawal waktu * Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang tidak pernah meninggalkan solat * Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang takut untuk meninggalkan dan takut melengahkan solat
Aamiin Ya Mujib. Itu serba sedikit pengalaman Mommy ajar Nur Madeena tentang solat dan berwudhu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!