Ads

Ameba Pemakan Otak Bawa Maut, Kanak-Kanak 8 Tahun Dijangkiti Selepas Berenang Di Tasik!

Ameba Pemakan Otak Bawa Maut, Kanak-Kanak 8 Tahun Dijangkiti Selepas Berenang Di Tasik!

Ameba pemakan otak meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Louisiana, Amerika Syarikat (AS), selepas dia dipercayai dijangkiti ketika berenang di sebuah tasik.

Aktiviti berenang di tasik yang sepatutnya menjadi kenangan menyeronokkan bertukar tragedi apabila kanak-kanak berkenaan dijangkiti Naegleria fowleri, sejenis ameba yang sering dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’.

Mangsa, Lillian Smart dari Ruston, dipercayai terdedah kepada ameba berkenaan ketika berenang di Tasik Claiborne, Louisiana.

Menurut laporan The Guardian, Lillian menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lalu, hanya sehari selepas menyambut hari lahirnya.

Dalam satu perkongsian menerusi halaman Facebook Love for Lillian, keluarganya memaklumkan bahawa kerosakan yang berlaku pada otak kanak-kanak itu terlalu serius sehingga tubuhnya tidak mampu untuk pulih.

“Kecederaan pada otaknya terlalu serius untuk tubuh kecilnya pulih. Semua orang melakukan sedaya upaya bagi memastikan dia terus bersama kami.

“Kami sangat kecewa dan sejujurnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini. Bagaimana kami hendak meneruskan hidup tanpa anak perempuan kami?” luah keluarganya.

ameba pemakan otak

Ads

Ameba Pemakan Otak Dipercayai Menjangkiti Mangsa Ketika Berenang Di Tasik

Menurut agensi berita KNOE, kanak-kanak itu telah menerima rawatan di hospital sejak 15 Ogos.

Ketika keluarga Smart melalui detik sukar tersebut, masyarakat setempat turut tampil memberikan sokongan. Beberapa perniagaan di Ruston dilaporkan menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan mereka bagi membantu keluarga Lillian.

Kes jangkitan Naegleria fowleri atau Ameba Pemakan Otak sebenarnya sangat jarang berlaku, namun jangkitan yang melibatkan otak ini boleh membawa maut.

Hanya beberapa kes dilaporkan di Louisiana sejak 2011.

Ameba pemakan otak berkenaan biasanya hidup dalam air tawar yang suam, termasuk tasik, sungai dan kolam, dan lebih mudah ditemui di negeri-negeri selatan Amerika Syarikat ketika musim panas apabila suhu air meningkat.

Ads

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), kira-kira 180 kes jangkitan Naegleria fowleri telah dikenal pasti di negara itu sejak 1937.

Pada 2023, seorang kanak-kanak di Arkansas turut dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan ameba berkenaan selepas dipercayai terdedah ketika bermain di sebuah kemudahan permainan air di Little Rock.

ameba pemakan otak

Ameba Pemakan Otak Tidak Ditemui Dalam Air Masin

Naegleria fowleri boleh hidup dalam air tawar bersuhu panas, namun ia tidak hidup dalam air masin.

Risiko juga jauh lebih rendah di kolam renang yang diselenggara dengan baik serta mempunyai paras klorin yang mencukupi.

Ads

Jangkitan boleh berlaku apabila air yang mengandungi ameba memasuki tubuh melalui hidung sebelum bergerak ke otak. Ia bukan disebabkan seseorang menelan air yang tercemar.

Pakar turut memberi perhatian terhadap perubahan suhu persekitaran yang mungkin mempengaruhi kawasan habitat ameba ini. Peningkatan suhu air dikaitkan dengan kemunculannya di beberapa kawasan di Amerika Syarikat yang sebelum ini bukan lokasi lazim, termasuk di bahagian utara dan barat negara berkenaan.

Tragedi yang menimpa Lillian menjadi peringatan bahawa walaupun jangkitan ameba pemakan otak amat jarang berlaku, langkah berjaga-jaga tetap penting terutama ketika melakukan aktiviti air di tasik, sungai atau kawasan air tawar yang panas.

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000! 

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Penyakit Kawasaki: Amaran Penting Bila Anak Demam Lebih 5 Hari

Penyakit Kawasaki perlu diwaspadai jika anak demam lebih 5 hari. Kenali tanda seperti mata merah, bibir merekah, ruam dan risiko komplikasi jantung.