Pelakon Mira Filzah memaklumkan bahawa dia bersikap terbuka jika anak lelakinya, Wan Khair Amir, 1, diberi peluang menjadi Duta produk tertentu.
Namun, Mira akui perlu teliti komitmen yang diberikan kepada Amir dari segala aspek.
“Bergantung kepada sesetengah jenama, mungkin komitmen juga. Apa-apa komitmen pun kalau dia nak melibatkan Amir pun kena tengok juga.
“Kena tengok photoshoot, video shoot Amir okay ke? Berapa kali? Media sosial dan lain-lain. Akan dipertimbangkan,”
Ditanya kebersediaan Mira jika anaknya ditawarkan untuk menjadi duta, dia mengakui anaknya mudah untuk beri kerjasama dan akan mempertimbangkannya.
Ads
“Macam Amir, Mira pernah shoot untuk Coway punya produk posting media sosial, Masa itu dia (Amir) berusia enam bulan dan sangat beri kerjasama sebab tak boleh berjalan lagi. So, okay Alhamdulillah.
“Kalau ada in future nak melibatkan dia (Amir), saya boleh pertimbangkan sebab Amir pada pemerhatian saya suka kamera. So, dia mudah untuk bekerja dengan kamera. Nampak senang bagi kerjasama,” ujarnya lagi.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Shera Aiyob, pengacara Pa&Ma TV musim ketiga berkongsi cerita di isntagramnya apabila anak beliau, Nadi Anaqi sendiri yang meminta untuk tidur berasingan. Beliau turut berkongsi, sebelum ini sudah mencuba untuk meletakkan tempat tidur anaknya secara berasingan, tapi Anaqi sendiri yang menolak.
Beliau yang mendirikan rumahtangga bersama Zahiril Adzim, pelakon dan juga mengacara bersamanya dalam Pa&Ma musim ketiga di Astro Prima & Maya HD, setiap selasa dikurniakan seorang anak lelaki, Nadi Anaqi (6 tahun lebih).
Hari ini dalam sejarah (hidup kami).
Anak Mommy minta tidur katil sendiri. Macam mimpi. Selalu kita suruh bukan main taknak lagi. Tapi katil je sendiri, bilik tetap sekali. Heh.
Biarlah.
Pelan-pelan.
Percubaan mengasingkan ni dari awal lagi dah dibuat tapi tak menjadi. Nak paksa tak sampai hati. Biarlah kami sempit berhimpit janji happy.
Dan sekarang bila dia minta sendiri, Mommy pula emosi. Apahal??
Ramai yang mengalami situasi yang sama, bila nak asingkan anak terasa emosi. Ada juga Netizen berpendapat, mungkin itu ruang untu Shera dan Zahiril memberikan Anaqi adik baru memandangkan Anaqi hampir memasuk umur 7 tahun.
Satu kewajipan! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang berkongsi momen bahagia mereka kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menerusi Instagram, kedua mereka memuat naik video ketika pembayaran zakat perniagaan. Bukan biasa-biasa tetapi satu nilai yang cukup besar iaitu lebih RM1 juta.
Difahamkan Aeril dan Wawa membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hasil perniagaan yag mereka jalankan pada tahun ini.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga.
“Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Seseorang tidak akan jatuh miskin sekiranya bersedekah di jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian pasangan selebriti ini turut mendapat pujian ramai. Bukan dikatakan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mampu menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Tidak dapat digambarkan perasaan ibu dan ayah menghadapi kenyataan ini. Doktor memberitahu jangka hayat ada sebulan lagi & terus berusaha untuk merealisasikan pemindahan sum sum tulang buat si kecil.
SEBULAN SELEPAS ULANG TAHUN PERTAMA
Hanya sebulan selepas ulang tahun pertama kelahiran bayi mereka, kegembiraan Haffiszattul Nur Akmar Samsudin, 30, serta Sheikh Muhammad Bukhary Sheikh Basir, 33, berganti air mata apabila permata hati mereka Sheikha Zulaikha disahkan menderita Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) atau masalah sistem imun badan tidak stabil, Februari lalu.
Akibat penyakit itu, perkembangan Zulaikha terbantut dan menjadi pasif. Badannya menjadi semakin membesar dan perut membuncit.
Sekali imbas Sheikha Zulaikha seperti bayi yang sihat dengan pipi dan tubuh montel, namun tiada siapa sangka dia menderita kerana perubahan itu hanya kesan ubat untuk melawan penyakitnya.
Bayi berusia 15 bulan itu antara 10 individu di Malaysia yang pernah direkodkan menghidap penyakit jarang jumpa ini berpunca daripada sistem imun tidak stabil dan terlebih aktif lalu menyerang badan sebelum merosakkan tisu serta organ.
COMEL TAPI SEBENARNYA SAKIT
Rawatan bagi penyakit ini sama seperti pesakit barah iaitu melalui beberapa sesi kimoterapi.
Haffiszattul berkata, berat anaknya naik mendadak daripada 8.7 kilogram (kg) kepada 12.4 kg kesan rawatan kemoterapi setiap dua kali seminggu.
“Semua orang kata Zulaikha comel (apabila melihatnya), saya sebak. Comel tapi sebenarnya sakit.
“Dia jadi begitu (gempal) disebabkan kesan steroid ketika kemoterapi.
HATI & LIMPA BENGKAK 10SM
Ibu ini turut menceritakan detik awal Zulaikha dikesan mengalami penyakit jarang dijumpai ini. Antara simptom awal ialah demam dan dijangkiti virus. Seterusnya hati & limpa si kecil ini membengkak.
“Pada mulanya Zulaikha demam panas sebelum doktor mengesahkan dia menghidap HLH berpunca daripada jangkitan Virus Epstein-Barr (EBV) dan menyebabkan hati dan limpanya membengkak 10 sentimeter,” katanya.
ADA MASA SEBULAN, PEMINDAHAN SUM SUM TULANG PERLU DISEGERAKAN
Katanya, pemindahan sum sum tulang dicadangkan pada 2 Mei ini berikutan Zulaikha hanya boleh bertahan dalam tempoh sebulan.
“Saya tergamam doktor memberitahu pemindahan sum sum tulang perlu dilakukan segera kerana jangka hayatnya dianggarkan sebulan saja.
“Jika tidak nyawa anak saya dalam bahaya dan mungkin tiada harapan hidup lagi,” katanya. Pensyarah kolej swasta di Kuantan sedang hamil ini berkata, suaminya melalui ujian pengesahan bagi memastikan kesesuaian sebagai penderma anaknya.
“Oleh kerana sukar mendapatkan penderma sum sum tulang dalam masa singkat, doktor mencadangkan suami sebagai penderma memandangkan kandungan saya baru memasuki tujuh bulan. Minggu depan, keputusan ujian keluar, saya harap sum sum tulang suami sepadan untuk bayi kami,” katanya.
44 KIMOTERAPI & PERLUKAN RAWATAN SEPANJANG HAYAT
Kata Haffiszattul, Zulaikha perlu menjalani 44 kitaran kemoterapi, tetapi baru masuk pusingan ketujuh, dia tidak dapat bertahan dan demam.
Menurutnya, buat masa ini, Zulaikha perlu menjalani kemoterapi untuk memastikan badannya stabil hingga tarikh pemindahan sum sum tulang dilakukan.
“Doktor beritahu peluang Zulaikha cuma 50 peratus saja dan jika berjaya dia tetap memerlukan rawatan sepanjang hayat.
CUMA BOLEH PANGGIL UMI
Ibu ini berkata, besar harapan mereka sekeluarga melihat Zulaikha sembuh dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain.
“Pada usia begini Zulaikha sepatutnya aktif tetapi dia perlu dikuarantin.
“Dia cuma boleh memanggil ‘umi’, satu perkembangan yang sepatutnya buat saya gembira, namun saya sedih sebab dia masih bertarung dengan penyakitnya.
“Saya harap dugaan ini sementara, malah saya selalu berdoa, Zulaikha bertahan dan boleh hidup macam kanak-kanak lain,” katanya.
KOS RM150K, MASIH PERLUKAN SUMBANGAN
“Tetapi apa saja terbaik kami cuba ikhtiar dan selebihnya tawakal,” katanya. Kos rawatan termasuk pemindahan sum sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dianggarkan RM150,000.
“Kos berkenaan termasuk ubat dan rawatan sebelum dan selepas pemindahan. Buat masa ini, kami baru kumpul RM20,000 hasil sumbangan rakan, keluarga dan wang simpanan serta masih perlu RM130,000.
Kepada yang ingin memberikan sumbangan meringankan beban dan menampung kos pemindahan sum sum tulang si kecil ini bolehlah menyalurkannya kepada Maybank Haffiszattul Nur Akmar Binti Samsudin (Semasa) 506016887265.
Jahitan bersalin terbuka boleh berlaku selepas melahirkan anak dan meningkatkan risiko jangkitan jika tidak dirawat. Ketahui punca, tanda bahaya, rawatan serta tip penjagaan luka untuk mempercepatkan proses penyembuhan.