Bagi pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin kerja berpasukan bersama keluarga serta dua anak mereka menjadi keutamaan mereka di rumah.
Kata Amyra, dia tidak mempunyai pembantu rumah jadi kerja-kerja di rumah dilakukan secara berpasukan termasuk dua anaknya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia dan Amar juga turut mendidik dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa dalam melakukan kerja-kerja rumah.
“Sekarang pun kami dah didik anak-anak kami, makan basuh pinggan sendiri, baju masuk bakul.
“Kami dah mula ajar mereka, sebab kami tiada pembantu dan ‘teamwork’ dalam family sangat penting walaupun anak baru berumur 4 tahun,” jelas Amyra.
Ads
Bahkan kata Amyra, dia paling beruntung kerana dia dan suami mempunyai citarasa yang sama bahkan kerja menguruskan kediamannya dilakukan bersama-sama tanpa rasa ada tekanan untuk berlebih-lebih.
“Kami tiada jadual khas untuk bersihkan rumah. Tapi Myra dan Amar, masing-masing dah pandai sendiri (dalam mengemas rumah). Ada masa kami terlalu ‘busy’ dan rumah bersepah, Amar tak kisah.
“Jadi bila suami tak kisah, tiada ‘pressure’ dalam bersihkan rumah, kita akan selalu bersihkan rumah mengikut waktu lapang. Namun Myra dan Amar sukakan rumah yang bersih dan lapang, jadi kita selalu buat,” ujarnya.
Ads
Berkongsi mengenai dekorasi rumah pula, kata Amyra dia dan suami cukup serasi dalam menghias rumah.
“Mengenai citarasa dekorasi rumah, Myra tidak mempunyai masalah dengan Amar. Sebab kami mempunyai ‘taste’ yang sama.
“Rumah yang kami duduk sekarang berkonsep moden, rumah yang akan berpindah nanti Insya Allah berkonsep macam ‘English Cottage’,” kata Amyra yang kini masih dalam proses renovasi serta dekorasi rumah baru.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Aqeef Anaqi,7 dan Ayra Arissa,4.
Jadikan tabiat apabila suami mahu keluar bekerja, isteri perlu ‘claim’ ciuman di dahi dan kening. Besar manfaatnya kepada emosi suami dan isteri pada hari itu. Ciuman hangat dari suami buat isteri dapat mewujudkan perasaan bahagia kepada si isteri dan membuatkannya tidak sabar menanti si suami pulang.
Bukan itu sahaja, tabiat mencium anak-anak juga akan menjadikan mereka anak yang positif dan menghormati ayah mereka.
Ciuman ini boleh menjadi cara untuk menunjukkan kasih sayang antara suami, isteri serta anak-anak dan membuatkan perasaan rindu sentiasa kuat di antaranya. Ya, perkara ini kecil sahaja tetapi impaknya besar dan meninggalkan pengaruh yang positif dalam kebahagiaan rumah tangga.
Amalan mencium pasangan dan anak-anak akan menggandakan rasa kasih sayang dan cinta dalam keluarga.
Saranan daripada Ustaz Sayuthi yang merupakan guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah, ini sewajarnya anda jadikan panduan untuk menyemarakkan kebahagiaan sesama ahli keluarga.
i) Fadhilat Cium Anak Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan “aku syg anak aku” akan tersemat terus ke dlm jiwa.
ii) Fadhilat Cium Suami Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
iii) Fadilat Mencium Isteri Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka.
Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Kesimpulannya:Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM.
Pusat Pakaian Hari-Hari sememangnya sudah cukup dikenali ramai. Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana butik yang satu ini menawarkan variasi kelengkapan pelbagai peringkat usia yang sememangnya menjadi pilihan. Paling utama harga mampu miliknya menjadikan ia terus-terusan menjadi pilihan semua.
Bukan biasa-biasa bahkan pusat pakaian yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 ini kini mempunyai lebih 90 cawangan di seluruh Malaysia. Malah bernaung di bawah syarikat Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd menjadikan butik yang satu ini terus sukses dalam memberikan pilihan buat semua.
Menurut Puan Hayati Mohamed, Area Manager Pusat Pakaian Hari-Hari Seksyen 7, Shah Alam yang juga turut menyelia tiga cawangan lain di Shah Alam, pemilihan pakaian pelbagai peringkat usia sentiasa menjadikan butik yang satu ini sebagai pilihan buat semua masyarakat.
Malah harga berpatutan dan mampu milik yang diperkenalkan oleh pusat pakaian ini menjadikan ia bukan satu bebanan buat pembeli. Paling utama di sini tersedia segala pakaian harian buat semua tidak kira bagi dewasa juga kanak-kanak.
Peralatan & Persalinan Lengkap Sekolah
Sejak lama dahulu, Pusat Pakaian Hari-Hari sememangnya cukup dikenali dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Bukan hanya baju sekolah, seluar, kain dan tudung pelajar bahkan di sini tersedia kelengkapan lain seperti kasut, beg sekolah juga alat tulis untuk pelajar.
Menariknya kata Puan Hayati, segala kelengkapan persekolahan boleh dimiliki serendah RM150 yang merangkumi persalinan dan kelengkapan lengkap termasuk kasut dan beg sekolah. Kos sebegini pastinya merupakan kos yang cukup menjimatkan bagi golongan sederhana.
Katanya lagi fabrik berkualiti tinggi, selesa serta harga berpatutan menjadi penyebab utama Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan utama ibu bapa menjelang sesi persekolahan yang baru.
“ Seperti yang orang ramai sedia maklum, kami mempunyai dua jenama pakaian sekolah yang menjadi pilihan ramai ibu bapa iaitu Joni & Jeni dan juga No Problem. Rata-rata yang datang ke sini sangat berpuas hati dengan kualiti kedua jenama tersebut dan sentiasa menjadi pilihan bukan sahaja ibu bapa, malah anak-anak juga.”
Umpama ‘one stop center’ untuk kelengkapan sekolah, ibu bapa boleh mendapatkan variasi pilihan baju sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama untuk anak-anak di sini.
“Botol air juga antara salah satu produk kami yang baru diperkenalkan tahun ini. Paling menarik harga serendah RM5 hingga RM10 diperkenalkan agar tidak membebankan ibu bapa,” katanya lagi.
Bukan sahaja tiga produk baru ini bahkan produk kasut berwarna hitam turut menjadi produk utama selain pakaian asas sekolah. Harga yang ditawarkan pula hanyalah sekitar RM15 hingga RM37.90 sahaja.
Menurut Pn Hayati lagi, kesemua pakaian dan kelengkapan sekolah ini sudah pun berada di pasaran sekitar bulan Disember tahun lalu sehinggalah kini. Ini bagi membolehkan ibu bapa berbelanja di saat akhir sehingga sesi persekolahan bermula setiap tahun.
Pemilihan kain kapas dan kapas campuran membuatkan anak-anak lebih selesa malah paling utama lebih mudah digosok.
Selain kelengkapan sekolah, selaras dengan keadaan semasa dengan situasi penularan virus Covid-19, Pusat Pakaian Hari Hari juga turut menyediakan kelengkapan bagi perlindungan diri untuk anak-anak di sekolah seperti face mask, face shield dan banyak lagi.
Koleksi Baju Raya Harga Patut
Selain baju sekolah yang menjadi keutaamaan di sini. Pusat Pakaian Hari-Hari juga cukup dikenali dengan persalinan busana raya. Setiap kali menjelang musim perayaan ini, permintaan hebat daripada pelbagai golongan membuktikan bahawa pusat pakaian ini sentiasa menjadi pilihan semua.
Bukan hanya lengkap persalinan seisi keluarga, malah turut diperkenalkan dengan pakaian bagi bayi berusia satu tahun. Jadi dapatkan seisi keluarga beraya sedondon ketika hari raya.
Paling utama harga yang ditawarkan kepada pelanggan teramatlah berbaloi malah mampu milik. Selain itu juga mampu memberi keselesaan ketika beraya. Pusat Pakaian Hari-Hari juga amat menitik beratkan fabrik dengan hanya memperkenalkan fabrik yang lembut dan tidak panas.
Pelbagai Kaedah Pembayaran
Turut menawarkan pelbagai kaedah pembayaran, selain secara tunai Pusat Pakaian Hari Hari juga menerima pembayaran secara atas talian dan juga melalui pengimbasan kod seperti QR Pay, Grab Pay dan lain-lain.
Selain itu juga, penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) juga boleh berbelanja di sini untuk pakaian sekolah dan juga pakaian dalam wanita.
“Kami di sini menerima hampir semua bentuk pembayaran bagi memudahkan pelanggan yang berbelanja. Sekarang kebanyakkan pelanggan menggunakan keadah pembayaran selain tunai seperti QR Code, Boost, GRAB Pay dan banyak lagi.
“Bukan itu sahaja, penerima bantuan KISS juga boleh berbelanja di sini untuk pakaian sekolah anak dan juga pakaian dalam wanita,” tambah Puan Hayati lagi.
Pusat Pakaian Hari Hari sememangnya tempat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah. Mempunyai pilihan untuk semua peringkat umur bukan sahaja kelengkapan sekolah, malah juga kelengkapan harian lain.
Pusat Pakaian Hari Hari merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Pusat Pakaian Keluarga Pilihan Pa&Ma. Nak tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih? Jom tengok di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah Farhatul Fairuzah, terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun. Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.