Baru sahaja disahkan hamil beberapa hari, pelakon cantik jelita, Amyra Rosli terpaksa reda kandungan ketiganya mengalami keguguran.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Amyra menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia reda dengan kehilangan itu malah sudah bertemu dengan doktor untuk proses selanjutnya.
“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy pastu awak pergi. Comel la awak ni,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Biar pun tidak punya rezeki untuk menambah zuriat ketiganya namun kata Amyra dia akur dengan ketentuan Ilahi dan tetap positif dan menganggap masih belum punya rezeki untuk menambah cahaya mata ketiga mereka bersama suami.
“Tak ada rezeki.
Ads
“Xpe, kita focus rezeki yang ada sekarang & shooting dulu! Lets go,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama juga, Amyra turut mengesahkan kehilangan itu menerusi doktor yang merawatnya di sebuah hospital.
Ads
Menerusi tanda pagar yang dikongsikan Amyra, difahamkan Amyra mengalami chemical pregnancy yang merupakan keadaan di mana keguguran berlaku pada peringkat awal kehamilan sejurus selepas inflantasi berlaku.
Terdahulu, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Afeeq Anaqi dan Ayra Aryssa.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Mawar Rashid dan Raf Yaakob yang mengumumkan bakal menimang seorang lagi cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menerusi Instagramnya, Mawar dan Raf turut memuat naik video pengumuman jantina bayi ketiga mereka melalui majlis ‘gender reveal’ ringkas yang juga diadakan bersempena sambutan hari lahir anak kedua mereka.
Semalam menerusi Instagram, Mawar dan Raf meminta pengikut mereka untuk meneka jantina bayi dan hari ini keduanya tampil berkongsi kepada umum.
“It’s a boy or Girl?
“Mawar akan announce besok ok dan ada suprise promo Mawarose untuk you all sempena gender reveal,” tulis Mawar di Instagramnya.
Majlis hari jadi dan gender reveal bertemakan warna merah jambu itu mengelirukan ramai tetamu bila mana Raf dan Mawar sekeluarga tampil berbusana sedondon warna biru.
Jantina bayi ketiga pasangan ini yang merupakan seorang perempuan itu akhirnya diketahui selepas belon hitam bersaiz besar dipecahkan anak sulung Mawar.
Ahli keluarga dan tetamu turut bersorak gembira untuk menanti kelahiran cahaya mata ketika itu tidak lama lagi.
Mawar yang kini sarat tujuh bulan bakal melahirkan puteri kedua pasangan itu dua bulan lagi. Semoga dipermudahkan kelahirannya kelak.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.
Masalah buasir biasanya kerap terjadi kepada ibu selepas melahirkan anak. Semua ini berpunca daripada masalah sembelit yang dialami ibu berpantang ketika berpantang. Pun begitu buasir juga tidak kurang dialami ibu hamil. Sakitnya usah cakaplah bila sembelit mula menghantui.
Ada ibu hamil yang mengalami masalah sembelit dan tidak membuang air besar selama berbelas hari. Bayangkan bagaimana ibu hamil menahan semua ni? Sudahnya buasir muncul bila sembelit kerap terjadi.
Menurut Dr Noorintan Zainal Shah daripada Hospital Colombia Asia, penyebab utama masalah buasir pastinya adalah masalah sembelit yang terjadi secara serius kepada wanita hamil.
Sembelit yang berpanjangan akan mengakibatkan makanan disimpan lebih lama di usus dan ini membuatkan wanita hamil semakin sukar untuk membuang air besar.
Saiz rahim yang semakin membesar dan berat badan ibu yang semakin bertambah menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan. Apabila pergerakan fizikal semakin terbatas, ini tambah memburukkan lagi masalah sembelit.
Dan masalah terbesar bagi sembelit pastinya buasir, yang cukup ditakuti sebilangan wanita hamil. Buasir merupakan salur darah yang terbonjol keluar daripada lubang dubur dan membentuk buasir. Hal ini terjadi apabila otot di kawasan ini berubah menjadi lembut.
Redakan Dengan Kaedah Warm Bath
Jika buasir mula membengkak dan sakit, wanita hamil disyorkan menggunakan krim seperti Xyloproct dengan menyapunya di kawasan buasir. Krim Xyloproct mengandungi dua bahan utama yang membantu melegakan buasir yang dialami wanita hamil.
Kandungan bahan Lignocaine di dalam krim ini berfungsi sebagai ubat yang melalikan rasa sakit yang berlaku apabila buasir membengkak. Manakala Hydrocortisone pula merupakan bahan kedua yang terdapat di dalam krim xyoproct yang bertindak mengurangkan masalah radang dan bengkak.
Selain penggunaan ubat bersesuaian, aspek kebersihan haruslah diberikan keutamaan dalam merawat masalah buasir. Setelah membuang air besar, haruslah dicuci dengan bersih dan dilapkan hingga kering di kawasan ini. Ini bagi mengelakkan sebarang rasa ketikdakselesaan yang membolehkan jangkitan lain berlaku.
‘Thrombosed piles’ adalah istilah bagi buasir yang berada di paras yang agak teruk. Masalah ini biasanya memerlukan pembedahan yang dikenali sebagai hemorrhoidectomy. Pesakit biasanya akan diberikan bius ( spinal anaesthesia) dan doktor akan memotong kawasan sekeliling buasir.
Buasir akan dibuang dan salur darah yang ada akan diikat supaya tidak berdarah dan tidak terkeluar semula daripada dubur. Namun begitu, selepas pembedahan, buasir masih boleh berlaku semula jika amalan pemakanan yang sihat masih tidak diamalkan.
Amalan diet yang seimbang dan berserat tinggi adalah pilihan paling tepat dalam pencegahan sembelit dan buasir. Pastikan pengambilan air yang mencukupi di sertakan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki dan sebagainya. Elakkan duduk atau berdiri di satu tempat dalam masa yang terlalu lama.
Amalan pemakanan yang sihat dan aktiviti ringan pastinya membantu ibu hamil tampil lebih ceria tanpa kerunsingan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi lumrah setiap pasangan yang berkahwin untuk memiliki zuriat sendiri hasil perkongsian hidup. Tapi kita hanya merancang, segalanya Allah yang tentukan.
Aktres, Nabila Huda reda bila impiannya mahu memiliki cahaya mata belum termakbul apabila keguguran buat kali kedua.
Berita keguguran dikongsi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2019 itu menerusi Instagram (IG) Story, beberapa hari yang lalu.
Anak kepada rocker terkenal, Amy Search itu memaklumkan dirinya keguguran buat kali kedua apabila usia kandungan baru beberapa minggu.
“Saya kena kuat dan akur dengan ujian ini. Saya keguguran buat kali kedua. Saya memang ‘down’ ketika berlaku pendarahan.
” Saya cuba ‘recover’ balik seharian, nak ‘recover’ balik perasaan itu. Saya nak sangat anak dan terlalu nak sangat. Saya teruja apabila doktor mengesahkan saya hamil,” katanya.
Nabila yang berkongsi perkara itu menerusi rakaman video di Instagram Story berkata, dalam masa sama dia bimbang jika kandungannya tidak menjadi.
“Saya juga paranoid dan risau kalau bila-bila dia (anak) tidak ada, jatuh dan dia tidak ada dalam perut. Tapi saya percaya tidak ada rezeki lagi.
“Saya cuma kasihan pada suami. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat kan? Bila teringin sangat. Tapi kita kena ‘move on’, saya okay. Jangan risau, saya cuma duduk di rumah dan berfikir. Seharian saya rasa sakit,” katanya.
Isteri kepada Mohd Izwan Johar itu berkata, keinginan memiliki cahaya mata kedua cukup menebal dalam diri.
“Saya memang nak tambah cahaya mata, keinginan ada bayi kecil begitu membara. Saya teruja mendapat tahu hamil selepas buat ujian dan disahkan doktor.
“Dalam masa sama, saya trauma dan paranoid jika insiden lama berulang. Nyata, apa yang ditakuti terjadi juga.
“Saya percaya, belum rezeki untuk kami menimang cahaya mata. Jujurnya, saya kasihan dengan suami. Agak lama menunggu memiliki anak sendiri. Mahu atau tidak, saya kena ‘move on’,” katanya sambil menitiskan air mata.
Terdahulu, pada April tahun lalu Nabila berkongsi dia mengalami keguguran selepas menanti selama empat tahun.
Nabila dan Izwan diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 Disember 2015. Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.
Semoga ada rezeki lain buat Nabila dan suami. Jangan putus asa terus usaha dan berdoa ya!
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Memandangkan situasi Covid-19 masih lagi belum reda dan program on ground bersama followers Pa&Ma tidak dapat dilaksanakan, buat julung kalinya Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race SSPN x Pa&Ma secara virtual.
Dengan yuran penyertaan RM20, si comel akan mendapat akaun SSPN, t-shirt, medal dan e-sijil. Best kan?
Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan.
Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!