
Ramai ibu ayah yang menyangka anak montel itu sihat. Pipinya tembam, tubuhnya berisi, nampak comel bila bergambar. Namun, tidak semua montel itu tanda sihat. Kisah yang berlaku kepada seorang anak kecil berusia 3 tahun ini seharusnya dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa.
Di sebalik tubuhnya yang kelihatan sihat dan ceria, si kecil itu rupa-rupanya disahkan menghidap diabetes jenis 2. Puncanya? Pemakanan harian yang dipenuhi dengan makanan segera sejuk beku seperti nuget dan sosej.
Bekalan Nuget & Sosej Dari Rumah
Menurut perkongsian seorang wanita di laman Threads, perkara itu diketahui selepas berbual dengan seorang pengasuh. Katanya, ibu bapa kanak-kanak tersebut sendiri membekalkan stok nuget dan sosej setiap dua minggu untuk dimasak oleh pengasuh.

“Bayangkan, budak tu tak pernah makan nasi. Badannya montel, ceria, nampak sihat. Tapi siapa sangka, dia sebenarnya menghidap diabetes,” jelas wanita itu.
Lebih membimbangkan, makanan ruji seperti nasi langsung tidak disentuh, sebaliknya diganti dengan makanan ringan dan manis yang hampir tiada khasiat.
Akhirnya Disahkan Diabetes Pada Usia 3 Tahun
Keadaan itu membuatkan pengasuh bimbang, lalu menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka. Namun, segalanya sudah terlambat apabila kanak-kanak kecil itu akhirnya disahkan menghidap diabetes dan kini perlu menjalani rawatan serta pemeriksaan berkala di hospital.
Bayangkan, pada usia sekecil 3 tahun, anak sudah terpaksa menanggung penyakit kronik yang biasanya dikaitkan dengan orang dewasa. Kasihan!
Pesanan Buat Ibu Ayah
Pakar kesihatan sering mengingatkan bahawa makanan segera tidak sepatutnya dijadikan pilihan harian untuk anak-anak. Ia hanya sesuai dimakan sekali-sekala, bukan sebagai menu utama.
👉 Biasakan anak dengan makanan sebenar (real food) – nasi, sayur, buah, ayam rebus atau sup.
👉 Elakkan terlalu kerap memberi makanan ultra-proses seperti nuget, sosej, burger atau jajan.
👉 Peka dengan tanda awal diabetes pada kanak-kanak – kerap haus, kerap kencing, cepat letih dan berat badan naik mendadak.
👉 Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala bagi memastikan anak membesar dengan sihat.
Ingat Ya Mak Ayah!
Kasih sayang pada anak bukan sekadar memastikan mereka kenyang, tetapi memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran sihat. Jangan kerana mahu mudah dan cepat, kita korbankan kesihatan anak yang tidak ternilai.
Sumber: Threads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



Kata Noor Amira, meskipun ada segelintir yang mengecamnya cuai dalam menjaga anak. Dia bersyukur hasil doa orang ramai anaknya berjaya selamat.









