Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Khalish yang masih kecil bertarung dengan sel kanser, hanya tangisan menjadi luahan kesakitan.

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser
Khalish ketika sihat di samping ummi nya.

Muhammad Khalish Affan, 1 tahun 5 bulan, anak yang aktif dan ceria kini sering diserang demam. Semenjak beberapa bulan yang lalu selepas disahkan menghidap leukemia, selera makannya tidak seperti dulu. Malah rambutnya yang lebat kini semakin menipis. Badannya yang dulu tembam dan gebu kini menyusut.

Menurut ibunya, Nuhanabilla Hazani berkata ketika mula-mula dia melihat itu Khalish sering demam dan kurang selera makan, tidak menyangka ada sel kanser sedang menyerang. Paras Hb ketika itu hanya 5 dan platelet juga sangat rendah. Ketika itu Khalish berusia 11 bulan. Ketika leukemia mula-mula dikesan, kira-kira 15% sel kanser sedang agresif di dalam darah anak kecil ini. Ia meningkat kepada 28% ketika kali kedua.

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

HB & PLATELET RENDAH

Sejak itu, Khalish telah pun melalui beberapa kali kimoterapi dan kini memasuki cycle ketiga. Hati ini mana yang dapat melihat kesakitan ditanggung anak. Setiap kali mendengar tangisan kesakitan anak, ia benar-benar menghiris hati ibu ini. Tapi Nabilla perlu terus kuat.

Penderitaan cinta hati ummi abi. Tak sanggup lihat adik begini, ummi reda apa yang berlaku & berserah kepada Allah.

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

Sel darah putih meningkat, bimbang sel kanser aktif balik. Ada nanah pada chemoport, patutlah demam suhu tinggi 40.4°C

IKLAN

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

Ada nanah dalam perut Khalish sebesar 2sm berdekatan limpa.

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

Tak pernah terlintas membesarkan Khalish di hospital. Ketika anak seusiamu belajar untuk berjalan dan bercakap, Khalish terlantar di sini. Ummi rindu gelak tawa & selera makan Khalish. 

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

Demam tinggi & nanah dalam perut belum selesai. Selera makan tak ada langsung. Berat dari 10kg dah menyusut ke 8.2kg.

IKLAN

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

Keputusan imbasan menunjukkan nanah dalam perut masih dalam keadaan yang sama. 

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

Rawatan chemo terpaksa tangguh Khalish demam. Patelet dan Hb semakin menurun. Kos pembayaran sampel darah RM600 dipermudahkan dengan sumbangan & bantuan.

IKLAN

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

Dalam perkembangan terkini, Khalish bertahan. Anak kecil yang comel ini anak yang kuat. Menurut Nabila, Khalish akan melalui rawatan kimoterapi semula esok.

“Khalish masih macam ni, tak ada perubahan. Esok start treament chemo balik. Lama dah tangguh kimo ni sebab dia demam. Kalau demam tak boleh kimo. Nanah dalam perut tu masih ada.

“Minggu lepas kami membuat bayara RM700 untuk hantar sampel darah ke Australia. Nanah dalam perut bermula dari bulan 11 tahun lepas dan punca tidak diketahui sama ada kuman atau pun sel kanser.

BANYAK DUDUK WAD DARI RUMAH. BALIK RUMAH HANYA TIGA EMPAT HARI DATANG SEMULA

Hanya Tangisan Dapat Meluahkan Kesakitan. Khalish Hidap Leukemia Terus Kuat Bertarung Dengan Sel Kanser

“Khalish banyak berada di wad hospital berbanding di rumah. Mula-mula masuk ward 3 bulan duduk hospital tak balik-balik. Pernah sekali selepas balik tak sampai 24 jam datang balik hospital kerana Khalish tiba-tiba demam,muntah. Paling lama duduk rumah ialah 3, 4 hari je. Apabila sakit, Khalish hanya mampu menangis. Saya hanya mampu memujuk diri supaya terus bersabar dan berdoa,” kata Nabila.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Khalish Affan boleh menyalurkan sumbangan anda kepada akaun Agro Bank 2006362000090140 milik Nurhanabilla Hazani atau akaun CIMB 7051760371 Mohamad Khairul Azhar Bin Khalir.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI