
Hari ini di media sosial, ramai ibu bapa mula bercakap tentang pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memaklumkan bahawa bermula tahun 2027, kanak-kanak berumur 5 tahun akan mula masuk tadika. Isu ini cepat jadi perbualan hangat kerana ia melibatkan rutin harian keluarga dan juga persediaan mental anak-anak yang masih kecil.
Tapi sebenarnya, bila kita tengok dari sudut perkembangan otak dan minda kanak-kanak, keputusan ini memang ada kaitan besar dengan satu fakta yang ramai ibu bapa perlu tahu iaitu
90% perkembangan minda kanak-kanak berlaku sebelum umur 5 tahun.
Dan sebab itulah, apa saja yang berlaku dalam kehidupan anak sepanjang tempoh ini akan memberi kesan besar kepada cara anak belajar, berfikir, bercakap, mengawal emosi dan membentuk keyakinan diri.
Kenapa Umur 0 Hingga 5 Tahun Sangat Penting?

Untuk ibu bapa, fasa ini bukan sekadar “anak membesar” secara fizikal sahaja, tetapi fasa inilah anak sedang membina asas mindanya.
Dalam usia ini, otak anak berkembang dengan sangat cepat. Anak mudah menyerap apa saja yang dilihat dan didengar. Kalau ibu bapa selalu bercakap, bermain, membacakan buku, atau memberi stimulasi yang betul, otak anak akan lebih aktif dan cepat menghubungkan sesuatu perkara.
Sebab itu, kita selalu dengar orang kata:
“Kalau nak bentuk anak, bentuk sebelum umur 5 tahun.”
Bila anak 5 tahun masuk tadika, ia jadi satu tempoh yang sangat sesuai kerana ketika itu anak sudah mula bersedia dari segi sosial, emosi dan kemahiran asas.
Namun begitu, ibu bapa perlu faham satu benda penting.
Masuk tadika bukan bermaksud barulah masa untuk ajar anak.
Sebaliknya, persediaan sebenar bermula dari rumah sejak awal.
Aktiviti Untuk Rangsang Perkembangan Minda Anak Sebelum Umur 5 Tahun

Sebenarnya, ibu bapa tidak perlukan benda mahal pun. Apa yang diperlukan adalah masa, perhatian dan konsisten.
1. Luangkan Masa dan Banyakkan Interaksi
Salah satu rangsangan terbaik untuk minda anak adalah apabila ibu bapa benar-benar hadir bersama mereka. Bukan sekadar duduk sebelah sambil pegang telefon, tetapi beri fokus kepada anak.
Bila anak bercakap, dengar. Bila anak bercerita, respon. Bila anak tanya, jawab dengan sabar.
2. Membaca Buku Bersama

Membaca bukan sekadar ajar anak mengenal huruf. Ia melatih otak anak untuk fokus, memahami jalan cerita dan menambah perkataan baru.
Baca sebelum tidur walaupun hanya 10 minit sudah cukup untuk jadi rutin yang sangat kuat.
3. Bermain Permainan Imaginasi atau Olok-olok
Permainan imaginasi seperti main masak-masak, main doktor-doktor atau main sekolah sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan otak.
Walaupun nampak macam “main saja”, permainan ini membantu otak anak berkembang secara semula jadi.
4. Permainan Berbentuk Menguji Minda
Antara permainan yang bagus ialah puzzle, blok binaan, matching cards serta permainan warna dan bentuk.
5. Aktiviti Fizikal Bersama Anak
Aktiviti fizikal membantu hubungan antara perkembangan fizikal dan perkembangan minda anak.
6. Galakkan Anak Bermain di Luar Rumah
Main luar rumah membantu anak membina keberanian, kawalan diri dan kemahiran penerokaan.
7. Galakkan Anak Berkawan
Sebelum anak 5 tahun masuk tadika, kemahiran sosial sangat penting untuk dibina.
8. Tonton Rancangan Pendidikan
Pilih rancangan yang bersifat pendidikan dan kawal masa skrin anak.
9. Sertai Kelas Mengikut Umur Seperti Playschool
Kelas seperti playschool bantu anak membiasakan diri dengan rutin dan struktur pembelajaran.

Kenapa Pengumuman 2027 Ini Buat Ramai Ibu Bapa Berfikir?
Ramai ibu bapa sedar bahawa sebelum anak 5 tahun masuk tadika, anak sepatutnya sudah ada asas tertentu.
Antaranya termasuk kebolehan ikut arahan, berkomunikasi asas, mengurus emosi dan berdikari.
Umur 5 Tahun Masa Paling Kritikal Untuk Asas Pembelajaran
Pengumuman kanak-kanak 5 tahun masuk tadika bermula 2027 sebenarnya selari dengan fakta saintifik perkembangan otak.
Sebelum usia inilah asas pembelajaran, emosi dan keyakinan diri dibentuk.
Untuk ibu bapa, ini bukan masa untuk tunggu. Ini masa terbaik untuk bertindak.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





