Apa nak mula untuk makanan pertama bayi? Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu-ibu yang mempunyai anak yang akan menginjak usia 6 bulan. Ada yang kata mulakan dengan puri buah, ada juga yang kongsikan mulakan dengan rasa tawar seperti bubur kosong.
Bagaimapun, menurut pakar pemakanan sebaiknya ibu bapa boleh praktikkan peraturan 4 Days Wait Rule ketika proses memperkenalkan makanan pada bayi.
Ini dapat membantu ibu mengetahui anak alergi pada sesuatu jenis makanan itu atau pun tak. Bukan itu saja, dalam tempoh ini juga kita dapat mengenal pasti makanan ini juga boleh menyebabkan masalah pencernaan anak terganggu atau tidak seperti kembung perut atau sembelit.
Buat pengetahuan ibu, 4 days wait rule ni sebenarnya hanya satu jenis makanan saja akan diberikan dalam tempoh empat hari. Selepas tempoh itu, barulah anak akan diberi pula jenis makanan lain.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Nur Hazwani Izham ini sangat menarik. Dia berkongsi mengenai cara memperkenalkan menu makanan untuk anak masuk 6 bulan.
Ads
Alhamdulillah ramai ye anak baru masuk 6 bulan. Sama la anak saya pun dah 6 bulan lebih. Ramai juga yang bertanya menu apa nak start untuk baby 6 bulan. Saya share dengan ibu-ibu menu untuk sebulan ni.
Saya buat 4 day rule (gambar). Bubur kosong + minyak +EBM untuk hari 1-4. Seterusnya campurkan apa-apa jenis sayur dan seterusnya apa-apa jenis buah. In between boleh bagi snacking buah/steamed vege.
Ads
Oh 6 bulan pun dah boleh intro protein ikan, ayam dan daging, boleh masak sekali dengan bubur dan blend sekali. Titiskan minyak masak/zaitun dalam bubur ye untuk asid lemak dan kadar penyerapan vitamin yang baik.
Umur 6 bulan juga dah boleh minum air masak, macam saya isi air dalam straw cup. So anak saya slowly belajar hisap walaupun sampai sekarang tak cekap lagi.
Ads
Oh jangan salah faham, 4 day rule ni tak wajib, terpulang pada keselesaan ibu-ibu. Cuma ia sekadar nak monitor tahap penerimaan anak dengan makanan secara berperingkat. Asalkan bebas gula, garam dan bahan pengawet. Menu cadangan dari klinik kesihatan pun menarik juga.
Lagi satu perkara penting saya nak share juga tentang tekstur bubur untuk 6 bulan. Bubur perlu blend halus seperti mash potato KFC tu, tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Ni penting untuk anak sebab baru nak kenal erti makanan selain susu kan. Nanti dah masuk 7 bulan dah seronok dengan makanan, ibu dah boleh lenyek nasi tapi masih lembik.
Melahirkan bayi sememangnya satu proses atau prosedur yang akan mendatangkan kesakitan kepada para ibu. Namun begitu, terdapat beberapa teknik yang mampu mengawalnya antaranya adalah hypnobirthing. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Apakah itu hypnobirthing?
Dicipta oleh seorang pakar hipnoterapi dari Harvard University Ford Foundation iaitu Marie “Mickey” Mongan, hypnobirthing adalah sejenis teknik meditasi yang dilakukan oleh ibu hamil untuk tujuan melahirkan bayi dengan lebih mudah. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan metode hipnosis bagi membantu ibu hamil berasa lebih relaks secara mental, fizikal dan rohani.
Selain itu, teknik ini juga dilakukan untuk membantu mereka melawan perasaan takut dan mengurangkan rasa sakit serta rasa letih ketika melahirkan bayi. Berbanding menggunakan perkataan seperti sakit atau letih, teknik ini akan menggantikannya dengan perkataan tekanan. Kontraksi pula akan digantikan dengan perkataan seperti pusuan atau gelombang.
Dalam erti kata yang lain, teknik ini adalah berfokuskan dan berpandukan kepada pengawalan otak yang boleh mengatasi kesemuanya berkaitan dengan tubuh badan. Menurut kajian, teknik ini telah terbukti berkesan terhadap ribuan wanita yang sudah melakukannya.
Siapakah yang boleh melakukan hypnobirthing?
Tentu sekali, individu yang boleh melakukannya adalah ibu hamil yang sedang menunggu untuk melahirkan bayi kelak. Persoalannya, adakah ia boleh dilakukan oleh golongan ibu hamil yang perlu/ingin bersalin secara alternatif?
Ya, teknik ini juga boleh dilakukan jika ibu hamil berhadapan dengan situasi seperti berikut:
Bagaimanakah hypnobirthing dilakukan?
Teknik ini akan melibatkan penggunaan muzik, visual, perkataan dan pemikiran yang positif untuk tujuan merelakskan badan, mengawal pernafasan serta sensasi ketika melahirkan bayi. Ia boleh dilakukan secara sendiri atau mendapatkan bantuan daripada pakar hipnoterapi. Namun begitu, mereka ini mungkin tidak akan berada di sisi ketika proses bersalin hampir dekat, oleh itu, anda disarankan untuk mempelajarinya sendiri.
Semalam sibuk packing barang baby n mommy. Hari ni saje nk share kt uolls apa yg perlu bawak ke hospital. Mommy terlebih rajin ni. Padahal boleh jer google2. Semua benda ada sana yedak. sapa nk baca, baca la ye. Untuk 1st time nak jadi ibu, boleh la tengok2
Kalau boleh 1 almari nak angkut jenis aku bior bawak lebih, jgn kurang. mne yg aku listed kat bawah ni, kalau korg rasa xperlu bawak, xpyh bawak ok. kalau ada yg kurang, tolong bgtau.
Untuk mommy yang sibuk bekerja atau sibuk dengan urusan harian, beli je online. Nak lagi jimat, DPAMtengah promo free shipping 25-31 Julai ni. Klik siniuntuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM dan jangan lupa gunakan kod promo DPAMFS!
Aku siap packing mcm ni so senang xpayah nak meraba2 dlm beg cari baju la, suar la. beg plastik ni beli kt ikea. nti boleh refill balik baju2 yg dah kotor.
Setiap beg plastik ada:
– rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang n seluar 2 helai ( setiap beg plastik tu aku letak sepasang2 la, kan ada 4beg tu hehe) – mitten&booties – hat – bedung – pampers – barut
Bertanda extra tu aku letak: (in case xcukup, boleh grab je dlm plastik extra ni)
– baju lengan pendek 2 helai – extra pampers – extra mitten&booties – extra bedung – extra barut
Plastik sebelah tu plak:
– towel – selimut – sapu tangan
Yang bawah tu:
dalam kotak – baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yu yee, cotton bud) – baby wipes – botol susu ( incase nk pakai nti, aku spare siap)
Checklist barang mommy:
– baju 2helai – kain batik – skirt – towel – shawl/ tudung sarung – stocking – breast pad – maternity pad – toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki) – mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit) – minyak tyt – breast pump (in case nk guna, spare jer)
Yang xde dlm gmbar perlu bawak (sbb xbeli lgi): – nursing bra – disposable panties – nipple cream
– kad pengenalan
– buku pink
– yasin
– charger, powerbank
– handphone
– bahan bacaan ( aku rasa xsempat nak baca pun , saje la aku nak bawak. best buku nana ni semua bende dia cita dri cara nak push mcm mne, breastfeeding, dlm pantang. dh lama aku beli buku ni sebelum kawin lgi. xtau la ada lgi ke x. kalau nk pinjam boleh jer hehe)
Yang ni pulak bakul baju baby n semua2 la sbb aku berpantang kt rumah mak mertua. bawak 1 bakul ni jer. semua boleh sumbat sbb besar. berzip mcm ni xde habuk masuk. ats tepi boleh bukak. beli kt kaison Rm25 rasenya.
Kalau nak tahu bagaimana cara mudah bersalin dan persediaan ke hospital, saksikan rancangan Pa&Ma, Musim ke4 (Jurnal Kehamilan) Episod 12 di Astro Prima & Prima HD selasa ini Jam 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanda-tanda rahim tidak sihat perlu diambil perhatian kalau anda tidak mahu ia ‘jatuh’. Anda perlu sentiasa peka dengan perubahan diri.
Wanita terutamanya yang telah melahirkan anak, jangan sesekali pandang remeh dengan petunjuk rahim tidak sihat ini. Sikap tidak prihatin anda itu, mungkin boleh menjadi punca anda mengalami masalah rahim yang serius seperti rahim jatuh.
1. Sakit tumit
Bahagian tumit sering rasa sakit, berdenyut-denyut dan mencucuk-cucuk adalah salah satu petunjuknya. Lebih-lebih lagi jika rasa itu kerap dialami setelah anda banyak berjalan, berdiri lama atau selepas mengangkat benda berat.
2. Sakit telapak kaki
Anda juga mungkin berasa sengal dan bisa urat pada tapak kaki. Antara lain, ada juga tanda-tanda lain seperti anda berasa kejang dan mencucuk di sekitar telapak kaki.
3. Sakit ari-ari
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal paha pun rasa sakit. Anda mungkin rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha dan ia merebak sehingga ke lutut.
4. Kerap terbuang angin faraj
Sering mengalami kentut di bahagian faraj. Ini bermakna rahim anda sedang bermasalah dan faraj dalam keadaan kembang.
5. Faraj sentiasa basah
Faraj sentiasa berair dan berbau. Mungkin juga berlaku keputihan luar biasa. Dipercayai ia adalah salah satu tanda peranakan kembang.
6. Kerap kencing
Apabila anda mudah terkencing selepas bersin, batuk atau ketawa, maka ia adalah tanda-tanda awalnya. Selain itu juga, anda juga mudah dijangkiti penyakit kencing kotor dan rasa ngilu di bahagian saluran kencing ketika membuang air kecil.
7. Sakit semasa hubungan kelamin
Mengalami kesukaran sewaktu mengadakan hubungan asmara dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari. Hal ini perlu perhatian segera memandangkan ia boleh merosakkan hubungan suami isteri.
8. Sakit pinggang
Sering kali sakit di sekeliling pinggang hingga ke punggung dan atas urat belikat merupakan salah satu tanda. Sakit pinggang ini biasanya dialami seperti lenguh dan rasa senggugut tetapi ia berlaku di luar waktu kitaran haid.
Wanita wajib mengambil tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapinya. Menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim pada usia muda.
Penyakit ketumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40-an. Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Penyakit berkaitan dengan rahim juga ada kaitan dengan pemakanan. Maka sebab itulah kaum wanita perlu menjaga pemakanan sejak dari kecil lagi. Makanan yang kita makan antara penyumbang pelbagai jenis penyakit.
Berikut antara penyakit-penyakit berkaitan dengan rahim.
Adenomyosis
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.
Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Fibroids
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
Fibroid, bulat tumbuhannya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain.
Fakta Penting
Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakp erempuan ada risiko. Berwaspada!
Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk mengesan masalah peranakan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Jadi sangat penting mengambil pemakanan yang berzat dan berkhasiat. Didik anak-anak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kesan buruk ialah kegemukan anak dan kelemahan imuniti anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
Mari kita amalkan tabiat makan yang terbaik, mulakan dari anak-anak kecil lagi.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.