Belum habis lagi dengan kejadian anak achey iaitu Tiara rambut tersekat di tiang gol. Kali ini pula ikut ayahnya pergi solat jumaat, paling penting awning tudung on point!
Aduhai Tiara, memang ada DNA pelawak la. Muka “innocent” selamba yang tak tahan tu. Ada sesetengah netizen menyatakan Tiara ni memang kelakar pewaris ayah.
Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen:
Ads
Tapi betul kan memang ada anak yang nak ikut ayah solat jumaat berkepit je dengan ayah. Tiara ni memang ‘daddy girl’ sangat.
Ads
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sekadar info, Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Empat jam setelah menerima rawatan di hospital selepas dipatuk ular, akhirnya kanak-kanak lelaki berusia setahun lima bulan pergi menghadap ilahi di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.
Menerusi laporan Astro Awani, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam (23 Julai), mangsa Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz dipatuk ular di kediamannya di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, Rembau.
Bermain bersama abang dalam bilik tidur
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, insiden malang itu berlaku ketika mangsa sedang bermain bersama abangnya di bilik tidur utama rumah berkenaan.
Ketika kejadian, mangsa sedang bermain dengan abangnya berusia tiga tahun sebelum ibunya yang turut berada di dalam bilik berkenaan terdengar jeritan anak bongsunya itu.
Ibu nampak seekor ular, ada kesan patukan di tapak tangan
Ibu mangsa kemudian melihat terdapat seekor ular masuk ke lubang dalam bilik tersebut dan mendapati ada kesan patukan di tapak tangan sebelah kiri mangsa.
Mengulas lanjut beliau berkata, wanita berkenaan terus membawa anaknya ke Hospital Rembau sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi Sabtu. Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu pada zaman kini yang mengambil peluang untuk bekerja demi membantu keluarga. Perkara ini semestinya bukan perkara yang asing lagi. Demi mencari rezeki, ramai yang terpaksa berkorban kasih sayang dan masa bersama anak dan keluarga.
Seperti perkongsian dari pengguna Facebook Ratu Exzora ini, pada mulanya dia sangat sibuk bekerja. Atas tuntutan kerja dia terpaksa keluar awal ke tempat kerja dan pulang lewat ke rumah setiap hari sehinggalah satu saat, anaknya mula tidak mengenali si ibu.
Tamparan hebat ini membuatkan dia nekad untuk mencari pekerjaan yang lebih sesuai dan mempunyai lebih masa bersama anak dan akhirnya dia berhenti kerja dan memulakan perniagaan membuat roti. Pengorbanan yang besar perlu dilakukan demi si kecil yang sedang membesar.
Sungguh dia lah KEKUATAN umie.
Dari dia lepas pantang, umie kerja money changer..Pergi kerja dia tido. Balik kerja pun dia dah tido.. Sampai dia tak kenal siapa umie dia.. Kenapa kejap ada.. Kejap hilang. Suami pula pemandu lori, memang jarang sangat berada di rumah.
Sampai umur dia 2 tahun, dia memang tak kesah umie ada kat rumah ke tak.. Sebab dia jarang bermanja dengan umie. Selalu dgn maktok.
Satu tahap yang buat umie sedih sangat masa tu..Dia Tak nak umie peluk.. Dia tak suka..Dia marah. Dia tengok umie macam stranger 😭 Dia peluk maktok dia je.. Masa tu SUMPAH SAKIT betul rasa.. terasa sungguh dengan perbuatan dia.. 😭
Umie nekad tukar kerja.. Apply semua tempat yang office hour..Alhamdulillah Allah maha penyanyang.. Allah beri rezeki kerja dekat company yang best.. Dapat rakan sekerja yang baik-baik.. Bos-bos yang baik-baik.
Umie syukur sangat-sangat… Paling bersyukur bila ada masa dengan Nailah anak umie.
Pukul 6.30 petang dah ada dkt rumah. Sabtu dan Ahad, Public Holiday sentiasa ada bersama dengan dia. Masa tu baru umie rasa kasih sayang seorang anak.
Dan sekarang..
Umie dah berenti kerja. Dia tahu, dia orang kedua paling seronok bila nampak muka umie kat rumah hari-hari. Tak pernah dia tanya “Umie x pergi kerja?” mungkin dia tak nak umie keluar macam dulu.
Sekarang umie home baker. Bekerja dari rumah, umie yang bake, umie yang hantar. Kalau Nailah tak sekolah, Memang umie hangkut sekali dia. Sebab nak dia nampak susahnya nak cari rezeki halal. Nak dia nampak, duit bukan turun dari langit. Nak dia nampak, dengan usaha ada ganjarannya.
Salah 1 sebab buat umie betul-betul nekad berenti juga disebabkan ibu umie pesakit kronik(buah pinggang).
Start covid19 memang umie kerja dirumah (wfh). Tapi bezanya emosi umie tak dapat nak di kawal. Umie bekerja dengan Insurance Company. Umie kena handle email cust.. Buat certificate untuk cust luar dan dalam ngara.
Masa tu pulak ibu umie masuk wad. 2 minggu. Umie memang tak dapat nak focus dekat kerja dan anak. Semua terbengkalai.. Semua jadi tak terurus.. Sebab tu umie amik kptusan berenti kerja. Sedih memang sedih.. Sebab bulan-bulan memang dah ada gaji tetap.. Tapi semua tu saya boleh cari dengan cara lain. Ibu dengan anak saya tak ada yang boleh ganti walau berjuta ringgit orang bagi pun.
Dan Alhmdulillah sekarang umie dah berhnti kerja.. umie makin seronok dengan famly. Umie jadi home baker dalam masa yang sama, masa utk anak dan ibu sentiasa ada ☺️ benda ni tak ternilai sangat dengan yang lain. Rezeki buat roti (Semort Sugar)alhamdulillah tak pernah putus 😊
Kadang-kadang dia tertido di apit roti-roti yang nak di hantar. Kiri Kanan bawah ada roti, tapi dia tak merenggek pun. Tahu-tahu toleh je dia dah tertido. Panas ke sejuk ke keadaan dia tetap dengan umie. Paling umie terharu, umie sesaje break kereta nak tengok macam mana dia.
*Nailah terus pegang roti-roti umie dalam bakul tak nak bagi jatuh.. Dia jaga.. Dia tahu umie dia buat penat2..dia tahu roti tu umie nak jual.. Semua dia tahu.. Walupun usia dia baru 5 tahun.. Alhamdulillah Allah hadirkan seorang anak yang sangat bijak AKAL fikirannya.
Andai 1 hari nanti Nailah dah besar.. Dapat baca status umie ni. Umie nak bagitahu.. Umie bangga dengan anak umie..Moga Allah sentiasa lindungi anak solehah umie 😊… Aminnn.
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bayi perempuannya yang berusia 19 bulan, hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat sini, malam tadi.
Dua warga asing terbabit bagaimanapun sudah pun ditangkap polis selepas didakwa cuba melakukan jenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, wanita berkenaan memaklumkan dia sedang menaiki tangga bergerak di pasar raya itu bersama anaknya serta adik perempuan.
Menurutnya, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing berkenaan.
“Wanita berkenaan yang sedang memimpin tangan bayinya tiba-tiba didatangi dua lelaki warga negara asing dari arah belakang yang mana salah seorang lelaki itu bertindak mengangkat anaknya.
“Wanita berkenaan terus menjerit dan menarik semula anaknya manakala dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu.
“Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.