“Ooo..Patutlah dua pusar!” Selalunya orang selalu kaitkan anak yang ada dua pusar di kepala ni nakal, keras kepala dan tak dengar cakap.

Tak pasti dari mana ia bermula tetapi ini yang sering orang tua-tua dulu percaya sehingga kepercayaan tersebut kekal sehingga hari ini. Namun menerusi perkongsian di bawah ini, ibu ayah boleh faham dan tidak percaya pada mitos semata-mata.

Anak ada 2 pusar?? Nakal anak kau ni. Keras kapala.

Mitossss… yang sebetulnya adalah:

1. Pusar rambut tumbuh mengikut pattern arah jam atau lawan arah jam membulat dengan titik pusat kelihatan ditengah-tengahnya.

Anak Ada 2 Pusar, Nakal & Keras Kepala Tu Mitos. Penting Anak Kita Sihat!

IKLAN

2. Pusar ni terjadi kepada manusia atau haiwan yang berbulu, di atas badan dan di kepala sejak kita dalam kandungan ibu lagi.

3. Anak mempunyai pusar rambut satu, dua atau lebih mengikut genetik. Dan TIADA ada kaitan langsung menentukan tabiat atau perangai anak nakal, keras kepala, baik, bijak dan lain-lain.

4. Bilangan pusar di kepala lebih sukar kelihatan pada wanita yang rambut panjang atau kerinting.

Oleh tu doktor nasihatkan:
1. Jika anak memiliki 2 pusar di kepala, JANGAN lah anda risau, mereka tak akan jadi degil dan tak dengar cakap anda kelak. Hihihi.

2. Jika suami memiliki 2, 3, atau 4 pusar di kepala, jangan lah puan risau, mereka tak akan BERMADU 2,3 atau 4. Hihihi. Tu mungkin jodoh, hidung belang, miang keladi, buaya darat atau rezeki atau jodoh dia. Hihihi. Tau tak anda orang yang ada satu je pusar pun. Tapi bini 2,3 atau 4. Macam mana?

IKLAN

Anak Ada 2 Pusar, Nakal & Keras Kepala Tu Mitos. Penting Anak Kita Sihat!

3. Jika isteri ada 2 pusar di kepala. Hihihi mungkin jodoh tak panjang. Cerai talak atau cerai mati. Hihihi kalau camni, suaminya umur pendek le. Hihihi. Lagi karut marut ni. Tak masuk akal langsung.

4. Jika TIADA pusar. BOTAK le tu. Hihihi
Semuanya. Mitos belaka. Gurauan orang dulu-dulu dengan bilangan pusar di kepala, terbawa-bawa ke zaman kita. Yang penting didik anak jadi baik, bijak dan terbaik jadi anak beriman dan berjaya. Aamiin… 🤲🤲🤲

Sumber: Viral Muafakat Johor & MOMO HOUSE

IKLAN

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Anak Ada 2 Pusar, Nakal & Keras Kepala Tu Mitos. Penting Anak Kita Sihat!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI