Kanak-kanak diketahui sebagai kelompok umur yang begitu aktif terutamanya jika mereka telah mula pandai berjalan dan mula meneroka apa yang terdapat di sekelilingnya.
Keaktifan kanak-kanak kecil ini memberikan sedikit kesukaran kepada ibu atau bapa untuk menidurkan mereka sebentar atau napping. Untuk pengetahuan ibu bapa, napping bayi anda sebenarnya tidaklah begitu sukar.
Ia akan menjadi mudah jika digabungkan antara rutin harian kanak-kanak yang tepat bersama-sama dengan kekerapan komunikasi. Jadi, apakah caranya untuk memudahkan anak anda nap atau tidur sebentar? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Pastikan rutin harian yang konsisten setiap hari
Rutin harian memainkan peranan yang penting untuk perkembangan kanak-kanak. Ini kerana ia akan memberikan rasa selamat dan emosi yang stabil kepada mereka. Sekiranya anda boleh menidurkan anak anda pada waktu yang sama setiap hari, waktu tidur mereka akan menjadi lebih mudah memandangkan jam tubuh (body clock) mereka akan membuatkan mereka terlelap pada waktu yang boleh dijangkakan.
Cara yang disarankan adalah, tidurkan dan bangunkan mereka semula pada waktu yang tetap setiap hari. Bagi kanak-kanak yang nap dua kali sehari, mereka memerlukan 3 hingga 4 jam waktu tidur.
Manakala bagi mereka yang nap sekali dalam sehari, tidurkan mereka sekitar 4 hingga 6 jam.
Ads
Habiskan tenaga anak anda sebelum mereka tidur
Memandangkan kanak-kanak sentiasa memiliki tenaga yang banyak, galakkan mereka untuk menggunakan tenaga yang ada sebelum mereka mula tidur. Ini akan membantu mereka untuk tidur dengan lebih relaks dan nyenyak pada waktu nap mereka.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Bawa mereka pergi bermain di taman permainan, kelas-kelas untuk kanak-kanak atau boleh sahaja bermain di laman rumah pada waktu pagi. Percayalah, setelah mereka berasa letih, mereka akan lebih mudah tidur dan anda tidak perlu pening kepala untuk menidurkan anak anda.
Gunakan tempat atau ruangan tidur yang sama
Sekiranya anak anda tidur di biliknya sendiri pada malam hari, gunakan bilik yang sama untuk mereka tidur pada waktu siang. Ini membantu konsistensi mereka untuk tidur dengan lebih selesa. Elakkan daripada menidurkan mereka di hadapan televisyen atau di atas sofa kerana ia akan menyebabkan anak anda mendapat kualiti tidur yang buruk.
Ads
Amalkan rutin pre-nap
Pre-nap bertindak sebagai satu transisi atau pertukaran antara waktu aktif dan waktu nap anak anda. Rutin yang menenangkan ini akan memudahkan anda menidurkan anak anda tanpa perlu usaha yang lebih.
Anda hanya perlu mulakan dengan mengingatkan anak anda bahawa waktu tidur telah tiba. Kemudian, bawa mereka ke bilik tidur dan kurangkan pencahayaan bilik seperti menutup lampu dan menggunakan langsir tingkap.
Peluk anak anda dan baca buku cerita pada mereka. Anda boleh juga menyanyikan sesuatu dengan suara yang perlahan.
Ads
Semua ini akan memberikan ketenangan kepada anak anda dan mereka akan terlelap dengan lebih mudah.Sekarang anda tahu, menidurkan anak anda bukanlah satu perkara yang sukar melalui penggunaan kaedah dan teknik yang betul.
Kaedah ini bukan sahaja berkesan terhadap anak anda, tetapi mungkin juga boleh melelapkan anda bersama-sama anak anda. Alamatnya, tidak siaplah makanan tengahari di rumah sekiranya anda turut menyertai nap anak anda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayam yang sudah disimpan lama di dalam peti ais biasanya akan sedikit kusam malah isinya sudah kelihatan tidak segar seperti baru dibeli.
Bagaimana menampakkan isi ayam kembali segar kemerah-merahan seperti baru dibeli. Ada cara mudah, dengan hanya menambahkan satu bahan ini ke dalam perapan. Jom cuba perkongsian Pn Rohaida Ieda ini.
Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar.
1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
2) Biarkan selama 5 minit.
3) Cuci ayam seperti biasa hingga bersih.
4) Isi ayam akan kembali kemerah-merahan dan nampak segar.
Percutian antarabangsa bersama anak-anak memang pendidikan luar sekolah yang unik dan indah. Tentu sekali “bonding time” ini tidak akan dilupakan oleh anak-anak dan ibu bapa. Ibu kepada dua anak iaitu Puan Azlia Ajid mula membawa anak-anaknya bercuti keluar negara seawal umur 4 bulan lagi.
Percutian pertama bersama anak sulungnya, Harith Safwan yang ketika itu berusia 4 bulan pada tahun 2014 di Bangkok merupakan momen yang menyeronokkan dan rentetan itu dia kerap membawa anak-anaknya bercuti ke luar negara.
Osaka, Jepun 2015
Empat buah negara telah dijelajahi bersama anak-anaknya Harith 6 tahun, Hasya Safiya 3 tahun iaitu Bangkok Thailand (2014), Osaka Jepun (2015), Chiang Mai Thailand (2016), Mekah & Madinah (2018), Khao Yai & Bangkok (2019), Perth Australia (2019) dan dalam persiapan untuk ke Seoul Korea pada April tahun hadapan, 2020.
Pengalaman menjelajah empat buah negara bersama si kecil memberikannya banyak pengalaman terutama sekali dalam menguruskan si kecil ketika dalam penerbangan yang panjang.
Bawa Stroller Yang Ringan
Stroller yang ringan sangat membantu sepanjang perjalanan. Bayi kecil boleh diletak dalam stroller dan ibu bapa hanya fokus pada anak-anak yang lebih besar. Barang yang dibawa juga boleh digantung pada stroller.
Bonus: Ibu bapa dengan anak kecil selalunya diberi kelebihan fast track lane untuk check in di imigresen sesetengah lapangan terbang seperti di Bangkok. Stroller adalah penanda yang paling jelas kelihatan untuk petugas memberikan laluan kepada ibu bapa.
Beratur Paling Hadapan Atau Terakhir
Beratur paling hadapan atau yang terakhir ketika di pintu perlepasan untuk mengelakkan anak-anak rasa tidak selesa ketika beratur panjang dan dalam keadaan sesak. Ada syarikat penerbangan yang memberi kemudahan untuk memasuki pesawat paling awal selepas penerbangan kelas bisnes seperti Malaysia Airlines dan Thai Airways.
Penggunaan Bassinet
Sebaiknya pastikan keadaan yang selesa di dalam pesawat dengan memilih seat dengan betul. Jika anak berusia 2 tahun ke bawah, tempah penggunaan Bassinet di dalam pesawat terutama sekali untuk penerbangan malam atau panjang. Ia membolehkan anak-anak berehat dengan selesa.
Buat pemilihan tempat duduk atau seat untuk memastikan ahli keluarga duduk bersama. Kedudukan pada baris paling hadapan menyediakan ruang yang luas untuk anak-anak kecik berdiri sekiranya letih duduk.
Bekalan Makanan Dalam Hand Carry Bag
Bekalan makanan seperti biskut, roti yang secukupnya di dalam bagasi “hand carry” untuk sepanjang di lapangan terbang sebelum berlepas, ketika di dalam pesawat dan sehingga sampai ke penginapan. Anak-anak akan selalunya tenang bila dapat makan!
Tempahan makanan juga adalahh sebaiknya ditempah juga untuk anak-anak. Selalunya pilihan untuk kids meal adalah sangat menarik dan sedap. Anak-anak akan teruja bila dapat set makanan sendiri!
Musim bunga Perth 2019
Hand Carry Bag
Bawa Hand Carry Bag yang lengkap untuk sepanjang perjalanan;
– 2 baju persalinan untuk setiap anak
– Bekalan susu
– Baby wipes 80 keping 1 bungkus
– Disposable fragrance plastic dispenser 1 set untuk buang sampah dan lampin pakai buang
– 4-5 keping lampin pakai buang
– 1-2 mainan setiap anak
Sentiasa Menyusu/Beri Susu Ketika Berlepas & Mendarat
Perubahan tekanan udara didalam pesawat boleh menyebabkan bayi kecil tidak selesa dan menangis dengan kuat. Sebaiknya anak-anak diberi minum susu atau air secara berterusan ketika berlepas dan mendarat. Tip ini pasti berkesan!
Pakaikan Baju Sejuk
Penghawa dingin didalam pesawat boleh dikategorikan sebagai sangat sejuk. Membawa jaket atau baju tebal akan membantu anak-anak kecil berada dalam keadaan selesa.
Kemudahan pesawat seperti hiburan di dalam pesawat dengan variasi rancangan kartun dan permainan adalah antara alat terbaik untuk menghiburkan anak-anak sepanjang perjalanan terutama sekali perjalanan yang jauh dan memakan masa.
Bila ada seorang anak, bab pengurusan masa mungkin tiada masalah lagi. Namun bila lahir anak kedua dan seterusnya, pasangan suami isteri kena berkorban dan saling bekerjasama dalam hal ini.
Tambahan lagi, bila baby semakin besar dan tambah berakal. Mulalah nak makan, berjalan dan bermain. Apa kata suami hadiahkan isteri Primada Smart Cooking Blender ini senang nak buatkan makanan baby dan boleh mudahkan setiap urusan isteri didapur.
Menerusi instagram, doktor selebriti dan pengacara, Dr Say Shazril, beliau akui tidak mudah untuk menjaga dua orang anak kecil jika pengurusan masa tak dilakukan dengan baik.
Dr Say memberitahu disebabkan jadual kerja yang padat, ada ketikanya dia berasa ‘koyak’ sewaktu perlu uruskan anak sulung, Ace dan bayi baru lahir Sef bagi meringankan beban isterinya, Dr Azura.
“Doc ada moment yang doc koyak tak?”. Tipu kalau saya cakap saya tak koyak. Macam saya cerita saya teman isteri berpantang kat rumah until today dan kerja saya sekarang mostly kena buat video kat rumah.
“Saya buat target, tiada kerja lepas Ace habis sekolah. Jadi masa siang saya perlu digunakan sehabis baik. Kadang-kadang bila nak buat video, baby nangis dan isteri tengah mandi takkan saya nak buat dungu dan biar baby nangis je.
“Time constraint ni kadang-kadang semestinya buat saya koyak tapi hiring a manager lepas kelahiran Sef ni kao kao membantu,” kongsinya.
Demi anak, sanggup lepaskan masa bersantai
Tambah Dr Say lagi, satu lagi yang dia perasan what made it easier is apabila saya korbankan main Mobile Legends saya. Bunyi macam “apa daa tua-tua main game” tapi saya cukup cinta ML sekuat lelaki lain menyintai EPL/ La Liga/ Serie A/ F1 Grand Prix mereka.
“Awal-awal bila tak dapat main, saya cukup resah namun bila saya slowly let it go, ternyata banyak masa saya dapat spend dekat anak-anak dan kerjaya saya.
“Kesimpulannya, tak mudah menjaga anak namun bila kita korbankan sesuatu demi anak tercinta biarlah sedungu-dungu kurangkan atau berhenti main mobile game, pasti Allah permudahkan jalan kita dan perbanyakkan rezeki kita,” ujarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.