Tidak dinafikan, ada kalanya si kecil sering membuat perangai, sampai pening parents nak menghadapnya. Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum?


Menangani anak tantrum

Anak tantrum, buat perangai, merengek, meragam, tidak mendengar kata, bahkan mengamuk boleh dikatakan perkara biasa untuk terjadi. Namun dalam keadaan anda sebagai ibu bapa yang mungkin letih dan penat bekerja, apa yang dilakukan anak itu boleh menyebabkan hilangnya rasa sabar.

8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai, Mama Papa Jangan Tersilap Langkah!

Tetapi mengapa anak berkelakuan sebegitu? Apakah sebabnya?

Untuk menjawab persoalan itu memerlukan anda untuk menyiasat, mencari punca yang mencetuskan perangai si kecil yang menjengkelkan itu.

Apakah ia disebabkan oleh sikap dan kesilapan anda sendiri?

Cara mengatasi anak tantrum

Jangan terkejut ya jika sikap anak yang suka memberontak itu hakikatnya berpunca daripada diri anda sendiri sebagai parents mereka.

Berikut antara beberapa kesalahan ibu bapa dan cara mengatasi anak tantrum:

IKLAN

1. Ibu bapa jauh

Ibu bapa dalam kategori ini kewujudannya ada secara fizikal tetapi lebih sibuk menghadap telefon, tugasan kerja atau hobi. Mereka hanya memenuhi keperluan fizikal anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal serta tidak mengendahkan keinginan emosi anak untuk berasa dikasihi dan dilindungi. Anak-anak kerap berasa tidak selamat, kurang keyakinan diri dan cenderung bersikap agresif.

Cara mengatasi anak tantrum: Berikan mereka kasih sayang secara fizikal dan emosi.

2. Terlalu mengawal

Anda mungkin berasa sikap terlalu mengawal ini adalah untuk melindungi anak. Tetapi anak yang dibesarkan dengan cara ini dipercayai lebih kerap memberontak terhadap ibu bapa mereka, selain sering mengalami kegelisahan dan ketakutan untuk membuat kesilapan.

Untuk menangani anak tantrum ini adalah dengan elakkan daripada terlalu mengawal pergerakan anak. Biarkan anak bebas beraktiviti tetapi masih tetapkan had untuk mereka ikuti.

IKLAN

3. Kurangkan menjerit sebagai cara mengatasi anak tantrum

Kesalahan paling biasa dilakukan ibu bapa adalah menengking anak. Sebagai ibu bapa, kita mungkin berasa jeritan sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan anak.

Tetapi hakikatnya kanak-kanak yang sering ditengking sering berasa tidak selamat serta lebih agresif secara fizikal dan lisan.

4. Ganjaran

Setiap ibu bapa pasti mempunyai pengalaman anak mengamuk ketika berada di mall. Antara cara menangani anak tantrum yang sering digunakan adalah ‘merasuah’ mereka dengan sesuatu agar rengekan atau amukan berhenti, betul tak?

IKLAN

Tetapi ia cumalah penyelesaian sementara sahaja. Apa kata anda fokus untuk lebih mendengar anak secara aktif dan memahami keperluan mereka.

Hadkan pemberian ganjaran sebagai balasan untuk kelakuan baik mereka. Berikan lebih pujian untuk tingkah laku positif dan baik.

5. Tiada batasan

Mungkin kedengaran idea yang baik untuk membiarkan anak bebas meneroka tanpa batasan. Tetapi kesannya boleh mengakibatkan mereka ralat dalam memikul tanggungjawab, sukar mengawal dan mendisiplinkan diri.

Cara mengatasi anak tantrum: Wujudkan batasan tetapi bukan mengawal. Ia mengajar anak untuk menguruskan kehidupan berdasarkan peraturan di sekeliling mereka.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

8 Perkara Ini Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai, Mama Papa Jangan Tersilap Langkah!

Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI