Pengalaman bersalin setiap ibu pastinya ada macam-macam. Kalau yang tak ada masalah, rezekilah dapat bersalin normal. Tapi ada juga yang sepanjang kehamilan tak ada masalah, bila nak bersalin tup-tup kena keluar ikut tingkap atau melalui pembedahan.
Ada juga ibu yang pada mulanya kandungan semuanya baik tapi tiba-tiba bayi songsang dan perlu jalani pembedahan. Tapi selalunya apabila bayi berada dalam kedudukan songsang, sempat lagi berubah kedudukannya dan akhirnya ibu dapat bersalin normal.
Bersalin normal ataupun secara pembedahan ada keistimewaan masing-masing. Yang penting bayi dan ibu keduanya selamat dan sihat sepanjang proses bersalin.
Dalam satu perkongsian oleh Diana Ameer menceritakan bagaimana bayi keduanya yang pada mulanya songsang akhirnya berjaya dilahirkan secara normal.
BABY SONSANG?? LAST MINUTE MASUK JALAN
Saya nak share pengalaman anak kedua saya. sekarang dah 4 bulan anak kedua saya ini. Anak pertama saya lelaki, Perut besar bulat macam bola…overdua baby.. 3.23kg… Lepas induce masuk ubat ikut bawah.. 2 hari 2 malam menahan sakit akhirnya lahirlah…
Ads
Yang first alahan awal-awal hamil smpai 3 bulan lebih macam tu.. BABY BOY…Ank kedua… Alahan kurang jugak… Perut bulat besar sama macam anak first… Teringin nak babygirl tapi bila tengok gaya sama macam anak first… Cakap kat suami tak payah scan la… Baby boy jugak ni kot.. Sebijik perut macam anak first dan alahan kurang… Semua yang tengok perut semua cakap baby boy.
Anak aktif dalam perut, kedudukan sentiasa berubah
So then pasal songsang… Anak kedua sangat aktif dalam perut… Scan masuk 5 bulan kepala elok dekat bawah, scan 6 bulan kepala dekat kanan, scan 7 bulan elok dekat bawah balik, scan 8 bulan songsang lagi, Kepala dekat kiri lak.. Masa ni dah nervous.. Nenek bidan kampung.. So mintak nenek tengokkan dan pusing.. Nenek cakap baby nak pusing-pusing lagi tu… Scan 9 bulan adoiiii… Dan dan je lepas nenek pusingkan tu dia pusing balik.. Kali ni kepala duk bawah tapi menyerong ke kanan… Masa ni lagi seminggu nak due date… Tapi start 7 bulan sampai 9 bulan tu memang rasa sakit je kat tulang rusuk if dia bergerak-gerak sebab mak kecil, Ruang tak brapa nak ada.
Kena tahan seminggu untuk doktor pantau
Terus refer hospital.. Tahan kat hospital selama seminggu.. Doc pantau takut ketuban pecah awal, bleeding awal.. If baby tak keluar lagi memang c-zer… Then.. Doc bagi date c-zer 5/5/2019 tu date due baby… Masa tu tinggal lagi sehari doc nak suruh c-zer… Masa tu kepala betul-betul parking tepi laluan. Memang dia tak nak masuk jalan.
Ads
Ikut hati nak c-zer sebab malas nak tunggu kan. Tapi bila fikir balik suami kerja jauh, jarang ada kat rumah. Satu lagi saya suka buat kerja berat, selalu keluar sebab buat bisnes online angkat kotak…COD pos barang semua. Cakap kat suami, suruh bawak nenek time melawat kat hospital. Nenek datang gosok-gosok sikit perut, Alhamdullilah petang tu doktor datang periksa kepala bayi dah masuk laluan.
Alhamdulillah dapat anak perempuan
Gembiranya dah boleh balik…overdue juga seminggu lepas tu datang nak masuk ubat, doktor periksa jalan dah buka 4cm. so doktor masuk separuh je ubat. Lepas 2 jam masuk ubat datang la kesakitan tu. Masuk petang malam beranak…Alahamdulillah
So siapa yang baby songsang pantau la dari awal, selagi boleh ikhtiar buat.
Ads
TAK DISARANKAN PERUT DAH BESAR SONGSANG KEPALA KAT ATAS.. MINTAK BIDAN PUSING MEMANG BIDAN PUN TAK BERANI NAK BUAT
Lupa nak cakap… Anak kedua ni PEREMPUAN.. Tahu jantina masa doktor angkat baby lepas je lahir doktor tanya anak laki ke perempuan.. Kami jawab lelaki.. Hahhaha.. Doktor pusing tunjuk perempuan.. Dua- dua terkejut.
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bunting pelamin ialah apabila si isteri hamil sejurus selepas berlangsungnya pernikahan. Apabila menyebut bunting pelamin, ada yang terfikir bahawa pengantin perempuan telah hamil sebelum majlis persandingan atau ketika berkahwin. Jangan salah sangka. Hakikatnya ia adalah salah sama sekali.
Bunting Pelamin, Isteri Hamil Selepas Berlangsung Majlis Pernikahan
Maksud bunting pelamin atau bunting kahwin seringkali disalah anggap kerana ramai menganggap pengantin perempuan itu telah hamil ketika di atas pelamin. Pada hakikatnya, sangkaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Pengertian sebenar bagi istilah ini adalah wanita yang hamil betul-betul selepas atau sejurus berkahwin atau bersanding.
Misalnya, pasangan pengantin telah mengikat tali pernikahan pada 18 November 2023. Dalam sebulan kemudian, pengantin perempuan telah disahkan hamil. Wanita tersebut dianggarkan telah hamil selama satu bulan satu minggu.
Jangan Salah Sangka
Mungkin persoalan baru timbul, mana datangnya satu minggu itu? Jawapannya, usia kehamilan tidak sama dengan usia janin di dalam kandungan. Menurut Very Well Family, sangat penting bagi pasangan, khususnya ibu bapa yang bakal menerima cahaya mata untuk membezakan kedua-duanya.
Usia kehamilan atau (gestational age) akan bermula pada tarikh akhir haid (LMP). Kemudian, usia embrionik (yang kemudiannya akan dirujuk sebagai usia janin) akan bermula pada waktu persenyawaan iaitu, ketika sperma memasuki telur di Tiub Fallopio. Kebiasaanya, usia janin akan berada dua minggu kebelakang dari usia kehamilan dan menggambarkan usia sebenar janin tersebut.
Kalau usia kehamilan tidak menggambarkan usia sebenar janin, kenapa masih penting? Usia kehamilan masih lagi penting, khususnya dalam penjagaan pranatal. Penentuan permulaan tempoh kehamilan ini sangat penting bagi membantu golongan ibu dan pekerja perubatan untuk menilai tumbesaran janin. Ia juga dapat membantu dalam menentukan tarikh jangkaan bersalin, penjadualan bagi pemeriksaan dan ujian pranatal.
Doktor juga akan merujuk usia kehamilan untuk merawat keadaan bayi-bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan dalam kandungan, mahupun terlebih masa dalam kandungan. Oleh itu jangan panik apabila berdepan dengan situasi tersebut dan sebaik-baiknya bersangka baik terhadap pasangan anda. Jika masih ragu, anda boleh merujuk kepada pakar seperti pegawai perubatan bagi mendapatkan maklumat yang sah.
Bercerita tentang bunting pelamin, melalui perkongsian pempengaruh dan YouTuber, Isa Isarb, dia berasa amat bersyukur apabila isteri yang dinikahinya pada minggu lalu kini hamil anak sulung mereka. Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman berkongsi berita gembira itu di platform media sosial miliknya.
Dalam perkongsian di laman Instagramnya, Isa kelihatan gembira sambil menunjukkan kit ujian kehamilan dengan memaklumkan isterinya kini hamil. Isa tidak menyangka bakal dikurniakan rezeki zuriat secepat itu memandangkan usia perkahwinan yang dibina masih lagi baru.
Wanita mengandung akan mengalami macam-macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi. Lebih-lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan. Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi.
Dari awal mengandung dengan alami alahan, seterusnya mengidam, perubahan fizikal sehinggalah tiba waktu hampir tarikh jangkaan bersalin. Kebanyakkan ibu mengandung akan rasa tidak selesa, tidur malam tak lena, sakit belakang dan sebagainya.
Bagi yang ingin tahu punca kenapa sakit belakang sering dialami oleh ibu hamil, perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad bakal rungkaikan persoalan tersebut dalam perkongsian di Facebook miliknya.
PUNCA SAKIT BELAKANG KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”
Bayi & rahim ibu semakin membesar
WA ALAIKUM MUS SALAM
Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.
Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.
Bagi mengimbangkan pusat graviti itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.
Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda. Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada saraf, sehingga puan akan merasa sakit, bukan saja di bahagian pinggang tetapi juga di bahagian kedua belah kaki.
Perubahan hormon boleh sebabkan sakit belakang
Selain perubahan pada saiz bayi dan rahem yang semakin membesar, perubahan hormon semasa kehamilan juga boleh menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana perubahan hormone ini akan melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis. Dengan banyak melakukan pergerakan membongkok puan akan merasa sakit terutama berjalan atau berdiri terlalu lama, duduk untuk tempoh yang lama, menukar pergerakan dari duduk kepada berdiri dengan cepat, membongkok atau mengangkat benda yang berat.
Jangan risau jika sakit belakang puan hanya bersifat sementara dan merasa lega selepas berehat. Berjumpalah doctor jika sakit belakang puan sangat kuat dan tidak kurang selepas berehat.
Selalunya sakit belakang akan hilang selepas melahirkan anak.
Seperti yang diulaskan oleh Dr Zubaidi, sakit belakang ketika hamil adalah bersifat sementara dan akan hilang setelah berehat. Namun jika ia menyebabkan kesakitan yang kuat sebaiknya rujuk kepada doktor segera yang mungkin. Paling penting ikut saranan doktor dan jangan terlepas pemeriksaan berkala yang dijadualkan untuk ibu hamil.
Majoriti masalah keguguran berlaku secara spontan dan rawak. Dianggarkan satu dalam lima wanita hamil akan mengalami keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku tanpa disedari. Misalnya, haid datang lewat dan tiba-tiba seketul darah keluar (tanpa janin). Wanita itu kemudiannya didatangi haid seperti biasa. Ini dinamakan chemical miscarriage.
Kebanyakan keguguran berlaku dalam trimester pertama di mana usia janin kurang daripada 14 minggu. Sebab-sebab keguguran berlaku kurang diketahui. Namun, kajian menunjukkan kebanyakan keguguran di trimester pertama adalah disebabkan masalah genetik janin tersebut.
Genetik janin bergantung kepada DNA dalam sperma dan ovum serta proses tumbesaran sel-sel yang membentuk janin tersebut.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keguguran adalah:
Masalah hormon di dalam tubuh ibu.
Masalah jangkitan kuman atau virus.
Ibu ada masalah perubatan.
Cara hidup tidak sihat seperti merokok dan penyalahgunaan dadah
Usia ibu melebihi 35 tahun.
Ibu mempunyai masalah struktur rahim.
Faktor-faktor yang belum dibuktikan penyebab keguguran pula termasuklah:
Stres hidup (sama ada di rumah atau di tempat kerja).
Hubungan intim suami isteri.
Perkara yang menyebabkan ibu terkejut.
Mengangkat barang-barang.
Wanita yang pernah mengalami keguguran mudah risau atau takut untuk hamil sekali lagi. Namun, bandingkan statistik berikut.
Peluang untuk wanita hamil setelah mencuba selama setahun adalah 80%.
Peluang untuk wanita hamil setelah mengalami keguguran sekali lagi adalah sekitar 77%.
Peluang untuk wanita hamil setelah melalui keguguran TIGA kali berturut-turut adalah 60%.
Peluang untuk wanita hamil selepas keguguran adalah amat baik. Oleh itu jangan takut untuk mencuba lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.