Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fitri Haris yang selamat menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri tersayang, Fazilah Omar yang telah selamat melahirkan bayi mereka pagi tadi.
Kata Fitri, isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi mereka dua minggu lebih awal dari tarikh due kerana mengalami masalah asma yang teruk.
Bukan itu sahaja, bahkan kata Fitri, dia dan isteri berdepan dugaan bila mana bayi mereka menghadapi sedikit masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Awal pagi tadi, Fitri berkongsi kegembiraan selepas kelahiran bayi lelaki sulungnya.
“Alhamdulillah syukur ya Allah.
“Alhamdulillah isteri saya @el_mrsfitri telah selamat melahirkan anakanda (bayi lelaki) kami. Terima kasih atas doa yang di kirimkan,” kongsinya gembira.
Ads
Kata Fitri menerusi hantaran yang sama, disebabkan bayinya yang tidak stabil, laungan azan juga dilakukan dengan berhati-hati untuk kebaikan bayi mereka.
Dalam pada itu, Fitri juga memohon doa semua agar keadaan anak kecilnya itu semakin stabil dan lekas segera keluar dari NICU.
“Doa agar kesihatan baby dan mama nya di beri kesihatan yang baik. Baby sekarang di penjagaan rapi untuk memstabilkan pernafasan.
“Azan juga di lakukan secara berhati-hati untuk kebaikan baby, dalam penjagaan rapi.
Ads
“Terima kasih kepada Dr.Fatimah, Dr. Maisarah, dan semua team di @annurspecialisthospital yang senantiasa berusaha menjaga isteri di sini. Masyaa Allah. Syukur ya Allah … syukur,” tulisnya di Instagramnya.
Menerusi MStar, Fitri juga memaklumkan isterinya sudah dimasukkan ke wad tiga hari lalu kerana mengalami masalah asma yang agak teruk. Biarpun tarikh sebenar pada 15 Julai nanti, bayi kecil mereka terpaksa dilahirkan lebih awal.
” Memang sangat teruja menanti kelahirannya, rasa seperti nak menyambut anak pertama. Buat masa sekarang kami belum ada nama untuk baby.
Ads
” Insyaallah nanti dah ada, saya akan kongsikan bersama. Harap semua dapat mendoakan keadaan isteri dan bayi kami,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fitri mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Fazilah Omar pada Disember 2019. Fitri turut mempunyai seorang cahaya mata, Sofea Soleha, 16 tahun, melalui perkahwinan terdahulunya. Tahniah diucapkan buat pasangan ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fitriharisofficial & Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Entonox ialah salah satu pelega kesakitan kontraksi ketika bersalin. Penting untuk mengetahui cara sedut yang betul penting supaya entonox memberikan kesan yang optimum.
Antara pelega kesakitan yang digunakan semasa proses kelahiran ialah bius epidural, suntikan pethidine dan gas entonox. Kelahiran akan menyebabkan kesakitan terutamanya kontraksi. Mempelajari tentang proses kelahiran akan membantu anda menyediakan minda dan fizikal terhadap bagaimana ia berjalan, kemungkinan yang akan berlaku dan alternatif kepada pelega kesakitan yang boleh diambil.
Menurut Dr Siti Eshah Bahari, Pakar Perbidanan & Sakit Puan KPJ Selangor Specialist cara sedut yang betul akan mengoptimumkan kesan yang entonox bagi melegakan kesakitan. Entonox ialah campuran gas nitrous oxide dan oksigen. Ia digunakan meluas di dalam bidang perubatan dan kerap digunakan oleh ibu-ibu untuk melegakan sakit kontraksi semasa proses kelahiran.
Entonox adalah pelega kesakitan yang paling banyak digunakan di dalam kelahiran kerana pelbagai kelebihan. Entonox banyak digunakan namun kegagalan para ibu menggunakannya dengan betul menyebabkan entonox tidak dapat berfungsi dengan betul.
KELEBIHAN GUNA ENTONOX SEBAGAI PELEGA KESAKITAN SEMASA BERSALIN
Mudah digunakan.
Kos efektif dan lebih murah berbanding bius epidural dan suntikan pethidine.
Lebih fleksibel dan memberi kesan yang cepat seawal 15 saat hingga tiga minit selepas disedut.
Pesakit boleh mengawal penggunaannya.
Tiada kesan sampingan yang berbahaya
Ia tidak mengganggu bayi di dalam kandungan.
Ia tidak menghilangkan kesakitan tetapi mengurangkannya ke tahap yang boleh dikawal.
Selamat untuk bayi dan oksigen yang disedut akan memberikan kebaikan kepada anda dan bayi. Ibu kurang resah dan jadi lebih tenang.
Entonox tidak perlu dipantau penggunaannya seperti epidural.
Tidak melibatkan jarum suntikan. Ia juga tidak memberikan kesan mengantuk atau kebas.
CARA SEDUT ENTONOX Entonox disarankan untuk diambil pada akhir peringkat kelahiran iaitu sebelum bukaan serviks sampai 10cm. Sekiranya pada peringkat awal ibu telah mengambil suntikan pethidine, pada akhir peringkat pertama kelahiran kontraksi yang lazimnya akan lebih kuat dan para ibu boleh mengambil pelega sakit ini.
Sebelum kontraksi, ibu perlu melekapkan topeng gas entonox ke muka.
Pastikan topeng dilekapkan dengan kedap tanpa ada rongga terbuka.
Sedut dengan dalam tetapi perlahan sehingga rasa sakit hilang atau anda berasa pening.
Topeng perlu dipegang sendiri oleh ibu agar dia boleh menyesuaikan sedutan mengikut keperluan.
Alihkan topeng apabila sakit mulai hilang. Elakkan daripada menyedutnya terus menerus kerana ia boleh menyebabkan khayal atau dos berlebihan.
INFO: Walaupun entonox tidak mempunyai kesan sampingan yang besar, ia boleh menyebabkan anda pening. Ada sesetengah wanita rasa tidak selesa, mengantuk dan gagal untuk fokus. Jika tanda-tanda ini berlaku, hentikan penggunaan dan dapatkan bantuan petugas perubatan dengan segera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam kuning dalam kalangan bayi yang baru lahir adalah perkara biasa, namun ada juga bayi yang tidak mengalami masalah ini selepas dilahirkan.
Jika bacaan kuning anak terlalu tinggi, doktor akan buat keputusan untuk diwadkan bagi memantau bacaan kuning anak.
Tujuannya hanya satu untuk mengelakkan sebarang risiko pada bayi sehingga boleh menjejaskan perkembangan anak.
Bagaimanapun menurut Jururawat, Bel Nawhen apa yang membuatnya sedikit terkilan adalah sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesihatan anak.
Berikut antara penjelasannya:
1. Doktor suruh anak yang kena jaundis admit bersebab. Bukan nak dera si bayi atau kacau emosi si ibu.
2.Jika ibu insist untuk discharge, ibu perlu tandatangan discharge at own risk dimana, jika berlaku komplikasi terhadap bayi anda selepas balik ke rumah gara-gara kuning yang tinggi, ibu bapa tidak sesekali boleh menyalahkan pihak hospital dengan mengatakan tidak ada tindakan yang diambil terhadap si anak.
3.Bayi sebenarnya sudah terbiasa dengan bunyi bising sejak berada dialam rahim lagi. Bayi sudah berbiasa dengan bunyi degupan jantung si ibu, bunyi pergerakan usus, bunyi perut ibu kelaparan serta suara si ibu sewaktu berinteraksi dengan orang sekeliling atau dirinya. Jadi, tidak ada isu besar bunyi bising didalam wad menganggu lena bayi melainkan bunyi yang keterlaluan menganggu bukan sahaja bayi malahan penghuni wad tersebut.
4.Sinaran phototherapy sendiri mempunyai suhunya tertentu dan ia sama sekali menyingkirkan suhu sejuk penghawa dingin di dalam wad.
5.Doktor dan jururawat juga tahu bahawa kanak-kanak tidak boleh kesejukan kerana bimbang berlaku hipotermia kepada bayi.
6.Anak dengan jaundis kebiasaannya akan lebih kerap tidur dan ibu perlu mengejutkan anak sekurang-kurang 2 jam sekali untuk menyusukannya agar anak kerap membuang dan bilirubin berlebihan dapat disingkirkan melalui urin dan najis.
7.Ibu perlu tahu risiko kuning yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi kuning yang parah, jika tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi serius seperti Acute Bilirubin Encephalopathy. Bilirubin adalah racun bagi sel-sel otak. Jika bayi memiliki penyakit kuning yang parah, ada risiko bilirubin akan meresap ke otak (Acute Bilirubin Encephalopathy). Jika tidak dirawat, boleh sebabkan kernicterus.
8.Ibu perlu tahu, tahap kuning bayi bukan boleh dilihat melalui mata kasar walaupun warna kuning ketara boleh dimonitor dengan melihat keadaan kulit bayi, tetapi bacaan yang tepat adalah melalui ujian darah yang dilakukan.
Selepas selamat melahirkan putera sulungnya pada 8 April yang lalu, pelakon popular Indonesia, Nikita Willy tampil berkongsi beberapa momen indahnya ketika detik cemas menyambut kelahiran anak kesayangan mereka.
Melalui Instagramnya, Nikita yang kini baru 10 hari melahirkan anak lelaki yang diberi nama, Issa Xander Djokosoetono itu turut memuat naik video ketika melahirkan anak.
Malah beberapa keping gambar turut dipotretkan Nikita dan suaminya sebagai kenang-kenangan melalui detik paling indah itu.
“Sayangku Izz, hari pertama dalam hidup kamu adalah detik terindah buat saya,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Tidak hanya berkongsi detik ketika menanti kelahiran, bahkan sebaik Baby Izz keluar, potret bersama doktor yang menyambut kelahirannya turut sama dipotretkan sebagai kenangan.
Nikita yang memilih untuk melahirkan bayinya di Los Angeles, Amerika Syarikat itu selamat melahirkan bayinya seberat 3.25kg.
Paling beruntung bayi comel yang kini menjadi kesayangan semua itu turut dilahirkan di sebuah hospital yang pernah menyambut kelahiran ramai anak-anak selebriti ternama termasuklah anak Kim Kardashian, Beyonce dan juga Victoria Beckham iaitu di Cedars-Sinai Medical Center.
Terdahulu, Nikita memilih untuk menetap lebih awal di Los Angeles bagi menyambut kelahiran bayi sulungnya itu kerana menyediakan kemudahan dan fasiliti yang baik berbanding hospital lain.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.