Baru-baru ini anak pelakon jelita, Diana Dianelle dijangkiti demam. Sebagai seorang ibu, Diana sebolehnya mahu mengelak pengambilan ubat ketika anak-anaknya kurang sihat. Berkongsi tentang caranya menurunkan suhu Ahmad dan Aurora, semoga cara Diana ini dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain juga.

Diana memberitahu suhu kedua-dua anaknya mencecah 39 darjah selsius tetapi tiada batuk atau selesema. Katanya lagi, Aurora lebih tenang walaupun tidak sihat. Manakala Ahmad lebih manja dan ada mengadu sakit kepala sejak hari pertama demam. Suhu badan yang tinggi menyebabkan Ahmad sakit kepala. Tidak terus memberi ubat kepada anaknya, Diana memberitahu yang dia menggunakan skrub berasaskan garam yang dibuatnya sendiri dan ditaburkan ke dalam tab mandi.

View this post on Instagram

Ada nurse kat rumah… so ibu can sambung kerja mengemas, mengemop, mengelap, mengutip, mengendap (eh?) . Anak siapa lagi yg demam sbbkan the heat, angkat tangan! . . Both kids temperature naik to 39deg tapi tak ada batuk or selesema for the first 2 days. Aurora is always so cool waktu demam whereas abg akan lebih manja & ngada (cough). Tapi from first day lagi Muhammad ckp dia sakit kepala. So bila temp dia panas he gets a headache. After 2 days demam they started getting flu n cough, both had vomited bila badan panas sgt so my job was to manage temperature saja most of the time. Bila panas D tak terus bagi ubat utk turunkan panas tu, D akan gunakan my salt based body scrub and tabur dalam bathtub with lukewarm water (not cold nanti body terkejut and jadi lagi panas), and ask them to lie down and have their head and body submerged for 10-15 minutes. so the lukewarm water can help release some heat. Then I check their temp. Normally it will go down a degree or so and i can get them back to at least 38-37deg and skip a round of paracetamol. We also up the vitamins and fresh veges/vege packed smoothies to assist with recovery, i dont feed big meals sbb body perlu concentrate on fighting the bugs so stick to easily digestable foods. Siang & malam D lulurkan coconut oil with peppermint & frankincense + habbastus sauda on their feet, back and chest. Ini hanyalah cara D supaya x bergantung sgt pada meds kalau hanya fever biasa, but pls do go and check up if demam tak kebah2 after 3-4 days. Hope this helps! ❤️ @nur_aurora7 @chemad7

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

IKLAN

Kemudian Diana mengarahkan kedua-dua anaknya untuk berendam di dalam air suam yang dicampurkan dengan skrub tadi seama 10-15 minit untuk kurangkan panas badan. Dia kemudiannya mengambil semula suhu anak-anaknya untuk pastikan cara itu berkesan.

Biasanya dengan cara berendam dalam air suam bercampur skrub garam tadi dapat menurunkan suhu Ahmad dan Aurora sekitar 37-38 darjah selsius.

Ubat tetap tidak diberi kerana Diana menambah vitamin ke dalam tubuh anaknya dengan sayuran. Katanya lagi, dia tidak memberi anaknya makan terlalu banyak kerana tubuh sedang melawan virus demam. Dia hanya memebri anaknya makanan mudah hadam. Setiap hari pada waktu siang dan malam, Diana akan lulurkan minyak kelapa yang dicampur dengan peppermint, frankincense dan habbatus sauda pada telapak kaki, belakang badan dan dada anak-anaknya.

IKLAN

Menurutnya lagi, ini caranya merawat demam biasa tanpa perlu bergantung pada ubat. Pun begitu, Diana sempat menasihatkan agar bawa anak berjumpa doktor jika demam tidak kebah selebah tiga atau empat hari.

IKLAN

Elok juga jika tidak terlalu bergantung kepada ubat. Pada penulis, jika demamnya tidak terlalu serius, boleh Mama cuba cara Diana ini. Lebih selamat kerana semuanya menggunakan bahan semula jadi. Selagi ia tidak memudaratkan, tak salah mencuba kan?

SUMBER: IG DIANA DANIELLE

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI