Tahun ini Thomas & Friends meraikan 75 tahun persahabatan dan kerja berpasukan dengan cara yang bermakna. “Kami ingin berkongsi tunggak 75 tahun ini dengan semua rakyat Malaysia sebagai tanda memperingati Hari Merdeka dan Hari Malaysia. “Kami berharap dapat menyediakan saluran untuk ibu bapa dan anak-anak untuk mencipta kenangan yang lebih besar dan memahami kehebatan dunia melalui pengembaraan Thomas dan rakan-rakannya. Mereka dapat mengetahui lebih lanjut melalui karnival ulang tahun di seluruh video, buku, aktiviti maya dan podcast. Kami benar-benar percaya bahawa kami bukan sekadar jenama mainan,” kata Ivan Franco, Pengurus Besar, Mattel Asia Selatan.
Dr Sheikh Muszaphar telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada sambutan ini dan berkongsi pengembaraan Thomas dengan peminat dari Malaysia. Dengan kredibilitinya sebagai seorang ikon dan bapa yang menjadi inspirasi, beliau dipilih untuk berkongsi cerita khas dari Mattel dan Thomas & Friends.
Pengembaraan menarik Thomas & Friends™️ ini akan diserikan dengan sesi membaca eksklusif oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui Facebook Live setiap hari Khamis dan sesi menonton Thomas & Friends™️ bersama keluarga pada waktu malam dengan episod khas Thomas & Friends™️ yang terpilih di YouTube.
Ibu bapa juga boleh menikmati promosi 9.9 eksklusif untuk set Thomas & Friends TrackMaster di Fisher-Price Flagship Store di Lazada dan Shopee sejajar dengan perayaan ulang tahunnya.
Ads
Jangan lupa saksikan Journey Bersama Jovianina dengan episod menarik setiap minggu. Bersiaran setiap rabu, jam 9 malam dan ulangan pada setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kurang tempoh lapan hari, dana RM9 juta yang diperlukan Reese Tan Rui Xin, 17 bulan, yang menghidap penyakit genetik, Atrofi Otot Spina (SMA) berjaya dikumpul.
Reese memerlukan suntikan ubat jenis Zolgensma dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai RM9 juta.
Ibu bapanya, Rachele Chung, 38 dan Jason Tan, 47 sebelum ini buntu mencari dana memandangkan harga ubat mahal namun tidak berputus asa demi kesihatan anak bongsu mereka.
Rachele berkata, mereka terhutang budi dengan keprihatinan semua pihak yang sanggup menderma sehingga berjaya mengutip RM9 juta dalam tempoh masa yang singkat.
“Anak saya perlu mendapat suntikan Zolgensma sebelum dia mencapai usia dua tahun.
“Ini adalah kerana jika melangkaui usia dua tahun, ubat ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada anak saya.
“Disebabkan itu, saya dan suami buntu mencari alternatif mengumpul dana sehingga kempen ini dilancarkan One Hope Charity and Welfare, sekali gus membei kesedaran kepada khalayak ramai berhubung penyakit SMA ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, berkata pihaknya dalam proses untuk mendapatkan ubat Zolgensma berkenaan sebaik jumlah kutipan berjaya diperoleh.
“Kita kini bersaing dengan masa untuk merawat si kecil ini yang mana kesihatan dan nyawanya menjadi keutamaan.
“Pasa masa sama, kita akan memantau perkembangan rawatan kanak-kanak ini secara rapat dan akan maklumkannya menerusi laman media sosial dan sesawang One Hope Charity dari semasa ke semasa,” katanya.
Bahaya ada di mana-mana. Hatta di media sosial juga. Dengan itu, ibu ayah perlu lebih berhati-hati ketika mengakses internet. Adalah normal status seperti “Jom kongsikan gambar anak-anak Mama. Saya nak beri duit raya.” Adakah pemilik akaun tersebut benar-benar ikhlas atau dia sebenarnya seorang pedofilia?
Maka, menderu-deru emak-emak letakkan gambar raya anak. First thing first, fikirlah dulu yang menulis tu siapa. Kalau nama pemilik acc perempuan, kau yakin ke tu betul-betul perempuan dan bukan fake acc?
Kalau dia menyamar macam mana? Kalau dia sengaja minta gambar budak untuk tujuan yang tak elok? Kalau dia sebarkan dalam group paedophlie? Kalau dimasukkan ke laman web child porn?
Fikir panjang sikit. Jangan orang tu letak caption nak bagi duit raya, kau kemain excited dok tempek gambar anak. Walau orang tu real acc sekalipun, jangan bagi!
Dulu pernah juga viral hal yang mirip-mirip begini. Datang seorang lelaki dalam satu group, kenalkan diri dia doktor, kemudian minta gambar faraj budak perempuan. Katanya, nak check kot ada keputihan/ kulat (lebih kurang begini caption).
Gilanya adalah, menderu-deru emak-emak letakkan gambar kemaluan anaknya di situ. Siap tanya ni normal ke doktor.
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Puan oi, nak dapatkan konsultansi kesihatan samada untuk kau, suami atau anak, bukan di media sosial. Dr Imelda tu rasanya dah banyak kali membebel pasal ni, kena pergi klinik, pergi hospital, jumpa doktor, bukan di media sosial.
Dan sekarang, mari fikirkan bersama, apa yang ‘doktor’ tu nak buat dengan gambar kemaluan anak? Dan saya ulang kembali ayat perenggan yang kelima.
Kalau dia menyamar macam mana? Kalau dia sengaja minta gambar kemaluan budak untuk tujuan tak elok? Kalau dia sebarkan dalam group paedophile? Kalau disebarkan ke laman web child porn?
Sahabat saya, Tuan Akhtar Syamir pun pernah berhadapan situasi begini di group telegram beliau. Modus operandi yang sama, muncul di situ, klaim sekian-sekian individu dan minta gambar kemaluan anak perempuan, kot-kot ada masalah kesihatan.
Dengar ya, negara Malaysia ni nombor 1 paling banyak mengakses child pornography di Asia Tenggara!
Pedofilia (remaja atau dewasa) yang ada ketertarikan secara seksual kepada kanak-kanak yang belum akil baligh ni ada di sekeliling kita. Kita tak kenal siapa mereka.
Bila viral, baru orang sedar golongan sebegini wujud. Kes adik Nurin Jazlin dahulu, kes mahasiswa Malaysia di Eropah yang menyimpan puluhan ribu gambar serta video lucah kanak-kanak.
Begitu juga kes seorang lelaki Malaysia ditahan di Australia ditahan di airport sebab simpan lebih 900 gambar video kanak-kanak, kes kanak-kanak perempuan dicabul lelaki dewasa di kedai serbaneka di Rawang.
Ditambah pula kes kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dicabul di dalam tandas Mall di Ipoh. Itu belum lagi kes yang betul-betul gila dan menjijikkan, seorang tua 68 tahun nak merogol cucu berusia 11 tahun.
Ini semua kisah yang real ya tuan puan! Bukan direka-reka. Mak ayah tolonglah jadi pandai sikit, terutamanya emak-emak ni.
Janganlah ikut trend emak bapak yang nak anak jadi instafamous, ikut artis sana sini, nak anak possing macam orang dewasa, pakaikan anak pakaian seksi untuk secebis likes dan followers dan paling teruk share gambar zakar anak lelaki yang dilukis gajah demi meraih perhatian netizen.
Nak upload gambar anak boleh, tapi biarlah gambar bersama mak ayahnya, bukan gambar seorang penuh, bukan gambar pakai pakaian renang, bukan gambar pose gedik macam budak tiktok dan bukan pula gambar kemaluan anak.
Saya harap sangat kawan-kawan sebarkan post saya ni. Biar ramai lagi faham pasal benda ni.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Maaf, gambar telah dikaburkan. Saya perolehi gambar ini pun dari Dr Chaku Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat memberi pendedahan kepada ibu ayah tentang bahaya yang ada sekiranya kita terlalu taksub berkongsi gambar dan maklumat tentang anak-anak di media sosial. Dalam kalangan kita, ada ‘buaya’ yang menunggu mangsanya. Sungguh malang, kerana kita tidak mengenali golongan pemangsa ini. Maka, berhati-hatilah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.
Menerusi perkongsian video di Instagramnya, Dr Say berkongsi kisah pembantu rumah warga Filipinanya yang bertindak mengasari anak ketiganya ketika dia bertugas di luar kawasan.
Pembantu rumah itu dilihat memangku anaknya namun menggoncangkan badan dan membiarkan kepala anak kecil itu dibiarkan tergantung ke bawah ketika berada di pangkuan. Hal ini sepatutnya tidak dibiarkan berlaku kepada seorang bayi yang masih kecil.
Pun begitu Dr Say menerusi videonya di Instagramnya turut memohon maaf kepada orang ramai kerana kekhilafan dirinya yang meninggalkan ketiga-tiga anaknya itu ketika bertugas di luar kawasan.
“Saya mohon maaf atas kelalaian saya. Banyak kecaman, nasihat dan teguran yang saya terima. Saya terima dengan hati terbuka untuk saya perbaiki diri saya.
“Saya bernasib baik anak saya tiada kecederaan atau kecacatan kekal & saya hargai setiap kata-kata anda semua. Terima kasih sekali lagi atas teguran anda semua & again my sincerest apology for the mistakes that i have done,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi videonya kata Dr Say, dia memaafkan pembantu rumah warga Filipina itu kerana merasakan dia pembantu rumah yang baik sepanjang tinggal bersamanya.
“Sebab sebelum insiden tu saya tengok dia baik. Tak pernah minta keluar rumah langsung pada hari cuti.
“Tapi selepas dia dah dibuang, baru saya dapat tahu dia cakap hidung anak saya macam babi. Dia selalu cubit anak saya dan dia periksa balik nak tengok ada kesan Lebam ke tak. Apabila mandikan baby dia terus jirus seluruh muka dan bukannya mandikan perlahan-lahan,” katanya berkongsi.
Mengulas lanjut, Dr Say berkata dia dan isteri akan memperbaiki kelemahan mereka sebagai ibubapa demi anak-anak, terutamanya apabila berada di luar kawasan.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.