Anak-Anak Demam, Diana Suruh Berendam Dalam Air Suam Bercampur Skrub Garam. Cepat Saja Suhu Badan Dah Turun

Share

Baru-baru ini anak pelakon jelita, Diana Dianelle dijangkiti demam. Sebagai seorang ibu, Diana sebolehnya mahu mengelak pengambilan ubat ketika anak-anaknya kurang sihat. Berkongsi tentang caranya menurunkan suhu Ahmad dan Aurora, semoga cara Diana ini dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain juga.

Diana memberitahu suhu kedua-dua anaknya mencecah 39 darjah selsius tetapi tiada batuk atau selesema. Katanya lagi, Aurora lebih tenang walaupun tidak sihat. Manakala Ahmad lebih manja dan ada mengadu sakit kepala sejak hari pertama demam. Suhu badan yang tinggi menyebabkan Ahmad sakit kepala. Tidak terus memberi ubat kepada anaknya, Diana memberitahu yang dia menggunakan skrub berasaskan garam yang dibuatnya sendiri dan ditaburkan ke dalam tab mandi.

Kemudian Diana mengarahkan kedua-dua anaknya untuk berendam di dalam air suam yang dicampurkan dengan skrub tadi seama 10-15 minit untuk kurangkan panas badan. Dia kemudiannya mengambil semula suhu anak-anaknya untuk pastikan cara itu berkesan.

Biasanya dengan cara berendam dalam air suam bercampur skrub garam tadi dapat menurunkan suhu Ahmad dan Aurora sekitar 37-38 darjah selsius.

Ubat tetap tidak diberi kerana Diana menambah vitamin ke dalam tubuh anaknya dengan sayuran. Katanya lagi, dia tidak memberi anaknya makan terlalu banyak kerana tubuh sedang melawan virus demam. Dia hanya memebri anaknya makanan mudah hadam. Setiap hari pada waktu siang dan malam, Diana akan lulurkan minyak kelapa yang dicampur dengan peppermint, frankincense dan habbatus sauda pada telapak kaki, belakang badan dan dada anak-anaknya.

Menurutnya lagi, ini caranya merawat demam biasa tanpa perlu bergantung pada ubat. Pun begitu, Diana sempat menasihatkan agar bawa anak berjumpa doktor jika demam tidak kebah selebah tiga atau empat hari.

Elok juga jika tidak terlalu bergantung kepada ubat. Pada penulis, jika demamnya tidak terlalu serius, boleh Mama cuba cara Diana ini. Lebih selamat kerana semuanya menggunakan bahan semula jadi. Selagi ia tidak memudaratkan, tak salah mencuba kan?

SUMBER: IG DIANA DANIELLE

IKLAN