Adat anak-anak yang sedang membesar tentu sekali banyak persoalan yang bermain di minda mereka. Ada sahaja soalan yang pelik-pelik ditanya. Itu menandakan otak mereka sedang berfikir dengan pantas.
Bertanya memang sesuatu yang bagus dan disarankan agar dapat menambah pengetahuan anak-anak. Namun ibu bapa haruslah berhati-hati dalam memberikan sebarang jawapan lebih-lebih lagi sesuatu yang melibatkan fakta. Jika salah jawapan yang diberikan tentu sekali memori tersebut akan tersimpan dalam minda anak-anak buat selamanya.
Dr. Izaza berkongsi situasi di mana ibu bapa perlu bijak menangani anak yang suka bertanya. Ikuti perkongsian beliau.
Penat nye lah layan anak-anak nih, especially bila ajak pegi klinik gigi. Asik soal bagi soalan “kenapa” kena pegi klinik gigi? “kenapa” kena jumpa doktor gigi, “kenapa” Ibu tak cek gigi kiteorang sendiri
Ads
KENAPA ye agaknya anak-anak suka gunakan ayat KENAPA bila ibu ayah ajak buat something yang dia orang tak suka?
Actually ada 3 sebab je anak-anak suka guna perkataan KENAPA bila ditanya tentang sesuatu yang mereka tak suka.
Pertamanya, anak-anak memang tak suka dengan soalan tu, jadi anak-anak saje lengah-lengahkan mak abah dengan soalan kenapa banyak-banyak.
Ads
Pandai kan budak-budak nih nak ngelat?
Kedua pula, anak-anak nak perhatian dari ummi dan abi dia. Yelah, kalau terus jawab soalan atau terus setuju dengan apa yang disuruh oleh ummi abi, tak best sebab tak ada cabaran
So, anak-anak suka nak menyusahkan ummi abi dengan tanya soalan yang kadang-kadang penat nak layan dan soalan yang menguji kesabaran seorang ummi dan abi. Heehehhe
Ketiga, sebab anak-anak nih memang sangat bijak dan memang nak tau jawapan KENAPA tu. Contoh, “Kenapa saya kena berus gigi tiap hari ibu, kenapa tak boleh berus seminggu sekali atau sebulan sekali je?” annoying?
Jadi, mommy daddy kena jadi orang yang sangat bijak juga dan kena jawab soalan-soalan anak dengan fakta yang tepat.
Boleh ke kalau nak kelentong anak sebab mommy daddy pun tak leh nak jawab soalan yang banyak-banyak tu?
Ishishh, mana boleh kelentong anak-anak, sebab anak-anak nih bijak. Kalau tipu selalunya akan lekat kat kepala, esok lusa anak tanya balik soalan yang sama, pastu jawapan lain, ingat anak tak ingat ke?
Kesimpulannya, mak ayah kena banyak belajar dari sekarang segala macam fakta untuk jadi mak ayah yang bijak macam anak-anak.
Wanita sekarang mungkin kalau bab pantang selepas lahirkan anak tak macam orang dulu-dulu. Kalau zaman mak-mak kita dulu selagi tak lepas 40 hari memang terasa seksa sangat.
Kini dengan peredaran zaman, adat berpantang tu mungkin dah dimodenkan sikit tapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri tersebut.
Bagi pelakon Sari Yanti yang telah melahirkan bayi perempuan baru-baru ini, dia juga tetap memilih berpantang secara sihat walaupun ini adalah kelahiran ketiga buatnya.
Melalui posting di instagramnya, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu ini telah memuat naik gambarnya sedang ditungku.
Menurutnya, masa melahirkan anak pertama dan kedua dulu, tak de lah nak berpantang sangat. Setakat pakai stoking dan jaga makan je.
Bila dah ada orang offer suruh pantang betul-betul, rasa nervous sangat. Macam-macam fikir takut tak boleh nak ikut apa yang disuruh. Tapi semuanya itu hanya tanggapan awal sahaja sebabnya lepas lahir dan menjalani tempoh berpantang, bila dah kena sauna, berurut, bertungku, bertangas, scrub badan dan dihidangkan dengan menu pantang yang sedap, rasa nikmat sangat.
Paling lucu juga, Sari Yanti sempat bergurau di statusnya dan ditujukan kepada Jep dengan kapsyen ‘Jadi maknanya tahun depan Dariya Inara boleh dapat adik lagi..
Hanya posting itu sahaja, ramai yang mengaminkan dan mendoakan yang terbaik buat keluarga Jep dan Sari Yanti.
Manakala di instagram Jep pula, memang nampak Jep seorang abah yang hebat. Walaupun sibuk dengan kerja, Jep sesekali seboleh-bolehnya nak luang masa dengan anaknya.
Peminat juga turut memberi pujian pada Jep sebab pandai dodoikan anaknya tidur, jenis yang suka melayan dan tetap buat lawak biarpun si kecil tu belum faham apa-apa.
Tak kisah lah apa pun, yang penting lepas ni Jep dapat jadi abah yang sporting buat Dariya Inara dan semoga membesar menjadi anak solehah.
Sumber: instagram Sari Yanti & Jep Sepahtu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak kita terfikir apa fungsi tab kecil dalam botol minyak masak? Biasanya, bila baru beli dan nak menggunakan minyak masak tersebut, kita terus buka dan buang ke dalam tong sampah. Namun sebenarnya ada fungsi khas yang ramai tak tahu.
Mungkin sesetengahnya ingat hanya sebagai ciri keselamatan penutup semata-mata. Jika anda perasan, selepas buka tab kecil tersebut, ada masanya ketika nak tuang minyak ke dalam periuk atau kuali, kadang terpercik dan silap hari bulan terlebih pula minyak yang dituang.
Sebab itu, tab kecil dalam botol minyak masak itu dijadikan sebagai ‘penghalang’ untuk pastikan minyak tidak dituang dalam kuantiti banyak sekaligus.
Sebuah perkongsian di TikTok melalui akaun senz.malaysia, Datin Katherine ada menunjukkan fungsi sebenar ‘tab penarik’ yang sering kali dijumpai dalam botol minyak masak.
Selalunya, kita akan membuang saja tab penarik tersebut ke dalam tong sampah. Dan kebiasaannya, minyak yang dituang terus dari botol akan terpercik ataupun ‘terlajak’ tuang dalam kuantiti yang banyak.
Dalam video tersebut, wanita ini menunjukkan cara menggunakan tab tarik tersebut dengan betul.
Kongsi wanita itu, jika tab tersebut disumbatkan dalam botol minyak, aliran minyak keluar ke kuali akan lebih lancar serta kita akan dapat mengawal banyak mana minyak masak yang ingin digunakan.
Jadi apabila dah tahu ni, cuba praktikkan dan boleh jimat sikit minyak. Tambah lagi, minyak masak yang botol 5 kilogram pun harganya lebih RM20.
Menerusi ruangan komen, rupanya ramai yang tidak tahu mengenai fungsi sebenar tab penarik botol minyak masak dan rata-ratanya bila buka terus buang dalam tong sampah.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya kita bukan superhero hingga semua perkara kita hendak ambil kisah. Anak tertumpahkan air, berebut remote televisyen dan sebagainya bukan hal besar untuk kita fikirkan hingga buat kita tertekan.
Benda remeh biarkan sahaja, tenangkan diri dan uruskanlah jadual anda sebaiknya. Kawal emosi diri agar tenang berhadapan dengan anak. Inilah yang sebaiknya. Jika penat, berikan waktu untuk berehat sebentar. Tip yang dikongsikan oleh Dr Rozanizam Zakaria ini mak ayah boleh aplikasikan agar hati lebih tenang dan paling penting jangan tertekan dalam menguruskan anak-anak di rumah.
15 TIPS HADAPI TEKANAN BAGI IBU BAPA
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri.
Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Saya kongsikan 15 tips ini untuk panduan bersama.
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA
Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI
Macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA
Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG
Orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA
Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL
Jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA
Bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN
Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI
Setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR
Cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN LUPA TUHAN
Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.