Ads

Sedap Nama Anak Ketiga Juliana Evans, Ringkas!

Sedap Nama Anak Ketiga Juliana Evans, Ringkas!

Tahniah buat pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans yang kini bergelar ibu kepada tiga cahaya mata selepas selamat melahirkan anak ketiganya, seorang bayi lelaki, pada Sabtu lalu.

Kehadiran si kecil pastinya melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga Juliana bersama suami tercinta, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, yang sebelum ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Lebih manis, selepas dua kali menimang puteri, pasangan ini akhirnya menerima kehadiran seorang putera yang dinanti-nantikan dalam keluarga kecil mereka.

Sedap Nama Anak Ketiga Juliana Evans, Ringkas!

Pilih Nama Tengku Ismail Untuk Anak Ketiga Juliana Evans

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 37, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.55 kilogram pada pukul 2.04 petang di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi perkongsian di Threads, pelakon itu turut berkongsi foto bersama bayi yang baru dilahirkan, sekali gus mengumumkan nama indah pilihan mereka, Tengku Ismail.

Dalam perkongsian berkenaan, Juliana meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata ketiganya selain berterima kasih kepada semua yang menitipkan ucapan tahniah dan doa buat keluarga mereka.

Ads

“Alhamdulillah. Kami amat bersyukur. Tengku Ismail telah selamat dilahirkan. Terima kasih atas semua ucapan,” tulisnya.

Perkhabaran gembira itu turut mendapat perhatian peminat yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada pelakon berkenaan.

Sedap Nama Anak Ketiga Juliana Evans, Ringkas!

Juliana Evans Kini Ibu Kepada Tiga Cahaya Mata

Kelahiran Tengku Ismail pastinya menjadi detik cukup bermakna buat Juliana dan suami yang kini mempunyai tiga orang cahaya mata sebagai penyeri kehidupan mereka.

Ads

Selepas dikurniakan dua orang anak perempuan, kehadiran bayi lelaki ini tentunya membawa kegembiraan tersendiri buat pasangan berkenaan, apatah lagi apabila dapat melengkapkan keluarga kecil mereka dengan kehadiran seorang putera.

Nama Tengku Ismail yang dipilih pasangan ini juga cukup ringkas dan sedap didengar. Tidak hairanlah perkongsian mengenai kelahiran cahaya mata ketiga pelakon itu turut menarik perhatian ramai.

Sedap Nama Anak Ketiga Juliana Evans, Ringkas!

Ads

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada 30 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang puteri iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, sebelum kehadiran Tengku Ismail sebagai anak bongsu.

Tahniah sekali lagi buat Juliana dan suami atas kelahiran Tengku Ismail. Semoga si kecil membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan sentiasa membawa kebahagiaan kepada seluruh keluarga.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Thread @julianaevans

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

“Isteri Saya Dah Suruh Angkat Dia!” Syed Saddiq Dukung Bella Astillah,...

Syed Saddiq dukung Bella Astillah dalam video sweet bersama keluarga. Aksi itu buat ramai suami berdebar apabila isteri mula minta layanan sama!