Biarpun kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana berakhir dengan perceraian namun akui Puteri Sarah dia teramat bersyukur dengan hubungannya sekarang bersama bekas suami, Syamsul Yusof yang dilihat semakin baik selepas bercerai.
Bukan untuk dirinya namun akui Puteri Sarah ia pastinya yang terbaik buat dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah yang teramat mengharapkan kasih sayang ayah mereka.
Bagi Puteri Sarah dia melihat perkembangan positif apabila Syamsul sudah mula kerap meluangkan masa bersama dua orang anak-anak mereka.
“Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa anak-anak. Hubungan saya dengan dia juga lebih baik dan kami selalu berhubung memberitahu perkembangan anak-anak.
Ads
“Saya lihat ia satu perkembangan yang baik dan tak lagi macam dulu. Anak-anak juga sangat gembira, jadi saya mahu terus kekal macam ni,” luah Sarah.
Akui Sarah lagi, sehingga kini dia tidak pernah menetapkan tempoh masa untuk berjumpa anak-anak. Terpulang kepada Syamsul jika mahu kerap berjumpa anak-anak.
Dalam pada itu, akui Sarah lagi, dia dan Syamsul juga memilih untuk tidak menceritakan masalah yang pernah berlaku kepada anak-anak mereka.
Ads
“Biarlah mereka tahu secara natural. Lagi pula tiada sebarang pertanyaan daripada anak-anak tentang apa yang berlaku sebelum ini. Anak-anak pun tidak terasa ketiadaan bapa sebab Syamsul selalu ada.
“Kalau boleh saya nak terus rapatkan hubungan Syamsul dan anak-anak. Kami pun tidak menetapkan tempoh masa untuk berjumpa anak,” luah Sarah lagi.
Ads
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof memilih untuk bercerai pada tanggal 14 Jun lalu selepas melalui tempoh kemelut rumhtangga yang berpanjangan.
Makin dikata jangan & tak boleh, makin dia nak. Kaunselor cadang 3 cara ganti katakan tidak kepada anak, boleh elak konflik antara ibu bapa dan anak.
Perkataan jangan & tak boleh dikatakan didengari oleh anak lebih 40 kali sehari. Memang tidak boleh lari, tapi kalau kena caranya, tidak perlu diucapkan pun dua perkataan ini tapi anak boleh menerima dengan mudah.
Kaunselor, Puan Farhan berkongsi 3 cara yang boleh dilakukan kepada anak supaya sesuatu perkara boleh dipersetujui dengan mudah.
Alternatif kepada ayat TIDAK BOLEH/JANGAN
Pagi tadi, saya berhadpaan sedikit konflik bersama Aufa.
Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 7. Saat mahu melangkah ke kereta, Aufa tiba tiba berundur dan dia mengatakan dia mahu ambil baju di dalam rumah. Katanya, nanti dia mahu mandi di pasti. Kalau tidak ada baju, dia tak boleh mandi.
Tapi masalahnya, dia memberitahu perkara itu lambat! Kami sudah bersiap sedia untuk bergerak. Kalau saya buka pagar, dan membenarkan dia mengambil bajunya kami semua akan lambat?
Kemudian, saya berkata
” Tak boleh lah kakak, dah lewat ni nak ambil baju kat dalam rumah”
Aufa pun mula merajuk apabila saya berkata begitu.
“Aufa nakkk jugaaa, nanti Aufa panas kalau tak mandi”
Ketika itu, saya tahu kalau saya ulang perkataan tidak boleh pun dia pasti mahu juga permintaannya ditunaikan.
Lalu, dengan tenang saya berkata
“Ok, boleh. Tapi, esok lah. Aufa kena pastikan sebelum tidur dah letak siap siap baju dalam beg ok?”
Ajaibnya, Aufa boleh terima ayat itu dan kami bergerak ke sekolah dengan tenang.
Rahsianya begini.
Kadang kadang, kita halang anak dari buat sesuatu itu tidak semestinya melalui perkataan tegahan.
-Tak boleh -Jangan
Kadang kadang perkataan ini boleh menyebabkan anak menjadi lebih defensive. Makin dikata tak boleh, makin dia nak.
Menurut Brenna Hicks, seorang play therapist, anak kecil biasanya mendengar perkataan No hampir 40 kali sehari. Woa.
Banyak sungguh ya kita guna perkataan ini. Iyelah. Kadang kadang mungkin setiap jam sekali kot.
IBU BAPA PERLU BIJAK MENGGUNAKAN PERKATAAN TIDAK/ JANGAN/ NO
Jadi, menurutnya lagi kita harus lebih bijak dan tidak terlalu taksub menggunakan perkataan No.
Gunakan pada waktu yang kita benar benar perlukan.
Jadi, ada banyak alternatif lain sebenarnya kita boleh gunakan selain dari mengatakan tidak boleh atau jangan.
#1. Kaedah explain
Contohnya, kalau anak mahu makan coklat. Dia minta kebenaran dari anda.
“Ibu, nak makan coklat”
Jadi, jawapan alternatif yang boleh digunakan adalah seperti
“Boleh kalau adik nak makan coklat. Tapi, adik tahu tak kalau kita makan coklat apa jadi pada gigi kita? Nanti gigi kita mudah rosak tau. Aduh sakitnyaa?”
Jadi, bila anda explain begini secara tidak langsung anak akan faham dan tanpa mengatakan tidak boleh pun dia sendiri tidak mahu [Contoh ini akan berkesan jika anak sydah diajar untuk sayang gigi dari kecil]
#2. Beri pilihan
Katakanlah anak anda berebut permainan yang sama.
Daripada anda ulang ayat ” jangan berebut, jangan berebut” adalah lebih baik anda beri pilihan permainan lain kepada anak anda.
“Adik, jom main permainan lain”
Katakanlah anak berebut kereta, beri permainan lori kepada salah seorang dan biarkan mereka main bersama.
Kalau cara ini tidak berkesan?
Jangan beri pilihan ketika permainan yang anak anda mahu itu ada di depan matanya.
Sebaliknya, bawa salah seorang dari mereka ke luar dan cari pilihan permainan lain.
“Jom kita pilih mainan lain dalam bakul kat luar”
Itu lebih mudah untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.
#3. Beritahu apa yang anak sepatutnya lakukan
Saya beri contoh Aufa. Biasanya, dia suka menjerit bila adik kacau permainan dia.
Kadang kadang letih untuk ulang perkataan jangan menjerit, bising!
Jadi, saya ubah cara saya bercakap ke arah yang lebih berkesan.
“Kakak, cakap slow-slow lah dengan adik, kakak menjerit macam tu lagi adik suka kacau kakak. Cuba kakak bercakap baik baik dengan adik, dan kakak tengok macam mana respon adik”
Dan, biasanya memang akan respon dengan baik dibandingkan apabila kakaknya menjerit marah.
GUNAKAN PERKATAAN TIDAK UNTUK PERKARA YANG PERLU SAHAJA
So, cuba lah untuk ubah cara anda bercakap. Reserve perkataan tidak boleh/jangan untuk situasi yang anda rasa benar benar penting seperti
“Jangan main pisau tu”
“Jangan lari ke tengah jalan”
Situasi di atas ini memerlukan anda untuk untuk cepat bertindak untuk menyelamatkan anak anda.
Kalau untuk situasi yang remah, anda tahu anda boleh ubah cara anda bercakap. Harapannya anak akan lebih mudah bekerjasama dan memberi respon yang lebih positif
Aktiviti air bukan sekadar seronok dan menyegarkan, tapi sebenarnya penuh manfaat untuk perkembangan anak-anak kecil. Terbaru, Dr Amalina Bakri pakar perubatan yang juga ibu kepada seorang anak perempuan comel berkongsi kepentingan memperkenalkan aktiviti renang sejak usia bayi lagi.
Menurut beliau, berenang bukan sahaja bagus untuk kecergasan fizikal, malah menyumbang kepada perkembangan otak, keyakinan diri serta kemahiran sosial si manja.
“Swimming has so many benefits for babies and young children from strengthening muscles, boosting coordination to enhancing water confidence,” kata Dr Amalina di laman Instagram miliknya.
Pergerakan di dalam air membantu menguatkan otot-otot utama bayi dan anak kecil. Ia juga melatih koordinasi dan imbangan badan. Kalau diperhatikan, bayi yang didedahkan kepada renang biasanya lebih cepat belajar duduk, merangkak dan berjalan.
Berenang juga dapat membantu anak mengatasi ketakutan terhadap air. Apabila diajar secara konsisten dalam suasana yang menyeronokkan, anak akan lebih yakin dan berani untuk mencuba perkara baharu. Ini sangat penting untuk perkembangan emosi dan sosial mereka.
Aktiviti di kolam juga jadi waktu bonding yang cukup berharga antara ibu bapa dan anak. Sama ada anak kecil yang masih didukung atau sudah boleh terapung sendiri, momen bermain air bersama ini akan mencipta kenangan manis yang sukar dilupakan.
Menurut kajian, aktiviti renang membantu mengaktifkan pelbagai bahagian otak yang penting dalam perkembangan kognitif. Ia juga memberi rangsangan kepada deria sentuhan, penglihatan dan pendengaran si manja dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
Ramai ibu bapa mengakui anak mereka tidur lebih nyenyak dan makan lebih berselera selepas berenang. Ini kerana aktiviti fizikal seperti ini membantu tubuh anak melepaskan tenaga dengan cara sihat dan semula jadi.
Kalau ibu ayah berhajat nak mulakan sesi renang untuk anak, pastikan tempat yang dipilih selamat, bersih dan sesuai untuk usia mereka. Gunakan pelampung yang betul, pastikan anak tidak kesejukan, dan yang paling penting sentiasa berada di sisi mereka.
Tak salah dedahkan anak kepada dunia air sejak awal, asalkan selamat dan penuh kasih sayang. Macam kata Dr Amalina, “Let them explore, learn and grow — all while having fun in the water!”
💬 Pernah cuba kelas renang untuk si manja? Kongsi pengalaman puan dengan kami di ruangan komen. Mana tahu boleh beri inspirasi buat ibu bapa lain juga!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Susahnya nak suruh anak minum air kosong. Asyik nak minum air kotak dan air botol je yang banyak perisa”. “Anak saya tak suka minum air kosong. Dan kurang sangat minum air.”. “Macam mana ye nak ajar anak suka minum air kosong?”
Persoalan dia atas sering ditanyakan di kalangan ibu-ibu yang mempunyai masalah anak sukar minum air kosong. Timbulnya kerisauan tersebut apabila ibu-ibu ini nampak kesihatan anak mereka makin merosot atau mereka sendiri baru ada kesedaran betapa pentingnya kecukupan air dalam badan seseorang.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Khalisah Hazrina bagaimana cara menyeronokkan mendidik anak minum air kosong sangat mudah dan mungkin boleh membantu ibu lain.
Ada 5 cara menyeronokkan didik anak minum air kosong, Lisa nak berkongsi manfaat dan mengapa betapa pentingnya kita didik anak untuk minum air kosong berbanding air kotak mahupun air botol yang berperisa. Sebenarnya tak salah pun nak beri anak minum air kotak tetapi perlu ajar anak had mana yang boleh mereka minum. Mungkin seminggu sekali atau dua kali sahaja, hanya sekadar untuk merasa dan bagi mereka gembira. Jangan dinafikan hak mereka yang suka benda manis cumanya ajar mereka had-had yang dibolehkan.
Antara manfaat dan kepentingan minum air kosong:
Mengurangkan risiko sembelit di kalangan kanak-kanak. Boleh dikatakan 40-60% kanak-kanak mempunyai masalah sembelit dan bila ditanya mereka ini kurang minum air kosong.
Mengurangkan masalah dehidrasi. Kanak-kanak sangat aktif bermain tidak kisah di luar atau di dalam rumah. kebarangkalian mereka untuk berpeluh sangat tinggi dan menyebabkan mereka akan kekurangan air dalam badan.
Bantu organ badan berfungsi dengan baik. Sebagai contoh organ kulit jika sangat kering akan menyebabkan kegatalan dan akan berdarah.
Setelah ibu-ibu faham dan tahu kebaikan minum air kosong ini untuk anak-anak, maka mudah untuk ibu-ibu didik mereka dan sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang kena minum air kosong, kita sebagai orang dewasa yang meningkat usia juga digalakkan minum air kosong secukupnya tambahan pula kita aktif melakukan aktiviti rutin harian.
1) Sediakan Botol Air Yang Cantik Dan Menarik
Mungkin ada ibu bapa terlepas pandang dengan tips dan cara ini iaitu menyediakan botol air yang cantik dan dapat menarik perhatian anak. Tahukah anda kanak-kanak ini lahiriahnya mereka sukakan perkara di luaran terlebih dahulu berbanding dalamnya ada apa. Sebagai contoh, kanak-kanak suka surprise egg kerana wrapping surprise egg sangat menarik membuatkan kanak-kanak ini menjadi obses untuk sentiasa membelinya sedangkan apabila mereka buka surprise egg mereka hanya layan sekejap sahaja permianan di dalamnya. Begitu juga dalam mendidik anak minum air kosong. Mulakan dengan luarannya nampak menarik terlebih dahulu.
Sebelum Lisa beli botol air anak yang pertama lisa akan tanya dahulu apa kartun yang dia paling suka dan Fareeq kata dia lebih gemar mickey mouse atau robot. Bila lisa belikan botol air yang ada gambar mickey mouse dan robot, dari situ Fareeq sangat suka bawa botolnya ke mana-mana dan secara tidak langsung apabila dia haus dia akan terus minum air botol yang dipegangnya itu.
Anda boleh lihat di sini antara jenis botol air yang dapat bantu menarik perhatian anak-anak supaya suka minum air kosong.
2) Minum Air Menggunakan Straw
Ada sesetengah kanak-kanak mereka tidak sukakan minum air kosong menggunakan cawan kerana ia mudah tumpah dan mereka tidak dapat nak agak perlu teguk tahap mana. Apabila mereka sudah rasa susah untuk minum dengan cara menggunakan cawan, maka mereka akan lebih suka minum air kotak di mana ia ada straw dan mudah untuk minum. Sebab itu, anda digalakkan untuk membeli botol air yang ada straw untuk kanak-kanak ini atau membeli straw plastik supaya mudah untuk kanak-kanak minum air.
3) Lead By Example( Ibu bapa Contoh Terbaik)
Sebelum menyuruh anak-anak ini minum air kosong secukupnya, ibu bapa sendiri perlu minum air kosong secara konsisten. Kanak-kanak akan tiru apa yang kita lakukan bukan apa yang kita suruh mereka buat. Walaupun sekarang ini ibu bapa rasa sukar untuk minum air kosong, tidak mengapa boleh dimulakan sedikit demi sedikit dan sambil itu ajak anak minum air kosong bersama-sama. Tiada istilah terlambat dalam mengajar anak-anak ke arah kebaikan. Sentiasalah positif dalam mendidik anak-anak.
4) Mendidik Seawal 6 bulan
Bagi anda yang mempunyai anak masih bayi, ketika inilah masa terbaik untuk kenalkan anak-anak amalan minum air kosong sejak mereka bayi lagi. Umur yang ideal untuk diperkenalkan minum air kosong adalah seawal 6 bulan kerana ketika usia ini mereka sudah mula makan solid food dan risiko mereka untuk menghadapi masalah sembelit agak tinggi. Ketahuilah bahawa umur ini, kanak-kanak akan ikut sahaja apa yang ibu berikan kepada mereka. Maka lebih mudah untuk mereka mengamalkan minum air kosong sehingga besar nanti.
Berdasarkan pengalaman Lisa sendiri dengan mempunyai 2 orang anak, Lisa lambat perkenalkan anak pertama Lisa dengan air kosong menyebabkan dia agak sukar untuk minum air kosong dan sehingga umurnya 2 tahun barulah dia betul-betul suka untuk minum air kosong. Berbeza dengan adiknya, Sarah. Lisa mula perkenalkan Sarah dengan minum air kosong seawal 6 bulan dan alhamdulillah sehingga kini air kosong merupakan minuman kegemarannya selain susu badan atau susu formula.
5) Sediakan Buah Yang Kaya Dengan Kandungan Air
Di samping memberi air kosong untuk kanak-kanak ini sentiasa hidrasi, mereka juga boleh makan-makanan yang kaya dengan kandungan air seperti tembikai, sayuran, buahan yang lain. Buahan dan sayuran ini mampu membekalkan air dalam badan kanak-kanak selain sumber minum air kosong sahaja. Selalulah mendidik anak untuk mencintai makan buahan dan sayuran yang dapat memberi mereka
Sebenarnya mendidik anak minum air kosong bukanlah susah jika kita tahu cara dan teknik yang betul. Tambahan pula bila kita sudah faham mengapa air kosong sangat penting untuk anak-anak dan pada diri kita juga. Cumanya kesedaran itu perlu dipupuk dari awal lagi.
InsyaALLAH, Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak untuk minum air kosong secara konsisten dan di samping itu memberi kesihatan yang lebih baik kepada kita semua.