Anak-anak kita tidak semuanya sama. Sekali pun mereka semua daripada 1 ibu dan 1 bapa yang sama. Orang kata produk 1 kilang yang sama.
Mereka ini akan berbeza pada kepandaian dan kepantasan mengaplikasi ilmu yang mereka belajar. Akan ada cepat belajar dan faham begitu juga akan ada yang sebaliknya.
Bila kita kenal pasti perbezaan ini, ada beberapa perkara yang kita perlu buat.
1. Bagi perhatian yang sewajarnya. Maksudnya anak yang kita nampak lemah, bantu lebih masa pada mereka. Terutama hal pelajaran nanti.
Ads
2. Kita sebagai ibu bapa kena jadi orang pertama yang meletakkan keyakinan kepada anak-anak. Kesannya nanti anak-anak akan ada keyakinan diri yang tinggi. Ini penting untuk mereka ketika mereka belajar.
3. Perkara paling penting yang kita kena elakkan adalah bercakap dengan mereka perbezaan itu dalam bentuk merendahkan antara mereka. Contohnya;
“Kakak pandai je nak kemas baju sendiri lepas balik sekolah daripada darjah 1. Adik ni dah darjah 3 pun tak pandai lagi.”
Ads
Agak-agak boleh bayang tak apa perasaan adik yang dibezakan dengan kakak dia sendiri? Dan ayat itu keluar daripada mulut mak ayah dia. Pedih woih. Dia akan simpan sampai besar kakak lebih bagus di mata mak ayah dia. Bahaya.
Ads
4. Ingat juga, kita dengan adik beradik kita pun lain. Tak semua sama ye dak. Setiap kita ada sikap kita sendiri. Begitulah anak-anak kita.
Kawan-kawan, walaupun semua anak-anak kita lahir daripada rahim yang sama. Tetaplah mereka itu unik. Setiap seorang Tuhan anugerahkan dengan sifat dan watak yang berbeza.
Kitalah yang bertanggungjawab menjadikan mereka seorang hamba yang menjadi khalifah suatu hari nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa mesti impikan anak-anak yang bijak. Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak, pandai dan mudah di didik? Dr. Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan masa selama 20 minit.
Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.
Tiada lagi hubungan anak-ibu bapa yang akrab.
Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak
-Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.
-Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.
-Gunakan kebijaksanaan kita untuk berinteraksi dan bermain dengan anak secara efektif.
-Ia boleh dilakukan di rumah, di taman permainan atau ketika berada di tempat awam ketika menunggu.
-Berikan sepenuh perhatian kepada anak. Jangan melayan anak sambil kita melayan telefon bimbit, menonton TV, atau membaca akhbar. Fokus pada anak. Libatkan emosi dan kasih sayang kepada mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
“Besar nanti jadi anak soleh ya sayang,” ungkapan sering diucapkan kebanyakan ibu bapa kepada anak. Namun bagaimana caranya untuk menjadikan anak itu sebagai anak yang soleh dan solehah?
Anak soleh bermula daripada didikan
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang soleh, mendengar kata dan bijak. Tetapi bagaimana sebenarnya cara yang terbaik untuk menjadikan si kecil membesar menjadi anak soleh? Adakah ia sukar untuk dilakukan?
Sebenarnya, untuk menjadikan anak membesar sebagai insan yang soleh dan solehah bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana ia bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.
Dalam erti kata yang mudah, jika ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul dan terbaik, maka impian memperolehi anak soleh dan mendengar kata, pastinya akan dapat dicapai. Tetapi bagaimana?
Mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Dalam masa yang sama tanggungjawab tersebut perlu dilengkapi dengan perasaan kasih sayang.
Kaedah mendidik anak
Bagaimana yang dikatakan sebagai cara didikan yang betul dan terbaik agar si manja membesar menjadi anak soleh? Penulis akui, setiap ibu bapa mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak.
Walau bagaimanapun, berikut adalah antara beberapa kesilapan yang tanpa disedari dilakukan oleh kebanyakan individu bergelar ibu bapa:
Penggunaan bahasa yang kasar
Anda pasti pernah berada dalam situasi di mana seorang ibu memarahi anaknya di depan khalayak umum, bukan? Ataupun pernah tak anda mendengar jiran anda menjerit dan menggunakan bahasa yang kasar kepada anaknya?
Apakah perasaan anda tatkala mendengar jeritan, maki hamun dan amarah seorang ibu kepada anaknya? Mungkin anda berasakan itu adalah cara si ibu melepaskan tekanannya akibat sikap si anak.
Tetapi sebenarnya perbuatan seperti itu lebih cenderung menjadi ikutan si anak apabila dewasa kelak. Mereka mungkin akan menjerit, marah dan memaki sesiapa sahaja yang tidak mengikut keinginannya. Adakah anda mahu anak anda menjadi individu seperti itu?
Bukankah setiap tutur kata ibu bapa itu adalah doa? Bukankah anak itu cerminan diri ibu bapa? Maka jika anda mahu si kecil menjadi anak soleh dan solehah, maka elakkan daripada menuturkan perkataan kasar yang tidak elok. Ubah diri anda terlebih dahulu sebagai ibu bapa sebelum anda membentuk si manja menjadi anak yang baik.
Memaksa anak
Anda mahukan anak mendengar setiap kata dan mengikut telunjuk anda. Anda langsung tidak cuba memahami keinginan si kecil. Adakah anda sedar tindakan anda itu boleh menyebabkan si kecil menjadi tertekan? Lebih menakutkan jika mereka tidak mempunyai keinginan dan semangat untuk melakukan sesuatu seperti bermain?
Ya, kita semua sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi adakah apa yang kita rasakan terbaik itu, sememangnya terbaik buat si kecil? Bayangkan jika anda berada di tempat si manja dan dipaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendak anda, apakah perasaan anda? Malahan, tidak mustahil ia boleh menyebabkan wujudnya dendam dalam hati si manja.
Sebaiknya, jangan terlalu memaksa anak anda mengikut telunjuk anda semata-mata. Berikan si kecil peluang menikmati zaman kanak-kanak mereka. Benarkan mereka untuk mempunyai pengalaman dan memori menyeronokkan dan akan dikenang sepanjang hayat mereka.
Jika mereka mempunyai minat dalam sesuatu perkara, bantu mereka untuk menjadi terbaik dalam apa juga bidang kegemaran mereka. Jika mereka masih kabur, maka ia adalah tugas anda untuk membantu mereka membina dan mewujudkan perkara yang mereka gemari.
Melarang anak
Pernah tak si kecil secara tiba-tiba datang kepada anda dan menyatakan “Mama, Husna nak tolong sapu sampah”, apakah reaksi anda? Mengizinkan atau menghalang? Jika anda mengizinkan, maka anda membuat keputusan yang betul walaupun hakikatnya si kecil mungkin hanya akan menambahkan lagi kerja anda.
Ini sekurang-kurangnya dapat mendidik sifat dan keinginan untuk membantu dalam diri mereka. Dalam masa yang sama membangunkan rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.
Sebaliknya, jika anda memarahi mereka dan menolak keinginan mereka untuk membantu, malah lebih teruk lagi apabila anda memarahi mereka, percayalah situasi ini akan menyebabkan mereka sukar untuk membantu dalam melakukan tugasan di rumah.
Menipu
Kenapa anak takut untuk bercakap benar apabila melakukan kesalahan? Sudah tentu kerana mereka bimbang akan dimarahi anda. Kenapa anak gemar untuk menipu? Pastinya kerana mereka pernah melihat anda menipu.
Seperti yang dikatakan pada awal tadi, anak adalah cerminan diri anda sendiri. Jika anda merupakan individu yang tidak beradab, gemar meninggikan suara dan menipu, maka tidak mustahil anak anda juga akan bersikap sebegitu. Si kecil mudah meniru apa yang sering mereka lihat.
Buat perangai
Anak meminta anda membelikan sesuatu dan anda tidak memenuhi permintaannya, apa yang akan berlaku? Adakah dia mengamuk, menangis atau mendiamkan diri? Jika mereka mengamuk dan membuat perangai, ini bermakna mereka sudah biasa dengan situasi segala kehendak dan keinginan mereka dipenuhi.
Mungkin ada antara anda bertanyakan, adakah ia sesuatu yang tidak bagus sedangkan anda mampu untuk memberikannya? Sebenarnya, anak anda harus mempunyai satu kesedaran bahawa bukan semua perkara yang diingini akan diperolehi.
Mereka harus belajar bersyukur dengan apa yang mereka miliki dan bukannya hanya tahu meminta-minta. Ini kerana dikhuatiri sikap ini akan terbawa-bawa sehingga anak anda sukar menerima pendapat dan pandangan individu lain.
Segalanya bermula daripada didikan anda sebagai ibu bapa. Banyakkan bersabar, okay?
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali anak menonton di Youtube pastikan dalam tempoh dua jam itu anak diberikan bahan tontonan yang benar-benar memberi manfaat kepada mereka. Bukan sekadar sekadar tontonan kosong.
Jika program Cocomelon dikatakan kurang sesuai kerana berkemungkinan membuatkan anak speech delay, lain pula kisahnya dengan rancangan Blippi yang begitu disyorkan kerana banyak cara pembelajaran yang dipersembahkan dalam program ini.
Ini yang dikongsikan oleh Pn Farhuda Zulaikha di facebooknya. Malah kata beliau, inilah cara yang digunakannya untuk mengajar anaknya lebih cepat mengenal huruf.
Rancangan wajib ditonton anak-anak.B.L.I.P.P.I
Ia merupakan a must watch educational show for kids. Banyak bermain dengan warna, perkataan yang disebut berulang kali, benda yang dieja satu persatu, simulasi, the process dan macam-macam lagi. Ia benar-benar rancangan yang bagus untuk anak-anak tonton.
Memang anak-anak dok tonton dah selama ni, tapi kami ambil peluang minta Rayyan tonton Blippi Alphabet Song setiap hari untuk mengenal huruf. Wajib setiap hari.
Alhamdulillah senang sahaja nak ajar anak ke-3 saya ini membaca. Sebelum ni rasa nak koma mengajar kakak-kakaknya.
Anak-anak saya tak jalan dengan flashcard. Emaknya pun jenis kurang sabar, jadi ada baiknya benarkan mereka ulang tonton video Alphabet song tu.
Anak suka, emak pun tak hijau. Usai mengenal huruf, terus fokus baca suku kata terbuka setiap hari. Dengan teknik qiraati/phonic sound. Tak perlu mengeja.
Jadi hasilnya dah boleh membaca ayat-ayat pendek dalam masa 2 bulan.
Depa pun speaking bukan main berhabuk dah sekarang walaupun kami bukan speaking pun di rumah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.