Anak-anak masa kini memang kurang gemar membuat aktiviti fizikal. Maklum sahaja bila gajet ada ditangan, kalau tak ditegur ralit boleh sampai ke petang. Kita memang tahu pendedahan gajet kepada anak-anak yang masih muda memang tidak bagus untuk perkembangan mereka.
Oleh itu, perkongsian oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, Occupational Therapist boleh mama papa praktikkan bersama anak-anak. 10 aktiviti yang boleh dilakukan di rumah nak bantu tingkatkan fokus si kecil tersayang.
Apa yang disenaraikan juga akan membuatkan si kecil seronok dan yang paling penting mungkin mama dan papa juga boleh turut serta!
10 AKTIVITI RUMAH BANTU ANAK TINGKATKAN FOKUS:
Ads
1️. Susun kasut di rak kasut. 2️. Siram pokok bunga dalam pasu. 3️. Asingkan sudu dan garfu yang sudah dibasuh ke dalam tempat berasingan. 4️. Scoop beras ikut sukatan, dan masukkan dalam periuk nasi. 5️. Masukkan roti dalam pembakar roti, tekan dan alert kan anak bila roti siap masak.
6️. Sapu jem atas roti. 7️. Sapu tumpahan nasi atau tumpahan serpihan biskut atas lantai atau meja guna set penyapu kecil. 8️. Ambil barang dalam laci, dan simpan semula. 9️. Susun cawan plastik di tempatnya selepas guna untuk minum air masak (anak ada cawan plastik khas air masak setiap seorang). 10. Cabut rumput yang tertumbuh di celah tiles bawah porch.
Ads
Kesemua aktiviti di atas akan bantu anak: Rancang pergerakannya (motor planning). Buat keputusan samada kerjanya dijalankan dengan betul atau tidak. Alert dengan apa yang ada dan berlaku di persekitaran rumahnya. Mendengar arahan dan mengikut peraturan.
Ramai dah positif COVID-19 sekarang. Dulu kita dengar orang-orang jauh je. Sekarang orang-orang rapat dalam famili & kenalan pun dah kena.
Jika anda positif COVID-19 & TAK BERGEJALA & TIDAK BERISIKO TINGGI, anda tak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan dan menjalani kuarantin di rumah je. Syukur tak serius.
Tapi bagaimana nak pastikan ketika kita kuarantin di rumah keadaan diri dan ahli keluarga berada dalam keadaan baik. Ini perkongsian yang sangat bermanfaat dari Dr Izzar Anwari dan apa persediaan yang boleh dilakukan. Orang kata mencegah lebih baik dari merawat!
TAPI, ini tak bermakna keadaan anda tidak akan bertambah serius.Tambah2 dengan delta variant ni kan. Selain memantau gejala di rumah, ada perkara lain yang SANGAT PENTING untuk dipantau iaitu oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan. 4 perkara ni anda boleh ukur sendiri di rumah kalau ada alat dia.
1️⃣ Pulse Oximeter – Ukur spo2 & pulse rate
2️⃣ Blood pressure monitor
3️⃣ Thermometer – Ukur suhu badan
Tak kisahla anda positif ke tak, beli sekarang 3 benda ni. Belikan untuk mak ayah sekali. Dengan adanya 3 benda ni, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat. Baru tindakan AWAL & SEGERA boleh dilakukan sebelum terlambat.
Ada kes yang taktau pun dia positif pastu masuk hospital dah CAT4/5, ada yang kuarantin di rumah mula2 CAT1 pastu tiba2 CAT3/4 dah bila dia ke hospital. Delta varian ni ganas ye. Jangan main2. Kalau ada 3 alat ni insyaAllah boleh pantau betul2 dan ambil tindakan segera.Jadi, beli 3 benda ni SEKARANG kalau takde kat rumah. Beli untuk mak ayah sekali. Kalau apa2 terjadi, ingatlah bahawa ‘I’VE TOLD U SO’
Apa-apa pun. Sila vaksinasi dan jaga SOP. Stay safe semua. Nanti bila free saya explain penggunaan alat-alat ni.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi baru lahir telah dijangkiti Coronavirus. Menurut laporan, bayi tersebut dipercayai menjadi mangsa termuda pernah direkodkan dalam kes virus pandemic ini.
Menurut laporan the Sun, ia terjadi apabila ibu bayi tersebut digegaskan ke hospital London beberapa hari sebelum kejadian kerana disyaki pneumonia.
Ibu bayi itu seperti dilaporkan oleh akhbar, telah membuat saringan di North Middlesex Hospital, Sterling Way, London, dan telah disahkan positif hanya selepas melahirkan bayi tersebut.
Bayi itu dipercayai turut menjalani saringan sebaik sahaja dilahirkan.
Menurut sumber, “Staf yang berhubung dengan kedua mangsa telah dinasihatkan untuk mengasingkan diri. Pegawai perubatan sedang mengenal pasti kesan jangkitan tersebut:”
Setiap kali berkongsi video di Instagram, ada sahaja gelagat comel anak-anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang membuatkan kita rasa tertarik. Mana tidaknya, bukan hanya berkongsi tip bahkan bapa kepada enam cahaya mata ini cukup gemar berkongsi telatah anak mereka. Comel.
Terbaru menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini turut berkongsi video Eusoff dan Emelia ketika sedang makan. Kata Dr Sheikh, kedua anak kembarnya itu setakat ini tidak memilih makanan malah cukup berselera setiap kali makan.
Menerusi entri yang sama, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi tip untuk mengelakkan bayi memilih makanan. Semoga tip ini dapat dijadikan panduan buat semua ibu yang bakal memperkenalkan makanan pejal untuk bayi mereka.
“Si kembar ni suka makan. Mereka bukan pemilih makanan atau picky eater, setakat ini..haha.
Caranya ialah:
1. Untuk memperkenalkan pelbagai makanan dari usia 6 bulan. Ikuti menu yang sama selama 3 hari dan kemudian ubah. Biarkan mereka terbiasa dengan rasa. Cth brokoli, Lobak, dll.
2. Beri makan mereka ketika benar-benar lapar Tahan susu 3 jam sebelum beri makanan. Mereka tidak akan makan sekiranya perut mereka kenyang.
3. Tanpa gula atau garam Tidak menambah perisa tambahan. Setelah bayi menyukai rasa manisnya dia akan menolak makanan lain. Ramai kanak-kanak kecil menolak susu setelah diberi susu coklat atau minuman manis.
4. Pastikan ia semula jadi Sama ada Brocolli, Wortel atau Ubi Keledek, biarkan ia mengikut cita rasa asalnya. Jangan mengelirukan selera mereka.
5. Ikut pada rutin makanan Bayi tahu waktu makan mereka jika diberikan pada masa yang sama dan akan teruja dengannya.
6. Jadikan Waktu Makan Menyeronokkan Menghidangkan makanan kepada bayi haruslah menyenangkan. Anda boleh membiarkan bayi bermain dengan finger food atau makanan yang boleh dipegang mereka walaupun sedikit berkecah.
7. Jumlah yang betul Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Kuantiti yang sedikit adakalanya buat bayi kecewa dan menyebabkan mereka marah.
8. Galakkan mereka Masa suap dan beri makanan, selalulah katakan betapa enaknya makanan tersebut. Tepuk tangan dan cium mereka setelah selesai makan. Ini mendorong bayi untuk menghabiskan makanan setiap kali makan.
9. Rasa dulu Rasa makanan dulu sebelum hidangkan pada anak. Cara ni buat anda lebih tahu apa jenis makanan yang disukai mereka. mereka.
10. Jangan putus asa Hanya kerana bayi tak menyukai satu jenis makanan tak bermakna dia tak menyukainya. Cuba lagi pada keesokan harinya dengan pendekatan yang berbeza.
Bayi harus diperkenalkan dengan makanan seimbang yang terdiri daripada karbohidrat, protein dan sayuran. Jangan lupa berikan air kosong di antara makanan. Sebaiknya mulakan teknik di atas dari usia 6 bulan,” katanya berkongsi.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...