Anak-anak kecil memang mudah merajuk, kadang kala penat mama nak pujuk. Ada ketika ‘mood’ anak-anak asyik tak kena je satu hari. Daripada kita asyik marah-marah anak apa kata kita doakan anak supaya hatinya tenang dan terang menerima nasihat kita.
Seperti perkongsian ibu ini, pada awalnya anak kedua dia suka mengamuk tak tentu pasal. Setelah mendapat nasihat daripada orang tua, dia tambah amalan doa Nabi Daud setiap hari untuk anak-anak tersayang.
Posting ni BUKAN NAK BANDING
Tapi bila jadi ibu ni, kita nampak setiap anak berbeza. Nur dari anak-anak lahir, masa menyusu, masa sebelum tidurkan memang Nur baca Al Fatihah, 3 Qul, Al Qadr, Al Inshirah, Doa Penerang Hati Anak Soleh, Surah Toha 1-5 & zikir Ya Latif.
Ads
Oh, baca juga masa basuh beras.
Ads
Tapi siapa yang dok nampak posting Nur di sini, Haasya ni lain sangat kan? Merajuk sehari tu tak terkira.. Memang betul, anak no 2 ni sensitif. Asyik nak dibelai dimanja, nak kena lemah lembut gemalai. Tapi kalau sehari asyikkkkkk saja nak moody tiba-tiba, sikit-sikit bad mood, sikit-sikit tarik muka.. Kadang geram jugak .
Baru ni cakap dengan mak, mak kata, cuba hang baca Do’a Nabi Daud lembut besi tu pula..
Ads
Terus malam tu Nur buat, esok tu memang Haasya tak merajuk.. Terkejut ! Video call bagitahu mak.. Ni dah masuk beberapa malam Nur buat.. Alhamdullilah nampak perubahan Haasya, nak merajuk pun sikit-sikit ja.. Tak lebih-lebih tarik muka masam dia tu..
Alhamdullilah semua ni Allah punya rahmat. 🤲🏻
Jadi sekarang senarai rutin do’a dah bertambah..😅 Malam-malam depa kalut pilih tangan Nur yang mana satu nak letak di dada depa masing-masing.
Baby safety gate atau pagar keselamatan bayi antara peralatan penting yang perlu ada dalam setiap rumah jika anda mempunyai anak-anak kecil.
Lebih-lebih lagi jika kediaman jenis dua tingkat, tahap keselamatan si kecil prlu diperketatkan apabila melibatkan binaan tangga. Mahu tak mahu, pagar keselamatan mesti ada untuk mengelakkan si kecil bermain di kawasan tangga.
Berdasarkan panduan yang dikongsikan oleh bapa ini, anda boleh membuat sendiri (Do-It-Yourself) security gate dengan menggunakan bajet serendah RM 30!
1 : Pelaras Kaki Meja terpakai ( yang akan berfungsi sebagai security locked).
2: Kayu Pallet
3 : Vidga IKEA (Curtain Hook) dapat sekali getah tu
4: Besi L Shape (MR.DIY jual harga RM1.80)
5 : Skru & driller
6 : Roda Kecil (Kedai RM2.10)
2. Roda di bawah dan tepi dinding.
3. Roda tepi untuk jarakkan dinding.
4. Roda bawah dua biji (kalau rajin buatkan rel nanti).
5. Kunci yang boleh dilaraskan. tebuk lubang sendiri.
Tak perlu nak membezakan anak sendiri dengan anak angkat! Itu pendirian Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Pasangan ini wajar dipuji kerana walaupun dah mempunyai tiga anak kandung, namun masih lagi menerima kehadiran dua anak angkat dalam keluarganya.
Ternyata Ameena dan Qayyum cukup bertuah kerana mendapat sepenuh kasih sayang. Malah anak-anak Aliff Syukri pun teruja dengan dua adik baru mereka. Masing-masing cukup mesra melayannya.
Melalui perkongsian di instagram, kemanjaan Ameena dan Qayyum dengan Aliff serta isterinya membuatkan ramai peminat kagum.
Di sebalik kesibukan mereka menjalankan perniagaan, perhatian pada anak-anak diberi keutamaan. Boleh dikatakan Aliff sentiasa meluangkan masa dengan dua anak angkatnya setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur.
Paling terkesan sekali, Aliff dan isteri tak sanggup bila tahu dua anak angkatnya kurang sihat. Seboleh mungkin dia mahukan yang terbaik. Memang respect sungguh pada pasangan ini yang begitu ikhlas menjaga anak angkatnya.
Sementara itu, Aliff juga turut terkilan dengan pandangan orang ramai mengenai tindakannya tidak membawa dua anak angkat bercuti ke luar negara bulan lalu. Aliff dalam kenyataan kepada MStar Online menyatakan kedua-dua anak angkatnya tak boleh dibawa keluar negara selama dua tahun kerana masih di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Jangan buat andaian mengatakan kami tak bawa sekali sebab mereka anak angkat. Kalau boleh kami nak bawa semua,” jelasnya.
Walau apa pun pandangan orang ramai, semoga Aliff dan isteri dapat terus mencurahkan kasih sayang kepada dua permata hati istimewa mereka. Semoga Ameena dan Qayyum dapat membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan seluruh ahli keluarga Aliff.
Sumber: instagram babyterlajaklaris
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tugas menjaga bayi atau anak yang masih kecil, kebanyakan bapa surrender awal-awal lagi. Kebiasaannya golongan bapa menganggap ibu lebih sesuai memahami apa yang anak mahukan. Jadi bila si ayah ditugaskan untuk menjaga anak, jika tiba-tiba menangis, terus diserahkan tugas itu pada isteri.
Sebenarnya dalam bab keibubapaan, bonding anak bersama bapa sangat penting untuk mewujudkan kasih sayang, kemesraan dan keyakinan dalam diri anak untuk membesar. Inilah pentingnya ayah lebih rapat dengan anak.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan, beliau menjelaskan jika anak-anak menangis dan tetap mahukan ibu, itu tandanya bonding dengan ayah masih lagi kurang. Bermakna satu kegagalan di pihak seorang ayah.
Bonding dengan anak-anak anda. Kalau baby menangis nak mommy, maknanya daddy tak cukup bonding. Jika anak mahukan mamanya, ia menunjukkan kegagalan dalam ilmu keibubapaan di pihak ayah.
Ikatan antara ibu dan bayi memang tak dinafikan lagi. Ia bermula sejak lahir iaitu sentuhan pertama, bau dan penyusuan. Tidak dinafikan mommy mempunyai kelebihan.
Biasanya pada waktu begini, daddy tak rapat kerana mereka tidak tahu nak buat apa. Mereka tidak pernah diajar atau diberitahu mengenai apa tugas yang sepatutnya mereka buat. Mereka hanya fokus untuk buat ibu rasa selesa.
Usia 0-3 bulan penting bonding ayah dengan anak
Kongsi Dr Sheikh Muszaphar lagi, antara waktu penting dan sesuai untuk bonding dengan anak adalah ketika umur mereka 0-3 bulan. Hal ini supaya anak-anak boleh merasai kewujudan ayah seperti yang dilakukan oleh ibu.
Masa paling kritikal untuk bonding ialah 0-3 bulan. Inilah masanya daddy harus memainkan peranan penting seperti mommy jika mereka mahu mewujudkan ikatan istimewa itu.
Apakah yang boleh ayah lakukan untuk mewujudkan ikatan yang kuat ini?
1. Mula belajar mengendalikan bayi. Jangan takut. Bila dah biasa, lama-lama akan ok. Lihat dan belajar bagaimana isteri uruskan anak.
2. Tukar lampin bayi
3. Mandikan bayi
4. Tidurkan bayi
5. Nyanyi lagu lullaby kepada bayi
6. Sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
7. Bersendirian dengan bayi di dalam bilik.
8. Cuba ambil tugas untuk beri susu pada bayi atau suapnya makan
9. Bersiar-siar di taman dengan hanya anda dan bayi
10. Luangkan seberapa banyak masa dengan bayi. Ambil dan peluk bayi selepas setiap kali menyusu.
Tetapi apabila mereka dah menginjak usia menjadi kanak-kanak kecil, mereka mula mahukan salah seorang antara ibu atau bapa dan ia adalah bersebab.
1. Apabila salah seorang (ibu atau bapa) bersikap tegas dan seorang lagi mengalah sepanjang masa.
2. Apabila salah seorang biasanya berjauhan dengan anak kerana bekerja.
Oleh itu, penting bagi kedua ibu bapa untuk meluangkan sebanyak mungkin masa bersama anak. Kedua ibu bapa mestilah mempunyai gaya keibubapaan yang sama terhadap anak-anak.
Jika ayah keluar bekerja, apabila pulang ke rumah, biarkan si ayah pula uruskan anak seperti memandikannya, melayan anak main atau bercerita sebelum anak tidur dan sebagainya.
Kedua ibu bapa mestilah mempunyai gaya keibubapaan yang sama terhadap anak-anak. Jika Mommy kata Tidak, maka Daddy patut ikut sama.
Ikatan dengan anak anda boleh memberi kesan jangka panjang yang positif. Kedua-dua ibu bapa perlu memainkan peranan untuk melahirkan anak yang lebih penyayang, yakin dan berjaya.
Kredit: Instagram Dr Sheikh Muszaphar
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah Shayan Ishaan serangga mencuri perhatian apabila kanak-kanak 2 tahun ini berjaya menamakan 30 serangga dalam seminit dan mencipta rekod Malaysia.