Bila gigi anak-anak bermasalah pasti ibu bapa kebuntuan. Perlukah dicabut ataupun dibiarkan? Persoalan ini selalu timbul. Bagi ibu bapa yang tidak tahu apa harus dilakukan, baca artikel penuh ini.
“Doktor, gigi anak saya berlubang, baru 5 tahun kena cabut ke tampal?”
Tampal, Dr Izaza memang suka suggest gigi anak ditampal bukan dicabut. Sebab?
Ads
Sebab, gigi anak 5 tahun masih lambat lagi nak tumbuh gigi kekal. Bila gigi kekal lambat lagi nak tumbuh, jadi simpan lah gigi susu tu baik baik
Sama lah macam luka koyak, rawatan dia jahit. Tak ada lagi Dr Izaza dengar kalau kulit koyak rawatan dia cabut dan buang
https://www.youtube.com/watch?v=YrDJJ4rtXGY
So, konsep yang sama dengan gigi. Lubang je gigi tampal, goyang je gigi cabut. Tapi, setiap rawatan gigi bergantung juga pada keadaan gigi, usia pesakit dan kesihatan pesakit
Jadi, apa-apa rawatan perlu berjumpa Doktor di klinik. Kalau nak nasihat atau 2nd opinion boleh la tanya melaluisocmed nih
Kanak–kanak terutama bayi, tidak mempunyai sistem imun yang kuat seperti mana orang dewasa. Beberapa imunisasi (vaksinasi) diperlukan dalam beberapa tahun pertama kehidupan kanak-kanak bagi melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit serius.
Vaksinasi adalah cara yang paling efektif untuk melindungi anak-anak kita daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa kematian. Vaksinasi merupakan satu proses pembentukan imuniti. Ia dapat melindungi bayi dan kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentu dengan mudah, selamat dan berkesan.
Pemberian vaksin boleh dilakukan secara suntikan atau secara pemakanan. Vaksin adalah virus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melalui mulut.
Dr. Ahmad Samhan menerusi laman facebooknya berkongsi tentang 11 suntikan vaksin wajib diambil oleh anak-anak supaya tidak mudah jatuh sakit. Ikuti perkongsian ini.
Vaksin BCG berfungsi sebagai memberikan perlindungan atau imuniti kepada tubuh daripada penyakit tuberkukulosis atau lebih dikenali sebagai batuk kering. Bayi yang baru lahir akan diberikan suntikan vaksin BCG ini selepas kelahiran.
Untuk bayi, suntikan Hepatitis B ini akan diberikan sebanyak 3 kali.
1️⃣ Dos pertama akan diberikan ketika bayi dilahirkan.
2️⃣ Dos kedua pada bulan pertama kelahiran.
3️⃣ Dos ketiga akan diberikan pada bulan ke-6 kelahiran.
3 suntikan dan ada suntikan tambahan lain
1️⃣ Suntikan pertama diberikann bulan ke-2 kelahiran
2️⃣ Suntikan kedua pada bulan ke-3 kelahiran
3️⃣ Suntikan ketiga pada bulan ke-5 kelahiran
1 suntikan tambahan diberikan pada bulan ke-18 kelahiran
Kanak-kanak 7 tahun dan remaja 15 tahun akan diberikan suntikan tambahan vaksin difteria dan tetanus.
Haemophilus influenza B boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan dan akan menganggu kanak-kanak bawah usia 5 tahun. Ia boleh menyebabkan jangkitan telinga dan bronkitis.
3 suntikan dan suntikan tambahan
1️⃣ Suntikan pertama pada bulan ke-2 kelahiran
2️⃣ Suntikan kedua pada bulan ke-3
3️⃣ Suntikan ketiga bulan ke-5
1 suntikan tambahan pada bulan ke-18
Polio boleh menyebabkan kelumpuhan kekal dan kematian kerana otot pernafasan gagal berfungsi.
3 suntikan dan suntikan tambahan
1️⃣ Suntikan pertama diberikan pada bulan ke-2 kelahiran
2️⃣ Suntikan kedua pada bulan ke-3
3️⃣ Suntikan ketiga pada bulan ke-5
Suntikan tambahan pada bulan ke-18 kelahiran
Vaksin ini memberikan perlindungan 3 jenis penyakit iaitu campak, beguk dan Rubella.
3 suntikan dan suntikan tambahan
1️⃣ Dos pertama bulan ke-9 kelahiran
2️⃣ Dos kedua bulan ke-12 kelahiran (bayi yang lahir di Sabah, suntikan campak diberikan pada bulan ke-6)
Kanak-kank usia 7 tahun akan diberikan 1 dos tambahan untuk vaksin campak dan rubella.
Suntikan ini untuk mengekang kanser serviks, vulvar dan faraj, kanser tekak, dubur dan zakar.
Vaksin remaja: untuk perempuan, mereka diberikan suntikan HPV ketika usia 13 tahun.
Vaksin dewasa: individu berusia 18 tahun hingga 24 tahun disarankan mengambil suntikan sebanyak 3 dos. Harga anggaran antara RM100-RM180.
Penyakit ini boleh didapati melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti virus JE. Simptomnya ialah demam, pening kepala dan jangkitan otak.
Vaksin bayi: Suntikan ini diberikan kepada bayi yang lahir di Sarawak sahaja.
1️⃣ Dos pertama: bulan ke-9 kelahiran 2️⃣ Dos kedua: bulan ke-21 kelahiran
Flu atau influenza menyebabkan masalah seperti pneumonia, bronkitis, jangkitan sinus dan telinga.
Vaksin dewasa: Individu dewasa disarankan mengambil suntikan ini setiap tahun. Anggaran harga bagi 1 suntikan ialah RM60-RM100.
Ia menyebabkan penyakit jangkitan paru-paru, darah, meningitis dan otak.
Vaksin untuk bayi: Kerajaan memberikan suntikan percuma kepada semua bayi bermula Jun 2020.
Ia menyebabkan penyakit jangkitan paru-paru, darah, meningitis dan otak.
Vaksin untuk bayi: Kerajaan memberikan suntikan percuma kepada semua bayi bermula Jun 2020.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tahniah diucapkan buat pelakon, Tasha Shilla yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada Sabtu lalu.
Putera sulung pasangan itu selamat dilahirkan pada Ramadan ke-12, Sabtu 24 April di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Melalui Instagramnya, Tasha menyampaikan perkhabaran gembira itu kepada umum. Malah Tasha juga amat berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya dan bayi.
“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.
“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, Tasha juga meluahkan penghargaan buat suaminya serta orang-orang terdekat yang sentiasa menjadi penguatnya sepanjang kehamilan dan detik kelahiran bayi sulung mereka.
“Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much.
“Allahumma-la’ quluba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah.”
Arti lafaz di atas:
“Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya serta hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang layak menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan umat ini melalui mereka,” kongsinya lagi.
Pada Disember tahun lalu, Tasha mengumumkan kehamilannya yang ketika itu sudah pun berusia lima bulan.
Terdahulu, Tasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Dan kini cahaya mata sulung ini sudah pastinya menambahkan kebahagiaan buatnya dan suami. Tahniah Tasha dan suami!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashashilla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum usia anak mencecah enam bulan, tak perlu bagi makanan lain selain susu ibu atau susu formula (jika si ibu tidak dapat menyusukan bayinya. Sedangkan air masak pun tak boleh diberikan kepada bayi di bawah usia ini, apatah lagi makanan.
Pemberian makanan pelengkap (dikenali sebagai cerai susu) tidak seharusnya dimulakan sebelum bayi berusia enam bulan. Cerai susu bermaksud membiasakan untuk menerima makanan lain selain susu ibu atau formula bagi menampung keperluan nutrien yang semakin meningkat terutamanya zat besi.
Bagaimanakah untuk memulakan makanan pelengkap kepada bayi anda? Pakar menyarankan pada usia enam bulan, bayi perlu diberi makanan yang memiliki tekstur puri dengan kelikatan yang lebih pekat berbanding susu. Mulakan dengan memberi satu suapan sehari dan beransur-ansur meningkatkan kuantiti.
Adalah penting untuk ibu bapa memberi makanan berdasarkan kemampuan penerimaan bayi anda. Jangan terlalu memaksa bayi anda dan jika bayi anda menolak makanan yang diberikan, cuba lagi pada waktu seterusnya. Ketika ini, susu masih lagi berfungsi sebagai khasiat utama untuk bayi.
Memberi bijirin yang diperkaya dengan zat besi adalah dicadangkan pada awal peringkat cerai susu. Ia boleh dicampurkan dengan susu ibu atau formula mengikut konsistensi yang sesuai. Tiada peraturan khas untuk memperkenalkan makanan daripada kumpulan makanan yang mana terlebih dahulu.
Perhatian perlu diberikan terhadap keperluan nutrisi bayi dan tekstur makanan tersebut. Perkenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa. Beri makanan yang sama dalam tempoh tiga hingga empat hari untuk melihat sebarang kesan alergi terhadap makanan tersebut.
Sembelit adalah keadaan yang kerap berlaku apabila bayi mula diperkenalkan dengan makanan pelengkap. Anda akan mengetahui bayi mengalami sembelit jika bayi kelihatan sukar membuang air besar dan terdapat kesan darah yang minima akibat lelasan ketika bayi meneran.
Sembelit dapat dibantu jika pada peringkat awal lagi bayi diperkenalkan dengan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat yang terdapat pada dua kumpulan makanan ini adalah kategori tidak larut (insoluble fiber), justeru ia membantu penghasilan dan memberi bentuk kepada najis.
Sembelit juga berlaku akibat pengurangan susu apabila bayi mula makan makanan pelengkap. Pastikan bayi diberi minum secukupnya dan mendapat kebaikan serat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pada tempoh awal memperkenalkan bayi dengan pelbagai jenis puri, jangan harapkan anak untuk makan banyak. Pada waktu ini, lidahnya sedang merangsang rasa-rasa baharu jadi tidak perlu tertekan untuk anak makan seperti kita. Perlahan-lahan perkenalkan si manja dengan varian rasa untuk melihat kegemaran dan keserasiannya.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Intan Najuwa bersyukur pemulihan C-section selepas melahirkan anak kedua berjalan sangat baik dan kini lebih kuat menjalani kehidupan sebagai ibu dua anak.