Dua kembar ini mungkin akan berkongsi banyak perkara sepanjang hidup, tetapi tarikh lahir mereka mungkin tidak dapat dikongsi bersama.
Kembar yang diberi nama Aylin dan Alfredo Trujillo dilahirkan hanya selang 15 minit di Pusat Perubatan Natividad di Salinas, California. Mereka dilahirkan pada hari, bulan dan tahun yang berbeza.
Alfredo Antonio Trujillo, dilahirkan pada 11:45 malam pada 31 Dis 2021 manakala adik kembarnya, Aylin Yolanda Trujillo, dilahirkan tepat pada tengah malam pada 1 Januari, sekaligus menjadikannya Aylin bayi pertama yang dilahirkan di hospital Monterey County pada tahun 2022.
Berat Aylin 5 paun, 14 auns, manakala abang Alfredo seberat 6 paun, 1 auns, menurut siaran akhbar yang mengumumkan kelahiran mereka.
Ads
“Ia adalah pengalaman yang agak gila bagi saya kerana mereka bayi kembar tetapi mempunyai tarikh lahir & tahun yang berbeza. Saya terkejut tapi dalam masa yang sama gembira bila Aylin dilahirkan tepat pada waktu tengah malam.”
Fatima berkata anak sulungnya teruja kerana salah seorang bayi itu lelaki dan keluarganya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka.
Ads
Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. menunjukkan terdapat kira-kira 120,000 kelahiran kembar di A.S. setiap tahun, membentuk lebih daripada 3% daripada semua kelahiran. Tetapi kembar dengan hari lahir yang berbeza jarang berlaku.
Dr. Ana Abril Arias yang menyambut anak kembar itu, memanggil kelahiran mereka sebagai “cara yang menakjubkan untuk memulakan Tahun Baru.”
Ads
“Ini pastinya yang paling diingati dalam kerjaya saya,” kata Dr. Ana Abril Arias, doktor keluarga di Natividad Medical Group dan fakulti di Natividad, dalam satu kenyataan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan dan stretch mark memang sinonim. Ia sudah jadi kelaziman dalam alam kehamilan. Keadaan itu terjadi disebabkan kulit mengalami regangan akibat tekanan berlebihan apabila berat badan anda naik secara drastik sewaktu hamil.
Biasanya stretch mark kelihatan lebih ketara selepas bersalin. Anda akan dapati ada garisan kecil berwarna putih di bahagian perut, punggung, payu dara dan bahahian tubuh lainnya.
Apabila bahagian tubuh mengalami stretch mark ini, ia akan menjadi kekal. Namun begitu, ada beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk memudarkan kesan regangan yang dialami
Kekurangan zat besi dalam tubuh adalah antara penyebab hal Ini terjadi. Disebabkan itu, anda kena banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan harian kerana kebanyakannya kaya dengan kesemua zat ini.
Selain daripada itu, suplemen tambahan yang mengandungi magnesium dan vitamin B6 juga boleh membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak. Vitamin C pula mampu mengembalikan keanjalan kulit.
Jadi, selain daripada menyumbang kepada sumber nutrisi yang diperlukan, pengambilan makanan harian dan suplemen yang mencukupi dapat membantu anda mengurangkan masalah stretch mark.
Setiap hari, urutlah bahagian berparut penggunaannya apa-apa jenis pelembab agar kulit di bahagian itu sentiasa lembap dan anjal.
Disarankan anda menggunakan minyak semula jadi seperti kelapa kerana ia membantu mengekalkan kelembapan untuk tempoh lama.
Aloe vera memang terbukti dapat memperbaiki semula struktur kulit berparut. Tidak kira sama ada dalam bentuk gel aloe vera yang banyak terdapat di pasaran ataupun lendir lidah buaya yang segar.
Sehubungan itu, untuk kesan yang natural anda dinasihatkan untuk menggunakan lidah buaya. Gunakan lendir yang terdapat pada bahagian batangnya dan sapu dengan kerap di bahagian bermasalah
Vitamin E adalah antioksidan yang mampu membantu proses pembaikan kulit yang rosak. Jadi, segera dapatkan stok minyak vitamin E dna buat urutan lembut di bahagian tubuh yang menglami kesan regangan.
Lemon mengandungi alfa hydroxy yang bertindak sebagai agen peluntur. Jadi, ia boleh membantu membuang kulit-kulit mati dan membaik pulih kulit yang rosak.
Sapu jus lemon pada kawasan parut regangan sehingga ia menyerap masuk ke dalam kulit. Biarkan seketika, kemudian bilas bersih kawasan yang terlibat.
Dengan bersenam setiap hari, kulit yang kusam boleh menjadi bertambah sihat dan cantik. Hal ini berlaku keranan peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah ibu bapa berasa ia sesuatu yang normal apabila anak bernafas melalui mulut semasa tidur. Hakikatnya ia mungkin petunjuk kepada masalah gangguan pernafasan tidur.
Umumnya, sebagai manusia, kita boleh bernafas melalui hidung, mulut ataupun kombinasi kedua-duanya. Namun, pernafasan yang dilakukan menerusi hidung pastinya adalah yang terbaik.
Ini kerana bulu atau rambut yang terdapat pada hidung dan salurannya bertindak sebagai medium pertahanan terhadap patogen berpotensi seperti virus, kotoran, bakteria, atau kulat.
Kedua, hidung membantu menghangatkan dan melembapkan udara yang disedut. Ini bagus untuk fungsi kesihatan secara keseluruhan, khususnya bagi mereka yang tinggal di negara beriklim sejuk.
Terakhir, hidung menghasilkan oksida nitrat – sebatian penting membantu meningkatkan sistem kardiovaskular dan imun badan.
Pernafasan melalui hidung membolehkan pengaliran oksidan nitrat memasuki paru-paru dan aliran darah. Jadi adakah ini bermakna tabiat anak bernafas melalui mulut sesuatu yang tidak bagus?
Risiko anak bernafas melalui mulut
Menurut Pakar Pediatrik di Yakima, Washington, Dr Yami Cazoria-Lancaster, tabiat anak bernafas melalui mulut bukan 1 masalah besar.
Cuma ia boleh menyebabkan kekeringan pada mulut serta nafas berbau. Biasanya seseorang yang sakit seperti demam selesema, akan bernafas melalui hidung kerana saluran hidung bengkak dan dipenuhi lendir.
Keadaan akan kembali seperti biasa selepas 1 atau 2 minggu sembuh daripada selesema. Tetapi pernafasan mulut kronik yang berterusan selama beberapa minggu atau bulan boleh menjadi petanda kepada masalah serius yang perlu diatasi.
Sekiranya ia berlaku kepada kanak-kanak, ia mungkin boleh menyebabkan masalah tingkah laku, kelainan pada wajah dan gigi serta proses tumbesaran yang lebih perlahan.
Gangguan pernafasan tidur
Pernafasan mulut 1 masalah yang sama dengan gangguan pernafasan tidur. Ia bukan 1 perkara yang comel atau semula jadi. Sebaliknya ia merupakan corak pernafasan abnormal yang boleh menjejaskan tahap kesihatan anak.
Bukan sekadar melibatkan masalah hidung tersumbat, masalah gangguan pernafasan tidur ini boleh menghentikan anak daripada bernafas. Ini sekali gus menjejaskan proses percakapan si manja, makan, bersenam dan tidur dengan betul.
9 kesan jika anak bernafas melalui mulut
Kehilangan fungsi organ seperti hidung, boleh menyebabkan akibat yang tersendiri. Tanpanya keseimbangan antara hidung dan rongga mulut akan terjejas.
Berikut 9 kesan yang boleh berlaku jika anda mempunyai tabiat pernafasan mulut:
1.Kekeringan mulut dan bibir
Masalah paling kerap berlaku kepada individu yang bernafas melalui mulut adalah kekeringan pada bibir dan mulut. Tabiat ini akan mengurangkan proses penghasilan air liur dan meningkatkan penyejatannya.
Lebih membimbangkan, tabiat ini juga boleh mengganggu kebersihan mulut dan kesihatan gigi individu – tingkatkan risiko kerosakan gigi dan radang gusi.
2.Memburukkan masalah asma
Jika anak bernafas melalui mulut dan mempunyai masalah asma, ia perkara yang perlu anda bimbangkan. Ini kerana tidak menggunakan sistem penapisan udara dalam hidung akan memburukkan masalah asma.
Dengan menyedut udara kering, sejuk serta mengandungi perengsa, bahan tercemar dan alergen bermakna keadaan asma akan sukar dikawal dan mengakibatkan peningkatan serangan asma.
3.Perkembangan lidah tidak normal
Tabiat ini akan menyebabkan wujudnya masalah tongue thrusting. Ia berlaku apabila lidah akan bergerak ke hadapan dan berkembang dalam keadaan yang tidak normal bagi membolehkan pengudaraan melalui mulut.
Masalah ini akan mewujudkan gangguan pertuturan. Biasanya melibatkan bunyi pada sebutan huruf ‘s’ dan ‘z’.
Ia juga boleh mempengaruhi keupayaan menghasilkan bunyi ‘labial’ seperti ‘p,b,m, f dan v’ dengan jelas dan tepat.
4.Perubahan pada gigi dan lelangit
Apabila mengalami masalah tongue thrusting, lidah akan berada pada kedudukan ke depan dan ke bawah, serta akan terdapat tekanan pada gigi dan tulang rahang. Keadaan ini boleh mempengaruhi penjajaran gigi dan perkembangan rahang.
5.Bentuk wajah panjang
Kajian menunjukkan jika tabiat pernafasan mulut boleh menyebabkan kesan serius kepada pertumbuhan dan perkembangan rahang dengan dagu yang kecil.
6.Perubahan postur
Dalam keadaan semula jadi apabila mengalami hidung tersumbat, seorang kanak-kanak akan mendongak ke atas bagi membolehkan mereka bernafas dan memaksimumkan pengambilan udara.
Ini bermakna kedudukan leher, bahu, punggung dan pelvis terpaksa diluruskan, mengakibatkan masalah postur dari masa ke masa.
7.Menjejaskan tidur
Tabiat anak bernafas melalui mulut sememangnya akan menjejaskan kualiti tidur. Ini kerana pernafasan mulut ini akan mengurangkan oksigen dalam paru-paru dan saluran darah, keadaan ini menyukarkan anak untuk mendapat tidur yang lena.
Tidur yang terganggu boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan anak, prestasi akademik, tumpuan dan tingkah laku mereka.
8.Perubahan tingkah laku
Kebanyakan kanak-kanak yang hiperaktif dan kurang mendapat perhatian sering disalah diagnosis. Mereka mungkin mengalami gangguan pernafasan tidur.
9. Perubahan warna gigi
Apabila anak semakin meningkat usia, akan berlaku perubahan pada warna gigi. Selain pengambilan makanan bergula dan minuman berasid, warna gigi boleh berubah kesan daripada pernafasan mulut.
Pemeriksaan doktor
Pernafasan mulut bagi si manja mungkin tampak comel. Tetapi masalah ini boleh menjadi petunjuk penting bagi tahap kesihatan mereka.
Banyak cara boleh dilakukan untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah hidung tersumbat untuk bernafas dengan lebih baik.
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.