Ada ibu bapa merungut bila suruh anaknya pegang buku, macam-macam lah alasan. Kadang tu baca tak sampai 10 minit, terus pergi main. Nak paksa atau beri kebebasan anak main dulu.
Menurut Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi ramai ibu bapa bertanyakan soalan padanya.
“Anak saya suka sangat melukis, saya risau dia leka melukis sampai abaikan pelajaran”
Saya: Umur anak puan berapa ya?
“4 tahun”
Ada mak ayah tanya soalan ini kepada saya semasa sesi penilaian, susah saya nak jawab sebab ini adalah atas individu itu sendiri. Sebenarnya sejak anak umur 4 bulan, mereka dah ada personaliti mereka sendiri dan “hobi” setiap anak berbeza.
Ada yang hobinya menconteng.
Ada yang hobinya melompat.
Ada yang hobinya memanjat.
Ada yang hobinya menyelongkar almari.
Ads
Ada yang hobinya cerai-ceraikan mainan kereta.
Ada yang hobinya main anak patung.
Hobi-hobi anak ini, kita tak perlu suruh pun mereka akan cari dan buat dengan sendiri ikut minat mereka. Samalah macam orang dewasa, semua orang hobi berlainan. Macam mana kita hormat hobi orang lain macam itu juga kita perlu hormat “hobi” anak-anak selagi tak memudaratkan dan tak ada masalah.
Mana tahu daripada hobi ini, 20 tahun akan datang anak akan jadi sorang yang sangat berbakat dalam bidangnya.
Yang hobinya melukis, mana tahu dia bakal jadi arkitek terbaik.
Yang hobinya menyibuk masa mak ayah memasak, mana tahu dia bakal jadi chef terhebat.
Yang hobinya memunggah barang, mana tahu dia bakal jadi seorang akauntan terbaik negara.
Ads
Yang mana hobinya “pot pet” sentiasa, mana tahu bakal jadi peguam antarabangsa.
Yang mana hobinya main dengan anak patung, mana tahu dia bakal jadi pakar bedah.
Yang mana hobinya asyik nak kejar kucing, mana tahu dia bakal jadi doktor haiwan terbaik.
Yang mana hobinya ceraikan kereta mainan, mana tahu dia bakal jadi jurutera pembuatan kereta.
Cuba bayangkan hobi anak adalah melukis, tapi kita asyik halang dan sekat hobi mereka. Kita secara tak langsung menyekat perkembangan motor halus yang sepatutnya mereka cari sendiri dan secara tak langsung menyekat komponen kreativiti dan imaginasi yang sangat penting dalam perkembangan otak.
Ads
Perkembangan motor halus terbantut ➡kurang kreativiti dan imaginasi ➡Anak stress ➡Emosi terganggu ➡ Semua perkembangan terbantut ➡Melukis tak nak, belajar tak nak
Apa pun tak dapat kerana stress kronik pada anak-anak memang terbukti akan membantutkan perkembangan dan anak akan mempunyai risiko mempunyai masalah mental di masa akan datang.
Apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Kalau nak cerita tentang kebaikan bermain dan berseni (arts and creative) memang banyak sangat untuk anak-anak sehinggakan ianya kerap digunakan sebagai terapi untuk anak.
Kita tak perlu tentukan kerjaya anak sejak kecil, cukuplah sekadar nasihatkan mereka untuk buat sesuatu itu dengan sepenuh hati. Hormatilah hobi anak kita.
“Hobi” anak ini juga adalah berdasarkan keperluan sensori mereka dan pekerjaan anak-anak terutamanya 7 tahun ke bawah adalah bermain. “Kerja separuh masa” mereka barulah belajar. Itupun berdasarkan kesediaan mereka untuk belajar dan personaliti anak. Tugas mak ayah adalah menarik minat mereka belajar mengikut kreativiti dan bukannya dengan cara memaksa.
7 tahun kebawah adalah fasa persediaan anak untuk belajar dan bukannya wajib dah pandai belajar. Kembangkan motor halus dan motor kasar anak secukupnya dengan lakukan banyak aktiviti di rumah atau luar rumah. 70% masa anak bermain, 30% masa belajar bukannya sebaliknya. Kalau belajar sambil bermain lebih bagus sebab dua-dua dapat.
Kebanyakan kes anak yang tak suka belajar, pasti ada sebab tersendiri yang mak ayah perlu siasat. Kalau nak kepastian, disarankan berjumpa dengan occupational therapist bertauliah untuk lakukan developmental atau handwriting screening mengikut keperluan anak.
Di sebalik jari-jemari kecil yang sering menggenggam jari ibu, tersembunyi satu dunia halus yang kadangkala kita terlepas pandang — kuku anak-anak. Bagi seorang ibu bapa, setiap inci tubuh anak adalah amanah. Namun dalam kesibukan kerja, urusan rumah tangga dan dunia digital, kuku si kecil mungkin antara yang terakhir diberi perhatian. Padahal, dari sebatang kuku itu, boleh terbuka pintu kepada penyakit… atau kepada pendidikan disiplin diri yang awal.
Kenapa Penjagaan Kuku Anak Perlu Menjadi Keutamaan Ibu Bapa?
“Anak kecil tak tahu bezakan kotor atau bersih — merekalah cermin bagaimana kita sebagai ibu bapa membentuk mereka.”
Kuku panjang dan kotor bukan sekadar tidak enak dipandang. Ia boleh:
Menjadi tempat pengumpulan kuman dan parasit, termasuk telur cacing.
Menjadi penyebab anak sakit perut, cirit-birit atau demam misteri akibat jangkitan bakteria.
Menyebabkan kecederaan kecil seperti luka pada kulit muka, mata, atau anggota lain.
Sebagai ibu bapa, ini bukan hanya tentang estetika — ini tentang kesihatan, keselamatan, dan nilai murni yang kita semai sejak awal.
Kepentingan Menjaga Kuku: Lebih Daripada Sekadar Kebersihan
Kuku anak adalah refleksi kepada:
Nutrisi: Kuku rapuh atau berbintik boleh menunjukkan kekurangan zat seperti zat besi atau kalsium.
Tabiat: Anak yang suka menggigit kuku mungkin mengalami stres atau kurang perhatian.
Disiplin diri: Anak yang belajar memotong kuku sendiri (dengan pengawasan) sejak kecil akan lebih prihatin terhadap tubuh badannya.
“Anak yang dibiasakan menjaga diri akan lebih mudah diasuh menjaga maruah dan harga diri kelak.”
Tip Penjagaan Kuku Anak yang Praktikal Untuk Ibu Bapa Sibuk
Berikut adalah strategi realistik dan mesra ibu bapa moden:
1. Jadikan ia rutin mingguan keluarga
Gunakan waktu hujung minggu untuk “spa mini” keluarga. Potong kuku anak sambil bercerita atau bermain muzik kegemaran mereka.
2. Gunakan pemotong kuku yang sesuai
Pilih pemotong kuku khas bayi atau kanak-kanak yang melengkung, dan jika boleh — gunakan jenis yang ada lampu atau kaca pembesar untuk ketepatan.
3. Cipta momen bonding
Jadikan aktiviti memotong kuku sebagai ruang berbual — tanya tentang hari mereka, atau beri pujian. Ini bukan sahaja menjaga kuku, tetapi menguatkan hubungan emosi.
4. Ajarkan mereka secara berperingkat
Anak berusia 4 tahun ke atas boleh diajar cara membersihkan kuku sendiri. Gunakan berus kuku lembut semasa mandi dan latih mereka agar menjadi kebiasaan.
5. Gunakan peringatan visual
Gantung carta penjagaan diri di bilik air — termasuk ikon kuku. Anak-anak visual akan lebih terkesan dengan peringatan yang mereka nampak setiap hari.
Kenapa Kuku Anak Boleh Kelihatan Tidak Sihat?
Sebagai ibu bapa, kita perlu peka terhadap tanda-tanda kecil berikut:
Tanda
Punca Kemungkinan
Kuku kuning
Jangkitan kulat
Kuku mudah patah
Kekurangan zat makanan (zat besi, biotin)
Garisan melintang
Demam tinggi baru-baru ini
Kuku berlubang kecil
Masalah kulit seperti psoriasis
Kuku kebiruan
Masalah peredaran darah atau oksigen rendah
Fakta Menarik:
➡ Kuku tangan tumbuh lebih cepat berbanding kuku kaki. Anak-anak memerlukan pemotongan kuku tangan 2-3 kali seminggu, berbanding kaki yang mungkin cukup sekali seminggu.
Dari Kuku yang Bersih, Tumbuhlah Anak yang Tersusun
Penjagaan kuku anak bukan hanya tugas kecil yang kita buat bila teringat. Ia adalah tindakan kasih sayang, satu bentuk pendidikan halus, dan cerminan ibu bapa yang peka terhadap butiran kecil dalam membesarkan anak-anak.
“Mendidik anak bukan bermula dari buku atau sekolah — ia bermula dari rumah, dari rutin paling kecil, seperti memotong kuku dengan kasih.”
Jika ibu bapa dapat melihat penjagaan kuku bukan sekadar sebagai tugas, tetapi sebagai peluang mendidik dan merapatkan hubungan, maka setiap sentuhan akan menjadi lebih bermakna. Dan dari situ, tumbuhlah anak yang bukan sahaja sihat tubuh, tetapi bersih jiwa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka ugut. Nak dibiarkan atau anak pujuk. Dilema ini sering berlaku pada ibu bapa walaupun anak masih di usia kecil.
Sebagai contoh “Kalau mama tak sayang saya, kalau mama tak beli mainan, saya lari keluar biar kereta tu langgar saya.” Ini antara situasi yang biasa dan pernah berlaku pada anak seawal usia 5 tahun.
Sama ada nak dibiarkan atau nak pujuk? Di sinilah peranan setiap ibu bapa untuk membentuk kelakuan anak supaya tidak menjadi tabiat sehingga terbawa-bawa apabila dah besar.
Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose berkata, ibu bapa harus sedar kita adalah pemimpin untuk anak. Peranan ibu bapa sangat penting untuk menerangkan perbuatan itu salah. Kalau dah rasa anak lebih had kena jelaskan betul-betul pada anak.
Bagaimanapun, pada masa yang sama cuba selidik dulu diri sendiri. Adakah kita pun terbiasa mengugut anak. Jika Ya mungkin anak belajar dari perbuatan kita sebelum ni tapi tak perasan.
Contohnya, “kalau malas belajar, mama pukul kamu!”
Sekiranya kita tak pernah amalkan konsep mengugut ini, boleh jadi anak belajar dari orang lain dan sebagai ibu ayah kena cepat bertindak dengan menerangkan kepada anak bahawa perbuatan itu salah dan tak patut ulang lagi selepas ini. Dalam hal ini kena bertegas.
Persoalannya apa yang patut ibu ayah buat untuk pastikan anak tidak menjadikan ugutan senjata untuknya mendapatkan sesuatu yang dia mahu. 4 perkara ini sangat penting
Janji pada diri sendiri untuk menghentikan tabiat mengugut anak.
Janji dengan anak untuk sama-sama tak mengulanginya lagi.
Jangan biarkan dipengaruhi orang yang amalkan ugut.
Tegas secara loving menjelaskan itu bukan cara yang elok untuk dapat apa yang dimahukan.
Di sini pentingnya komunikasi berkesan dengan anak dan anda layak untuk menjadi ibu bapa sempurna mendidik amanah yang sangat besar dalam hidup anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Email daripada seorang ibu yang bertanya, adakah anaknya seorang autisme boleh dihantar ke tadika biasa memberikan makna tersirat bahawa ibu ini inginkan anaknya membesar sebagaimana anak normal lain.
Menurut Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali menjelaskan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan apabila mengambil keputusan untuk menghantar anak ke tadika biasa untuk bercampur dengan kanak-kanak normal.
Kanak-kanak autisme juga mempunyai hak yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Mereka berhak menerima pendidikan dan layanan yang sama seperti kanak-kanak normal lain. . Ikuti pendapat pakar ini mengenai dilema seorang ibu yang mempunyai anak autisme.
Kanak-Kanak Keperluan Khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu samada atas satu sebab atau memerlukan bantuan khas, sokongan dan rangsangan yang berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka juga boleh dirujuk sebagai kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat antaranya kerencatan akal, kecacatan fizikal, kekurangan penglihatan, kekurangan pendengaran, gangguan pertuturan dan kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi
Kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran membaca kanak-kanak yang berkeperluan khas ini dapat ditingkatkan apabila mereka ditempatkan bersama anak-anak yang normal dalam kelas yang sama.
Pro & Kontra
Bagaimana terdapat juga persoalan adakah anak ini sesuai dimasukkan dalam kelas atau bilik darjah biasa dan belajar bersama kanak-kanak normal yang lain? Sebenarnya Terdapat beberapa kelebihan dan juga kekurangan yang boleh dibincangkan sekiranya perkara ini berlaku.
Antara manfaat yang boleh diperolehi oleh kdua dua pihak iaitu kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan apabila ditempatkan dalam bilik darjah yang sama akan lebih mudah belajar bagaimana untuk bersosial dengan rakan rakan yang lain.
Biasa akan mula meniru tingkahlaku sosial ini secara tidak langsung terutama melalui akiviti bermain. Bagi kanak-kanak normal pula mereka akan belajar mempunyai perasaan empati terhadap masalah atau cabaran bersosial yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran membaca kanak-kanak yang berkeperluan khas ini dapat ditingkatkan apabila mereka ditempatkan bersama anak-anak yang normal dalam kelas yang sama. Keadaan ini berlaku apabila mereka mendengar sebutan atau bacaan dari kanak-kanak normal yang lain. Biasanya akan terdapat peningkatan dalam perbendaharaan kata dan kelancaran bacaan dan sebutan perkataan juga kedengaran lebih jelas.
Selain itu, memasukkan anak-anak berkeperluankhas dalam kelas biasa juga dapat meningkatkan yakin diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Mereka akan rasa lebih dihargai dan rasa diri mereka di terima dalam kalangan kanak-kanak yang normal.
Peningkatan yakin diri ini penting dalam membantu kanak-kanak berkeprluan khas ini mengembangkan potensi diri mereka tanpa ragu-ragu. Adalah amat penting bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk berada dalam suasana kelas biasa supaya mereka dapat berinteraksi dengan kanak-kanak normal lain.
Bagaimanapun adalah dicadangkan supaya guru-guru prasekolah juga mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi menguruskan anak-anak yang berkeperluan khas supaya dapat memberi bantuan tepat kepada kanak-kanak.
Bagi ibu pula,seeloknya carilah prasekolah biasa yang juga mempunyai program khas untuk anak-anak berkeperluan khas ini dan mempunyai guru yang terlatih dalam bidang ini supaya potensi kanak-kanak ini dapat dikembangkan secara menyeluruh dan betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.