Siapa yang tidak sayangkan anak tambah lagi anak sorang atau tunggal. Kalau boleh segala-galanya akan diikutkan. Bukan tidak boleh manjakan anak tetapi kalau ia terlampau manja hinggakan si anak tidak kenal erti salah atau betul ia akan membahayakan. Ini akan membuatkan dia seakan besar kepala dan terkadang bersikap bossy apabila bersama kawan-kawan, sepupu seusia malah dengan ibu bapa sendiri. Namun andai ini berlaku ibu bapa jangan putus asa. Masih belum terlambat untuk membantunya mengubah sikapnya itu. Berikut antara tip yang berguna untuk anda.
Adakan satu peraturan baru di mana satu keluarga perlu mengikutinya. Contoh bangun pagi harus siap sendiri tempat tidur, selepas makan bawa pinggan ke singki dan sebagainya. Setiap orang di dalam rumah perlu di ajar berdisiplin.
Ads
Paling penting ia perlu bermula dengan ibu bapa. Contoh yang terbaik untuk anak ikuti adalah daripada ibu bapanya. Ibu bapa perlu menunjukkan perbuatan yang tidak perlu diterangkan atau memintanya mengikuti perbuatan yang ibu bapa lakukan.
Sentiasa perlu bersabar dan masa untuk membentuknya semula. Jangan terlalu memaksa hinggakan anak jadi memberontak dan seterusnya memberi kesan yang lebih buruk. Pujuk perlahan-perlahan agar dia mengikut kembali peraturan yang di tetapkan.
Ads
Lazimnya perbuatan yang spontan dan tidak dipaksa untuk dipelajari dan diikuti, maka itulah yang paling mudah dipelajari. Contohnya, apabila mama dan papa meminta tolong antara satu sama lain maka mulakanlah dengan ayat yang lembut “Papa, mama nak mintak tolong sikit…” atau “Boleh tak tolong …” Sedangkan, biasanya kita akan kata “Papa ni ha bukak!” atau “ Buat tu dulu!”. Kita memberi arahan dan bukannya meminta tolong.
Ads
Sentiasa ucapkan terima kasih apabila perbuatan tolong menolong telah berlaku seperti “Terima kasih ayah”, “Terima kasih abang” atau “Terima kasih mama”. Tujuan kita berbuat demikian untuk mendidik anak. Malah, dalam masa yang sama hubungan keluarga akan lebih erat dengan kata-kata yang lembut seperti itu. Anak mudah mengikut tingkah laku kita. Bahkan sebahagian besar perlakuan anak adalah mirip cara kita melayan dan membesarkannya.
Setiap kanak-kanak tahap perkembangan berbeza mengikut rentak mereka sendiri. Ini kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor antaranya genetik, neurologi, fizikal, persekitaran dan emosi.
Di fasa awal perkembangan itu adalah penting untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ibu bapa harus memastikan perkembangan anak bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak setiap hari adalah selari dengan peningkatan usianya. Jangan ambil sikap bertangguh dan tunggu sehingga terlambat.
Disebabkan itu, Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi berkongsi mengenai apa ibu perlu tahu untuk anak sekitar usia 2 tahun sebelum terlepas begitu sahaja.
“ANAK SAYA NORMAL KE?”
Baru-baru ini, banyak pula kes baru yang saya kendalikan melibatkan anak umur 1 tahun 6 bulan ke 2 tahun.
Soalan utama yang mak ayah akan tanya adalah “anak saya normal ataupun tidak”. Sebab biasanya umur 1 tahun 6 bulan kebanyakan mak ayah baru sedar yang anak terlewat perkembangan terutamanya bila belum mula bercakap lagi.
Jadi, saya nak kongsikan sedikit perkembangan normal anak umur 2 tahun:
PERKEMBANGAN ANAK UMUR 2 TAHUN
1. SKILL URUS DIRI
– Minum air guna cawan
– Makan guna tangan/sudu/garfu
– Basuh dan keringkan tangan
– Berus gigi (dengan bantuan)
2. SKILL BAHASA
– Mula gabungkan 2 patah perkataan 1 ayat (“nak makan”)
– Tahu sekurangnya 6 anggota badan
– Tahu lebih 50 perkataan
3. SKIL EMOSI DAN SOSIAL
– Tahu dan boleh salam/hi, bye-bye dan high-5.
– Meminta sesuatu
– Sedih bila ada orang lain menangis
– Melihat reaksi muka mak ayah apabila berada dalam situasi baru
– Mula “temper tantrums”, mengamuk apabila tak dapat apa yang diingini
4. SKIL MOTOR HALUS
– Boleh susun 6 blok secara menegak
– Menconteng
5. SKIL MOTOR KASAR
– Baling dan sepak bola
– Naik dan turun tangga
– Melompat setempat
6. SKIL KOGNITIF
– Cuba buka/tekan/guna butang, tombol pintu, bekas atau suis
– Memahami arahan mudah
– Faham konsep kepunyaan
– Meniru perbuatan atau pergerakan
Sekiranya umur 2 tahun 6 bulan, anak masih belum boleh lakukan semua perkara di atas bermaksud anak sudah mempunyai masalah kelewatan perkembangan.
Banyak kes yang mak ayah sebenarnya risau anak tak cakap lagi tetapi semasa sesi penilaian baru sedar yang anak ada masalah dalam perkembangan lain juga. Sebab kebanyakan orang hanya nampak:
❌️ Kenapa anak tak cakap lagi?
❌️ Kenapa anak tak faham arahan lagi?
❌️ Kenapa bila dipanggil anak tak menyahut?
Tapi sebenarnya sebelum anak mula bercakap, ada banyak lagi proses yang anak perlu capai dahulu. Bahagian inilah yang mak ayah perlu dapatkan bantuan terapis. Sebab itu semasa sesi penilaian bersama saya, soalan wajib saya adalah:
– Masa bayi anak ada fasa masukkan benda dalam mulut?
– Umur 2 tahun, masih makan bubur kisar?
– Anak pandai meniarap, merangkak dan berjalan umur berapa?
– Berapa lama purata anak didedahkan dengan skrin?
Soalan diatas ini penting untuk kami terapis mengenalpasti masalah dan punca. Jika tak betulkan lubuk masalah dahulu, perkembangan anak memang tak akan berkembang ataupun lambat.
Perkara paling bahagia sepanjang menjadi terapis adalah apabila melihat sendiri perkembangan pesakit/client. Lagi-lagi bila mak ayah jenis cakna dan dapatkan bantuan seawal anak umur 2 tahun ke bawah, memang kesannya nampak cepat sangat.
Ada beberapa kes saya baru-baru ini, anak umur 2 tahun daripada tak ada sebut apa-apa perkataan. Kurang dari 4 sesi terapi, sudah mula sebut perkataan.
Akhir sekali, pesanan saya kepada mak ayah yang perasan perkembangan anak sudah terlewat, dapatkan bantuan awal. Makin lambat, makin jauh jurang perkembangan anak.
*Ada mak ayah yang ada anak umur 1-2 tahun ke?
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu mak ayah yang memerlukan.
Kredit: Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist BEYOND Home Therapy, Selayang
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana tak risau bila anak ada masalah speech delay. Nampaknya ibu kena buat langkah betul-betul mudah bagi membantu mengatasi masalah tersebut.
Ada ke langkah betul-betul mudah untuk bantu anak cepat bercakap? Ada dengan syarat ibu ayah sendiri mempunyai kesungguhan untuk membantu anak.
Puan Basyirah Ahmad yang sedang melalui situasi tersebut berkongsi tips bantu anak speech delay cepat bercakap yang diperoleh daripada Speech Therapist.
Bulan 7 nanti, Zahra si tonet ni akan masuk 3 tahun. Yang sorang ini, walaupun berat mulut, tapi ringan punggung. Asyik memanjat sana sini dan sibuk betul nak menolong.
Zahra dalam umur begini, dia baru boleh bercakap beberapa words saja. Tu pun sebut yang hujung hujung.
Nasik jadi cik ja, makan jadi kan. Hangin jugak dia kadang kadang bila mak dia lambat betul nak paham apa dia nak.
Basyi ada bawa dia jumpa therapist. Baru baru ni dia ada tunjukkan Basyi beberapa jurus untuk stimulate bahasa.
Jadi Basyi kongsi di sini apa yang dia bagitau. Buat ini. Esok lusa dia boleh bercakap macam pak pak menteri di parlimen nun.
1. KENA ADA EYE CONTACT DENGAN ANAK
Ni paling basic. Bila nak bagi sesuatu arahan, tengok mata dia. Diorang akan belajar tiru dari pergerakan mulut.
Jangan kita bagi arahan tapi mata tumpu dekat hero sado dekat tv. Lepas tu bila budak tu tak paham kita cakap apa, kita pulak meroyan.
‘Eh. Apa tak paham paham mama cakap ni?’
Budak tu dalam hati mesti cakap, padan muka. Sapa suh sibuk layan korea!
Mata ke mata ni penting untuk kita tengok dia ni boleh paham dan terima arahan yang simple ke tak.
2. KURANGKAN TANYA SOALAN
Ni spesis Basyi la ni. Asyik tanya soalan ja. Harus la budak tu tak reti nak jawab.
‘Zahra nak mandi?’ ‘Zahra dah makan?’ ‘Tadi kat rumah mak Zahra buat apa?’
Kau rasa dia akan bagi rumusan apa yang dia tengah buat ke? Memang tak la. Mati katak gitu ja conversation tu.
Kalau nak bertanya boleh. Tapi bagi soalan yang budak boleh jawab ‘nak’ atau angguk kepala.
Atau boleh bagi option.
‘Nak nasik ke susu?’.
Lepas tu tunggu dia respon atau tunjuk pada benda yang dia nak tu.
Yang penting ada dua hala kat situ. Korang tanya, dia jawab. Bukan korang tanya, dia senyap. Gitu.
3. BANYAKKAN KOMEN
Boleh try bagi 1 mainan dekat diorang dan tengok macam mana dia nak main. Tengok mata dia fokus dekat part mana.
Lepas tu tunggu apa respon yang dia nak buat. Atau tengok apa bunyi yang dia nak keluarkan atau cakap.
Tak apa kalau dia just pegang ja. Kemonnn. Pelan pelan ajar. Lepas tu korang komen la dekat mainan yang dia pegang tu.
Contoh la eh. Korang bagi anak patung. Dia pegang dekat rambut. Korang cakap la
‘ Rambut panjang’ atau ‘Sikat rambut’ .
Komen ikut level dia la.
Jangan pulak pegi komen sampai 15 patah dalam satu nafas. Patah hati budak tu nanti.
‘Rambut dia ni tak dijaga rapi sebab tu la kusut dan banyak kelemumur’
Jenuh!
Kalau dia sebut tu tak cukup, korang cukup kan lah. Bila dia pegang dekat baju, dia sebut ‘ju’, kita tekankan balik perkataan tu.
Baju.
Biar bulat, jelas dan berulang.
4. CARA PILIH MAINAN YANG BETUL
Bila nak pilih mainan atau objek untuk anak-anak, make sure kita praktis dulu. Tengok kita sendiri kreatif ke tercungap nak cari perkataan. Words yang kita nak ajar kena ada semua.
Ada kata nama, kata kerja, ada preposisi. Ha gelabah. Itu dulu cikgu BM ajar tak mo dengar kan. Padan lah muka kita.
Paling senang, pilih mainan masak-masak.
Boleh mula dengan soalan dulu. Contohnya ‘mana pinggan?’ Aras rendah. Jangan bagi soalan aras tinggi.
‘Zahra, boleh bagitau mama apa beza pinggan jenama Corella dengan Arcopal?”
Kena hempuk dengan pinggan tu karang.
Ni Basyi bagi contoh ala ala cikgu BM repeat paper camtu.
Kata nama : Pinggan Kata kerja : Basuh pinggan atau ‘jom simpan pinggan’ Preposisi : Letak dalam, letak atas.
Cari la beberapa words lagi yag berkait.
Jangan bagi puzzle ABC, nombor, alif ba ta. Itu kemudian. Kalau 4 tahun ke atas sesuai la.
5. PANJANGKAN AYAT
Ni kita nak ajar dia cara buat ayat.
Contoh la kalau dia just sebut ‘jom’, korang sambung la ayat dia.
“Jom pegi mandi”. Ha camtu. Tapi wajib ambil balik perkataan yang dia sebut tu dan expand 2-3 perkataan.
Kalau nak didik anak, dari kecillah sepatutnya kita mulakan. Ajarkan pada anak perkara-perkara penting supaya kelak pandai dia membawa diri. Salah satunya ajarkanlah cara untuk menjaga kehormatan diri.
Tak kiralah berapa pun umur anak dan sama ada dia lelaki atau perempuan, didiklah anak tentang soal kehidupan untuk masa hadapannya nanti.
Bercerita tentang menjaga kehormatan diri, Ardell Aryana yang merupakan pelakon dan aktivitis kemasyarakatan amat memandang berat tentang hal ini.
Melalui video yang dikongsikan di laman Instagram Ardell Aryana, dapat dilihat kemesraan dan jalinan kasih sayang antara seorang ibu dan anak.
Melalui ciuman dan pelukan dia tunjukkan kasih sayang terhadap anaknya Arwa Malaikha Urwa, tetapi paling penting tidak melakukannya pada bibir.
Antara komen warganet;
Seperti yang kita ketahui, ciuman pada bibir adalah tidak sesuai untuk kita lakukan pada anak. Mencium bibiranak adalah tidak baik dan sangat penting untuk kita ajarkan pada anak bahawa orang lain juga tak boleh melakukannya sesuka hati kepada mereka.
Urwa juga anak yang bijak, banyak mengikut rupa paras dan perangai ibunya. Dia juga petah berkata-kata dan suka mengusik ibu ayahnya. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yang membanggakan kedua orang tuanya.
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.